Ok, sekarang ni apa yang aku perasan adalah penggunaan shortfom PARAM ni, ape bende PARAM ni? nama pelakon yang dulu tu ke? last last baru aku find out (aku baruuuu tau) maksudnya PASAR RAMADHAN. Habes aku search kat google ayat PARAM ni, semua keluor gambo pelakon zaman lama tu, paling pelik keluar Kate Middleton Baby Picture, pe kejadahnya kene mengena dengan PARAM dan bulan Romaduon kan! Anyway, posting kalini pasal aku nak highlight satu gerai ni memang terbaiklah bubur dia dan aku rasa korang patut try gak! Sebab kengkadang tu kita tak tau mana satu fud yang sedap dan ok, last last end up memaki orang lepas kita berbuka. So kalau korang teringin nak makan bubur bubur yang aneka jenis dan lazat, sila cari pakcik ni kat PARAM KJ, gerai pakcik ni takde la sampai hujung dunia pon so memang korang akan perasan la :)
Showing posts with label Deserts. Show all posts
Showing posts with label Deserts. Show all posts
Tuesday, July 23, 2013
Monday, July 22, 2013
PARK ROYAL HOTEL BUFFET RAMADHAN 2013 | BUKIT BINTANG |
Hello geng!Hari selasa yang lepas aku berpeluang untuk berbuka puasa di Park Royal kat Bukit Bintang, apa apa pon TQ kepada Park Royal for the wonderful ramadhan dinner. Ok, daripada kita sembang pasal ashraf muslim dan pasangan hidup dia dan dok buat dosa kering je, baik tengok pasal makanan or tengok tengok tempat nak berbuka yea dak. So sekarang meh kita sembang pasai Buffet ramadhan kat sini ya.
Entrance dia dah cemerlang dengan ala ala kampung gitu dan kat sini tema dia "HAWKER TEMPTATION" dan kita leh pikir food yang biasa kita makan kat kedai kedai tepi jalan or kat kampung halaman kita ke kan. Memang rasa berahi lah nak mencuba food kat sini sebab food dia tak terlampau modern dan bersederhana sangat.
Macam post sebelum ni, kambing panggang memang menjadi tumpuan utama, sama la kat sini dimana akan dicarve time tu jugak dan isi kambing kat sini tak kering dan sangat lembut isi dia. Dihidangkan dengan 3 jenis sos iaitu Black pepper sauce,Mushroom sauce dan mint sauce dan semua tu sedap bila makan ngan kambing. Seriously yang ni better dari SACC yang menyediakan hidangan lebih 100 lauk tu. Kepelbagaian kat sini memang best sebab ada 3 jenis nasi disediakan, nasi putih, nasi beriyani dan nasi ayam dimana disediakan booth kat situ untuk nasi ayam sahaja dan ayam pon ada dua jenis (stim dan roasted).
Dan tak dilupai fud2 kampung dierang, lauk dari paru goreng sambal, udang galah masak lemak cili padi, kerabu, heish banyak la yang memang sedap la dengan cukup garam gula dia dan rasa cam kat kampung..sungguh!
Selain menyediakan masakan kampung, dierang pon ada seafood jugak untuk korang makan. Ada oyster mentah, ketam rebus pon ada untuk dok ratah camtu je.
Ok, yang ni set2 desert yang ada kat sini dan korang mesti rambang mata punye dari kueh kueh melayu, hingga ke kek2 yang sangat sedap, ada gak ABC dan tak dilupai ada ice cream dan aku rasa cam makan ice cream hagen dasz sebab ada 2 flavor tu exotic cam dierang jual tu and yang aku ingat tu ice cream berries yang color purple tu sangat sedap dan segar!
Sebelum aku lupa, kat sini pon ada signature drink dia iaitu AIR JANDA PULANG! ha nama dia dah kasar dah! Air yang menggabungkan air kelapa dengan isinya dan honey sea coconut, sangat menyegarkan dan sangat best bila minum time bulan pose camni!
Secara keseluruhannya buffet ramadhan kat Park Royal ni sangat berpuas hati dengan masakan yang disediakan dan jugak fast service dari dierang. Food yang ada direfill dan memastikan food tu sentiasa ada tu menjadi salah satu kredit untuk Park Royal ni. Dan menu dia akan recycle 5-6 menu kalau tak silap aku dan ini akan beri variety kepada pelanggannya dan ini akan memastikan takde food yang sama untuk keesokannya dimana contoh tak abes arini konpem dierang tak letak balik kat buffet line (wallahualam)
Untuk "Hawker Temptations Ramadhan Feast" ni, sudah bermula pon dari 10hb July 2013 hingga 7hb August 2013 dari jam 7pm sampai 10.30pm, Ha!!!makan sempai lebam!
TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM98++ Dewasa dan RM49++ Kanak Kanak
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Chatz Brasserie, Park Royal Hotel KL, Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur
Tuesday, July 16, 2013
SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC) BUFFET RAMADHAN 2013 | SHAH ALAM |
Hi geng salam Ramadhan ye! Ok, last week aku berkesempatan ke SACC shah alam untuk berbuka puasa kat sini dengan tema tahun ni kat sini adalah Nuansa Palestina dimana tumpuan food disini adalah daripada palestine dan resepi kambingnya jugak adalah dari palestine. Bagi aku, tempat ni biasa je dan takdela best mana sangat, so mari kita nengok ape yang deme offer kat sini yea.
*Ini merupakan pendapat ikhlas dari aku, jika korang suka tempat makan ni makanya itu citarasa korang.
Seperti dimana mana buffet ramadhan, kambing panggang pasti akan menjadi tumpuan dan tarikan restoran tersebut dan di SACC pon dierang taknak ketinggalan dengan KAMBING KEBULI, maybe yang ni asal dari Palestine, dan yang korang tengok ni adalah satu satunya kambing yang ada selain dari kambing yang dierang dah siap potong semua dan itu yang dierang bagi kat customer. Dan kambing ni hanya di carve sesudah yang siap masak tu habis dan sangat kering pada aku kambing ni. Tapi nasi dia sangat baik lah, guna basmati lagi just that aku agak kecewa dengan kambing yang disediakan kat sini.
Selain dari itu, SACC menjanjikan hidangan lebih dari 100 jenis makanan dan ini sudah cukup memuaskan hati dan nafsu makan kita dan jangan dilupai orang kat somalia sana tak makan hebat cam kita kat sini apatah lagi orang palestine, sebab tu la dierang bertemakan makanan palestine kalini untuk memperingati dan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan ini sesuatu yang sangat mulia.
Juadah dibawah antara yang ada kat sana, pada aku gambo dah menerangkan semuanya bagi memikat citarasa anda, jadi meh kita tengok ape yang dierang ada kat sana ye dan aku akan beri kredit kepada beberapa dish yang ada kat sini dan pada aku unik (tak dapat kat tempat lain le).
Ok yang kat atas ni kambing masak dalam yogurt, ini sangat terbaik dan sangat moist better dari yang panggang tu walaupon dierang highlight yang tu lebih dan sangat sedap dengan juice kambing yang keluar tu pon memang tak tahan weh!.
Antara dish dari palestine yang dihidangkan.
Ok yang ni gulai kawah, tak sempat langsung aku nak makan. Satu je masalah aku ngan orang kita ni, bila nak ambik food tu kengkadang sampai tak ingat orang belakang, macam takleh nak refil ambik kemdian, kalau boleh sebelom berbuka tu semua food dah ada kat atas meja sampai licin semua food. Tapi aku tak salahkan dierang gak, pihak SACC pon sepatutnya menyediakan food secukupnya bukan awal awal dah habis. Contoh gulai kawah ni, bila ditanya ada refil tak, dengan selamba je chef tu cakap yang ni takde refil, dah habis. Korang dah budget ramai mana nak datang, so korang leh badget food tu bagi cukup, ini dah habes x refil, n sekali serve lak tu..kalau dah 2-3 kali refil then habis tu aku faham lah, so pada aku ini tidak patut berlaku dan tak adil bagi mereka yang tak dapat nak merasa hidangan ni.
Ok, ini yang sangat menarik bagi aku, dessert dari Palestine iaitu Qatayef dimana isi luar tu cam pancake diisi dengan cream cheese dan raisins dan kemudian digoreng kejap, lalu dimasukkan kedalam air gula. Ini sangat sedap sampai aku ambik 6-7 ketul benda ni aje. Sumpah sedap dengan rasa kemanisan diluar dan rasa masam manis cheese dan raisin tu sangat membantu. Jadi ape yang menarik aku kat sini adalah Qatayef ni dan tidak dilupai cempedak goreng kat sini. Difahamkan memang cepat habis cempedak kat sini, so if korang datang, jgn lupa berembat cempedak goreng ok?
Secara keseluruhan ia bukan satu pengalaman yang menarik kat sini dan bagi aku biasa biasa sahaja dan bukan sesuatu yang menarik untuk kita ingat tapi in the end Qatayef sebagai penyelamat haritu. NOT RECOMENDED itu adalah dari aku sebagai panduan aku, lagi sekali aku ingatkan, selera kita lain lain, mungkin pada aku tak sedap tapi tak semestinya tak sedap pada korang, so, jadikan ini sebagai panduan untuk korang kesini, dan jadikanlah panduan blog lain jugak sebagai rujukan korang, ini hanya salah satu option pada korang. Ini hanya sekadar pandangan dan pengalaman yang dirasai oleh saya pada hari berkenaan. Harap maklum.
