Showing posts with label Korean. Show all posts
Showing posts with label Korean. Show all posts

Tuesday, January 24, 2017

BULGOGI BROTHERS @ PARADIGM MALL

Korang selalu tengok drama korea tak? pernah teringin makan grill daging macam kat tv tu? Kebanyakan restoran korea di Malaysia ni non halal sebab daging grill ada babi. Tapi yg ni akan buat korang nak datang dan makan macam orang korea. Selalunya nak makan korean grill yang segak2 tu susah nak ada buffet. Tapi Bulgogi Brothers sekarang buat perubahan dengan adanya ALL YOU CAN EAT KOREAN BUFFET dengan harga yang berpatutan dan UNLIMITED daging lembu/kambing/ayam untuk korang makan sampai kembung perut. 



MaekJeok (Chicken skewer) sangat sangat sedap dan jugak mandu yang memang baik!

TTeokpokki sangat lembut dan cukup2 pedas saja

BibimGuksu (Spicy Cold Noodles) ini korang akan selalu nampak depa makan dalam drama, mee dihidang sejuk dan telur diatas. Rasa sos yang pedas dan sangat sedap!

Kimchi Jigae adalah sup pedas rasa kimchi yang best (rasa ala ala asam pedas)

Sekali dihidangkan banyak ni tapi boleh mintak berulang kali. Sekali hantar tu bergantung kepada berapa orang makan la, kalau 2 orang makan sekali dia hantar sikit2 camni aje.

Masak sendiri dan korang akan feeling feeling macam orang korea la :)

Salad yang banyak camni kena extra charge dalam RM3 tapi lepas habes leh topup selagi kita nak. Korang boleh balut grill daging/ayam/kambing dalam salad ni and suap terus, terus jadi orang korea! 

Secara keseluruhan food sangat sedap dan inisiatif untuk buat buffet ni mampu menarik orang untuk singgah ke Bulgogi Brothers untuk rasa food mereka yang lain dari restoran korea yang biasa biasa tu. Selamat mencuba! :)

RASA: 4 / 5
HARGA: RM45.00++/person
ALAMAT:
Kelana Jaya GB-13 & 13A, 
Level G, Paradigm Mall. 
No.1, Jalan SS7/26A, 47301 
PJ








Thursday, January 05, 2017

LUNCH MAKAN MANA? : THE SHROOMS FOOD ATTACK


Korang nak makan lunch time keje tapi malas nak tinggalkan ofis? Korang malas nak makan luar takut tak bersih tapi malas nak masak bekal? Jangan risau sebab sekarang ni banyak yang dok buat food delivery terus ke ofis korang dan kali ni kami try makan dari new comers dalam industri food delivery ni iaitu The Shrooms Food Attack. Base dierang adalah di lembah klang dan membuat penghantaran di KL dan Selangor buat masa sekarang. Range price pengenalan adalah dalam RM 8 ke RM 15 bagi korang korang merasa sendiri air tangan bekas pensyarah kulinari yg hebat di pulau mutiara ini. 

Baru start business 4/1/17, mereka menawarkan 4 menu kepada pelanggan dengan fokus utama untuk orang ramai mengenali food mereka. Jadi kami try 2 jenis makanan dari menu tersebut.



Untuk pengenalan The Shrooms post menu mereka satu hari sebelom delivery untuk test market dulu. Tapi bermula minggu hadapan mereka akan post menu seminggu terus bagi memudahkan pesanan awal dari customer mereka. 

Beef Bulgogi + Calrose Rice + Mushroom Fritters

Nasi Putih + Kembung Berlado + Masak Lemak Kobis + Timun Sambal Belacan

Nasi Putih + Ayam Masak Lemak + Sayur Campur + Timun Sambal Belacan

Packing yang digunakan



Akaun Instagram dan FB The Shrooms Food Attack korang boleh follow untuk dapat update terkini

Secara keseluruhan makanan yang dihidangkan adalah sangat dekat dengan citarasa orang kita dan jugak mereka yg mempunya banyak mix dalam darah mereka. Berbaloi dan puas hati dengan harga yg di offer. Jangan kita mengharap rasa restoran 5 bintang yea tapi memang berbaloi untuk makan tengahari ok. 

Ini projek yang masih baru dan dengan apa yg dihidangkan insyaallah boleh pergi jauh. Semoga maju jaya.

