Friday, February 18, 2011

WAROENG PENYET |CURVE|

Korang pernah makan tak makanan autentik masyarakat indonesia yakni ayam penyet ni tak? biasanyea ayam ni memang betul di "PENYEK" bila dah digoreng. Simple dish, ada nasi putih, ayam goreng dipenyek, tauhu and tempe goreng dan sambal. Kalau kita perasan sekarang banyak je kedai kedai konsep ayam penyet kat luar sana tu, kalini aku nak share ngan korang lepas aku makan kat 2 tempat ayam penyet satu kat curve, satu kat sunway, kita mulakan dulu dengan yang dekat curve ni, dulu kedai dia ni kecik je ambik satu lot, tapi sebab dah ramai sangat orang kat kedai tu dia ambik lagi kedai sebelah dia jadi makin besar la kedai ni, memang dia bawak konsep "INI WARUNG INDONESIA" kat kedai dia, memang sarat dengan warna merah dan siap pasang video clips artis indonesia lagi, memang suasana tu ada lah macam kita ada kat sana.  Kat kedai ni konsep dia layan diri, kita tick kat kertas kita nak order ape and then pegi kat kaunter terus bayar, nanti dia akan bagi satu call card and dierang akan hantar food. Jadi aku order ayam penyet, dan sambal petai udang dan side dish keropok (dah macam keropok moni!) ehehehe. Kalau ikutkan pada portion dia memang besar and cukup untuk sorang makan padan dengan harga food, takde set dish, kene order satu satu, nasi kira lain, ayam kira lain camtu la,  so pada aku sorang abeh bayar pon dalam RM15.00 sorang sekali dengan air.  Pada aku ayam goreng dia sangat kering, dia goreng terlampau lama sampai pada aku dah takde zat dalam ayam tu, tapi seb baik cover balik ngan kicap pekat and sambal yang ada kat kaunter sos macam kat mcD tu. And udang dia pulak sedap la, rasa sambal dia cukup cukup pedas :) . OVERALL aku leh cakap ialah BOLEHLAH WADUHHHHH :D







TASTE  : 3 of 5

PRICE  : rm11.00 - rm15.00

PLACE  : Modern Indonesia warung



Tuesday, February 15, 2011

AL RAWSHA RESTAURANT |KAMPUNG PANDAN|

Sempena Maulidur Rasul harini aku ingin berkongsi tempat makan yang best ngan korang. MAKAN ARAB, ya itu lah tema untuk arini sebab aku pergi 2 hari lepas kat tempat baru AL RAWSHA ni. Asal tempat dia kat Ampang tapi dah pindah ke Jalan Kampung Pandan, betul betul sebelah bulatan kampung pandan tu. Well, kedai ni dulu kawan aku yang sangat gilakan makanan kambing kenalkan kat aku, dia kata dengan bayaran yang minimum RM30 dah cukup buat ko kenyang dengan kambing dan nasi basmati. Bila sembang pasal makanan arab dierang memang gemar betol la makan kambeng ataupon daging, dierang suke buat kebab lah, makan nasi lah and paling utama manisan dierang yang memang manis walaupon kecik je desert dia. 
So, masa aku pegi kedai baru ni aku tekejut jugak la sebab mak'ai memang besar betol kedai dia dah macam istana kot. Memang kat dalam tu sangat besar dan aku rasa 2x ganda dari kedai dia yang lama, aku rasa sebab senang dia nak buat event pe patut, sebab kedai tu 2 tingkat dan deco dia ala ala arab dengan lagu arab yang membuai halwa telinga.  Kat situ aku order LAMB KEBSA, ada nasi basmati cukup banyak untuk dua orang and 3 ketol kambeng besar dihidangkan sekali, gambar yang aku sediakan nanti tu nasi tu dah dibahagikan kepada dua sebab aku terlalu bernafsu nak makan sampai lupe nak ambik gambar! ahahaha. Selain dari nasi and kambing aje, dia ada hidangkan jugak dengan kuah sort of kari arab dan salsa tomato arab style, ada rasa cam sambal belacan pon ada, tapi bedalkan aje la. nasi yang dierang gunakan is nasi basmati and memang sangat sedap dengan herbs2 yang dierang campur dalam nasi tu memang buatkan aku geleng kepala bila makan. Satu lagi tarikan kedai ni is Malt Karbonated dia, yang kita biasa tau air BARBICAN kan, dia ada gak barbican ni tapi kalini aku try RIVAL dia HILLSBURG, rasa lebih kurang je ngan BARBICAN, and sangat sesuai makan kat tempat yang memang suasana cam kat AROB lah. Abeh makan tu kami order desert, TIRAMISU Arab Style lah, rasa seakan akan lemon cheese cake je, just a standard cheese cake la. Al Rawsha ni open 24HOURS so korang leh datang tak kira masa dan waktu kalau korang ke KL tu okeh. OVERALL SANGAT SEDAP :D

Menu

Beverage counter

Level 2

Tiramisu Arab

Hillsburg Malt Drink

My Plate

Her Plate

Side Dish 1 (Tomato Salsa)

Side Dish 2 (Kari Arab)

Outside View

Dari tepi jalan

TASTE  : 5 of 5

PRICE  : rm19.00 - rm50.00

PLACE  : ARABIC MOMENT :)


Wednesday, February 09, 2011

FEND IKAN BAKAR |KELANA JAYA|

Biasanyea bila kita cakap pasal makan lunch ikan bakar mesti kita akan bayangkan ikan pari letak rempah n panggang or letak atas hot plate, yea memang itu yang aku bayangkan pon bila terpikir nak makan ikan bakar nie. So satu hari ni aku pegi le cari pot makan tengahari yang panas dan tekak tetibe cam nak masukkan ikan pari and kepala otak pon dok nampak ikan pari je. FEND (Fendi) ikan bakar kat KJ (belakang blok SUBWAY) , yang pasti ini bukan kedai aku and takde kene mengena ngan aku utk promote kedai ni.  Memang kedai ni food utama dia ikan bakar, aku dengar cite orang kedai ni dah berniaga lama dah, dekat pasar ramadhan kat KJ ni pon setiap tahun pasti dierang ni niaga and selalu je beratur panjang.
Kedai ni dierang ada set untuk food dia, and biasanyea set ikan pari dia dengan nasi harga dia RM6.50 and pada aku sangat berbaloi sebab dia tak kedekut ikan pon sebab ikan pari dia besar and memang cukup untuk sorang makan (kalo macam aku la). Konsep kedai adalah layan diri, kene pegi kat kaunter ikan bakar dia and pilih ikan bakar yang dah disediakan, selain dari ikan pari, ada gak ikan kembung, ikan keli, dan ada lain lagi kot sebab tak sempat tengok ikan lain dia letak untuk bakar, ada gak sayur sayur and ulaman untuk menambah lagi selera si pemakan di Restoran Fend ni.
Ikan yang dierang ada memang segar and dengar cerita stok sampai hari hari sebab hari hari habis, so, memang lazat la kedai ni kalau bawak seisi keluarga datang. OVERALL BERPUAS HATI :)




TASTE  : 4 of 5

PRICE  : rm6.00 - rm8.00

PLACE  : Standard malay restaurant :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...