Untuk area kat Shah Alam ni rasanya ini adalah antara yang terbaik yang korang leh dapat untuk buffet ramadhan dan yang pasti, walaupun aku merasakan tempat ni not recommended, insyaallah aku akan sampai lagi tahun depan sebab dierang mempunyai tema dan promosi lain dari yang lain.
Untuk area kat Shah Alam ni rasanya ini adalah antara yang terbaik yang korang leh dapat untuk buffet ramadhan dan yang pasti, walaupun aku merasakan tempat ni not recommended, insyaallah aku akan sampai lagi tahun depan sebab dierang mempunyai tema dan promosi lain dari yang lain.
TASTE: 3 of 5
PRICE RANGE: RM75++
OVERALL: NOT RECOMMENDED
ADRESS: Jalan Perbadanan 14/9, Shah Alam Selangor.
Monday, June 17, 2013
SEOUL GARDEN BBQ | ONE UTAMA |
K-Pop menjadi menu untuk pagi nie, ok mungkin korang semua dah tau tempat ni Seoul Garden BBQ and pasti kalau korang lalu kat shopping complex korang akan nampak ramai orang berpusu pusu kat dalam ni untuk mengambil makanan sebab konsep deme ni konsep buffet gak kat sini. Jadi sebabkan buffet all you can eat, ramai yang hilang kawalan diri dan daya merasa masing masing. Inilah Seoul Garden BBQ.
Dengan harga RM38.88++ untuk dinner seorang, ini tidak termasuk free flow air ya, jika nak free flow air, kena tambah lagi RM3.99++ seorang dimana pada aku macam tak masuk akal untuk asingkan harga kedua dua ni. Logically kalau kita makan mesti nak kena ada air betol tak? dan ini memang tak masuk akal dan sepatutnya dikira sekali dengan food semua.
Konsep food dia berasaskan makan korea yang suka makan BBQ dan ini antara option yang orang melayu kita boleh makan sebab makanan kat sini halal. Tapi jangan sebab ia halal dan bbq mesti kita makan kat sini sebab ada je option lain sebab pada aku konsep korea tu dah lari dan takde la kesemua food dia berasaskan makanan korea. Meja makan dierang dah custom tengah tengah dia dengan grill dan mangkuk sup untuk rebus dan ini pada aku tak praktikal sangat sebab even dia letak kedalam sikit tapi still kita akan terkena percikan dari food tu dan sebab restoran ni terletak dalam shopping complex, tak sesuai untuk window shopping selepas makan kat sini, so lepas makan balik lagi best.
Ini antara grill item yang terdapat kat sini, semua item sangat fresh tapi marinationnya pada aku tak cukup power untuk grill item kat sini, aku prefer marination kat Jang Gun punye marination.

Tak banyak nak diperkatakan sebab pada aku Seoul Garden ni kurang soul dia dalam BBQ, ini pendapat peribadi aku, jgn samakan dengan pendapat korang, mungkin pada korang tempat ni sedap, tapi not me sebab aku dah rasa ada tempat yang lagi bagus dari sini dan itu menjadi penanda aras bagi aku untuk menilai BBQ ni, dan tempat ni sangat crowded dan tak sesuai untuk hang out. Apa yang pasti bulan ramadhan yang bakal tiba ni akan menyemakkan lagi tempat ni dan menjadi tempat berbuka tumpuan tatkala bulan suci ini kembali. Jika diberi pilihan, carilah tempat berbuka lain yang lebih menarik dan menyelerakan, dengan harga yang ditawarkan, korang dah leh pegi buffet hotel mau pun ke Jang Gun yang pada aku lebih authentic korean food dari kat sini.
TASTE: 3 of 5
PRICE RANGE: RM40-RM60
OVERALL: NOT RECOMMENDED
ADRESS: 1 Utama Shopping Centre, LG345, Lower Ground Floor, Highstreet, Bandar Utama, 47800. PJ
Friday, November 04, 2011
FULLHOUSE LIFESTYLE STORE AND CAFE |SUNWAY PYRAMID|
LUNCHTIME!!!!!... Ok kali ni aku nak bawak korang pegi lunch kat FULLHOUSE!!! bukan cite korea tapi restoran berkonsep butik at the same time ada food!!
Memang kedai ni nampak menarik dari luar dan buatkan aku nak try makan kat sini! :) Jadi masa kami kesana kami order
Al-Fungi Spaghetti (Butter base mushroom and chicken)
Signature dish dierang Wok Sear Chicken Chop (sauce blackpepper raisin juice dia terbaik weh!!)
ada jugak Vongole Spaghetti (butter base clams chili), and kiterang end kan food kiterang dengan desert yang menarik sebab dengan harga RM30 leh dapat set 3 jenis desert pilihan kita :)
Creme Brulle, Tiramisu, dan Profiterols
Bila masuk dalam kedai ni rasa sangat selesa dan rasa macam kat rumah sendiri sebab design dalaman dia memang cam dalam rumah dan dalam masa yang sama ada gak jual baju, eksesori dan macam macam le dalam ni.