RASA: 4 / 5
HARGA: RM8.00-RM15.00
FB: The Shrooms - Food Attack
IG: Theshroomsfoodattack
Iqbal: 012-2318715 Whatsapp/Call

Thursday, November 21, 2013

THE CUP | PUBLIKA SOLARIS DUTAMAS |

Korang dah biasa makan makanan korea? Yea la sejak K-POP melanda Malaysia ni takkan taknak rasa makanan yang Super Junior, Big Bang, 2ne1, ataupun geng2 Running Man selalu makan yea dak? Ok, sebelum ni selalu gak aku dok post tempat makan fud2 dari sana, ada yang best, ada yang tak best, kalini aku nak tambah koleksi tak best aku (*ini mengikut citarasa saya, mungkin berbeza dari citarasa mereka yang lain ). Nama tempat ni THE CUP kat Publika Solaris Dutamas yang mana dierang cuba untuk stylo-kan makanan snek orang korea kat malaysia ni dengan letak food tu dalam bekas macam chinese fud tu dan yang pasti ia adalah HALAL. Ha meh nengok fud dia sedap ke idok! :p 

 

Ok, kat sini dierang mempertaruhkan makanan snek yang simple simple kat sana macam ram yun (ramen), ada nasi ngan ayam bbq or daging, dan yang menjadi tumpuan adalah Tteokbokki iaitu tepung beras bentuk macam kepok lekor tu dimasak dengan sos pekat cili paste yang pedas. Kat korea n mana mana restoran atau gerai2 akan ada menu ni dan menjadi menu yang sangat digemari oleh mereka disana. 

 

So xnak cuba benda pelik2 kami order yang simple je dan yang recommended je.So amek signature dish dia Spicy Tteobokki dan yang menarik perhatiannya adalah packaging dia, sangat menarik dan mampu membuat orang benti untuk mencobanya.


Ok, so bila dah beli kena la test power ke idak. Secara jujurnya fud n sangat FAIL dan rasa pon tak sedap mana pon,mulakan dengan sos dia, cair dan tak pedas langsung walhal dah nama dia SPICY, dan tak dilupai Tteobokki tu sendiri yang sepatutnya makan kenyal, jadi sangat lembik seperti dah direbus lama dan disimpan tunggu orang order aje. Selalunya ada macam fishcake dan sosej dalam ni tapi kuantitinya sangat sikit dan yang banyaknya hanya bawang. Mungkin harga bawang tengah murah kot sampai dierang letak bawang lebih dari tteobokki tu. Sangat mengecewakan dan aku takleh bayangkan untuk mencoba food lain kalau basic ni pon dierang tak lepas. So tempat ni sangat tak di recommend kepada geng2 yea :) Tapi kalau nak rasa dan buktikan yang aku salah or what silakan dan sekali lagi aku nak cakap ini ikut citarasa aku untuk panduan masing2... jangan sampai suruh aku dok g keje sana sudah lah! :)

TASTE: 2 of 5
PRICE RANGE: RM15- RM20
OVERALL: NOT RECOMMENDED
ADRESS: Publika, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Sunday, September 29, 2013

MEOL CHI BOK UM (SPICY FRIED ANCHOVY) | LETS COOK |

Meol Chi Bok Um ni ikan bilis yang restoran korea dan orang korea makan sebagai side dish wajib kat meja selain dari kimchi,mendapat ilham dari Restoran Oiso dimana dierang alter bilis dierang nie, membuatkan ia sangat sesuai dengan citarasa orang kita, meh aku nak berkongsi resepi ngan korang, simple dan leh simpan dalam peti :)

Bahan bahan:

200-300gm ikan bilis
8 biji cili padi
2 sudu gula


Bahan tak banyak kan, so tak susah pon nak buat benda nie. kalau korang suka lagi pedas tambah le cilipadi tu yea.

Cara cara:

1. Bersihkan ikan bilis dan goreng dengan minyak yang sedikit, jgn masak lama cukup sekadar digoreng sedikit.
2. Masukkan cili padi dan masakkan sedikit cili padi tu
3. Kurangkan lagi sedikit minyak tumisan, masukkan gula, gaul sehingga rata dan angkat terus. 

* xperlu garam sebab ikan bilis dah cukup masin. 


Selamat mencuba yea :)

OISO KOREAN TRADITIONAL CUISINE AND CAFE | IKANO MUTIARA DAMANSARA |

Annyeong-Haseyo!!! Hahaha lagi satu restoran korean cuisine pork free spotted guys! Kepada yang bebenor gemarkan makanan korea dengan harga berpatutan dan sedap sinilah tempatnya!! Welcome to Osio!! :)


Bukan senang nak cari food korea yang orang kita leh makan lagi lagi food dierang selalunya ada mengandungi babi dalam makanan dierang, so bila ada kedai yang pork free cam nie memang tak ketinggalan untuk aku mencubanya sendiri. Dengan harga yang berpatutan aku rasa rugi buat korang tak pegi kedai nie.