Antara koleksi yang ada dalam restoran
Ruang luas dan selesa
TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM12.00-RM40.00
OVERALL: RECOMMENDED
ADDRESS:
Lot LG 1.96, Sunway Pyramid Shopping Mall,
46150 Petaling Jaya.
Sunday, June 05, 2011
TEOCHEW CENDOL |PENANG|
Pelengkap jamuan harian kita adalah pencuci mulut, pencuci mulut biasanya adalah hidangan yang manis dan tak terlampau berat hidangan dan kuantitinya. Sekali lagi jika anda berpeluang ke Pulau Pinang jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati satu lagi signature dish di penang selain nasi kandar iaitu CENDOL!!! Sesetengah orang cuma tau cendul ni kuasa mutlak milik kaum india tapi tidak di penang ni sebab kaum cina pon antara kuasa besar dalam menjual cendol nie dan terbukti dengan adanya kedai ni yang dah hampir 50tahun berniaga kat tepi lorong nie.
Cendol, gabungan ais kisar, santan, gula merah, cendul dan ada sampingan letak kacang ataupun pulut.Yang menariknya kat sini adalah air gula dia, memang pekat dan cukup manis dia bila makan dengan santan dia ni, pada aku penggunaan kapur dalam cendul dia ni tak kuat sangat sebab rasa kapur dia tak de la teruk sangat berbanding cendul lain. Selain dari itu, cendul dia sendiri dah unik sebab cendul dia kenyal kenyal dan halus tak seperti cendul yang biasa macam lembik lembik je kan. Jadi tak terkejut la tempat dia ni jadi tarikan sampai si PHUA CHU KANG pon makan sini, itu menunjukkan betapa hebatnya tarikan kedai ni. Selain dari menjual cendul ada jugak dia jual ABC dan air teh bunga untuk menghilangkan dahaga. Gerai ni dibuka seawal jam 9.00pagi dan berakhir jam 7.30petang setiap hari dan tutup pada hari raya cina (layak la kan).
TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM 1.90 - RM2.50
OVERALL: RECOMMENDED
ADDRESS:
OFF PENANG ROAD, ON LEBUH KENG KWEE
11600, GEORGETOWN, PULAU PINANG
Tuesday, January 25, 2011
UPDATE: SHIMINO |ONE UTAMA|
Ni aku just nak berkongsi ngan korang semua yang kat SHIMINO (REFER PREVIOUS POST AKU) dah kuar satu lagi flavor PEACHES & CARAMEL TOPPING yang paling latest n tengah promotion sekarang ni! Kalau korang pernah makan icecream kat BURGER KING ada satu flavor caramel tu memang sebijik la dengan topping yang ni, dengan base yang lembut, buah peach yang masam, ada pulak icecream manis dengan topping caramel pulak... gugur jantung tau!
TASTE : 5 of 5
PRICE : rm8.90 - rm12.00
PLACE : fast and good service
Saturday, November 27, 2010
KP CENDOL |KUALA PILAH|
CENDOL= santan+gula melaka+ais ni yang basic kalo kita dok cite pasal cendol, bayangkan panas panas kat luar tu dengan tekak kering, memang kita dok teringat benda benda yang sejuk je utk basahkan tekak kita yea dak? Kebetulan minggu lepas aku berkesempatan ke selatan tanah air ke FELDA LuI, so lalu la kat area kolo pilah ni ha. Dalam perjalanan balik tu naqib ada cadangkan makan cendol kat bus station kuala pilah, dia kata memang sedap la cendol kat situ. Jadi dengan pantas kami roger ke bus station tu. Memang ramai ngan orang massa kitarang pegi, rezeki kami lah sebab kiterang adalah customer last uncle tu utk hari tu sebab dah abeh :) lega dapat gak rasa. Apa lainnye cendol KP ni?first gula dierang pekat and cukup manis, dan rasa cendol dia takde rasa kapur, ni yang buat bila kita makan tu takde la rasa kering tekak tu and mual bila makan. Masa ni kami try cendol jagung and cendol kacang merah. Dua2 best and sama likatnya. Aku cadangkan if korang berkesempatan ke kolo pilah singgah singgah la bus station KP ni. Berbaloi :)
FOOD: ****
PRICE: *
PRICE RANGE: RM 1.50 - RM 2.50
Subscribe to:
Posts (Atom)











