Kita start dengan Toboki ni iaitu street food dierang, sangat sedap, lengkap dengan fish cake, sausage dan paling penting rice cake tu la, kepedasan dia takdelah tahap berpeluh, just nice dengan citerasa orang kita. Jadi ini menu wajib sebagai side dish mahupun main dish sebab size food ni agak banyak.


Restoran ni pon pada aku dierang dah alter resepi dierang bagi memenuhi citarasa orang kita,  side dish dierang selalu akan hidang Kimchi, meol chi bok um (ikan bilis) yang dah di alter dengan citerasa tempatan dengan letak cilipadi dan dihidangkan jugak fruit salad sebagai sidedish, sesuatu yang lain dari restoran korea yang lain.


Ramyun dari korea!! yes ini hidangan noodle yang sangat best, pedas dia cukup2 aje dan ingredient yang dierang letak dalam ni sangat banyak dan korang konpem akan kenyang punye, tapi ni aku expect pedas, tapi kurang pedas sikit.


Yang ni set Chicken BBQ, set ni datang sekali dengan nasi, ni set yang sangat puas hati, dan aku rasa ni lebih baik dari DUBU DUBU sebab yang set ni ayam dia lebih banyak dari sayur sayur rempah dia, maknanya sangat berbaloi makan sini dari makan yang dekat Dubu Dubu, seriously pada aku Dubu Dubu tu takdelah sedap mana pon, tu pendapat aku la, jadi kedai ni better dari Dubu Dubu :)


Habiskan hari anda dengan minum teh panas dia yang sangat relax bila minum dan korang akan rasa sangat puas hati makan kat sini. Restoran ni kat Ikano, sebelah ngan PapaJohns Pizza, so selamat mencoba! :)

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM15-RM40
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Ikano Power Center 

Thursday, July 04, 2013

THE STREET CAFE |SUNWAY PYRAMID|

Salam July semua!Ok hari ni nak share cafe K-POP yang halal kat selangor nie. Bukan senang ek nak dapat restoran or gerai gerai ke yang dok jual makanan Korea yang halal. Jadi bila jenjalan kat Sunway Pyramid (area ASIAN AVENUE) korang pasti akan terjumpa cafe ni yang berdepan dengan shihlin taiwanese chicken tu. 

 

Menu carte simple dan straight forward x perlu nak fancy fancy, kena la dengan konsep dan food yang dierang dok serve, iaitu makanan jalanan orang korea, so ni antara food ruji orang korea tu dan kita dapat merasa tanpa rasa was was.
 

Sebelum kita tengok food2 dari The Street Cafe ni, meh kita tengok dalaman dia dulu, hall deco memang poster K-pop la dan kalo korang nak feel lagi dierang pon dok pasang lagu2 k-pop kat sini so sambil makan korang leh feel nyanyi lagu sekali yea dak, tapi jgn kuat2 sangat lah sebab susunan meja dierang rapat2 takut orang sebelah tumbuk korang pulak.
 

Kita start dengan food stall yang fames kat sana iaitu Toboki (ni base tepung beras bentuk panjang panjang). Kira kalau kat pasar malam kita wajib ada jual keropok lekor, dierang ada toboki nie. Yang ni aku order Toboki Street Style yang di rekemen dan paling popular kat kedai ni. Masa dierang serve memang masih menggelegak fresh dari atas api terus kat meja kita. Bagi mereka yang tahan pedas, ini sangat sesuai untuk korang sebab memang sangat pedas dan panas. So bila dah pedas dan panas, boleh mengalir air mata makan toboki ni, memang terbaik, dimasak dengan chili paste korea, ada fishcake jugak dalam set ni. Sangat sedap ok. 


Then kita ke menu seterusnya iaitu Ramyun (Ramen) yang menjadi ruji dierang gak, macam kita dengan maggi kita, dierang ada Ramyun! Tapi bukan biasa biasa sebab taste dierang agak pedas tapi sangat sedap dan ada yang spicy mushroom dan Bulgogi (beef bbq) dan taste kedua dua jenis ni sangat sedap dan ada kerekter tersendiri. Tapi bagi aku yang bulgogi punye sedap sebab taste daging tu dah ada dalam sup dia. 


Macam aku cakap tadi, kebanyakan fud dia adalah makan harian kat sana, ni lagi satu namanye JA JANG (Chicken Black Bean Noodle), set ni untuk mereka yang tak suka aksi berpeluh banyak sangat, set ni tak pedas tapi terasa lah black been tu punya gravy, dalam gravy dia ada letak ubi kentang dan disediakan dengan chili flake kalau korang nak pedas sikit sebab memang plain takde pedas langsung mee ni, tu pasal disediakan chili flake tu.


Yang ni lunch box Korean BBQ Chicken yang pada aku worth it jugak la, ada ayam bbq, sausage, telor n salad, lengkap set ni dan sangat mengenyangkan maybe sebab nasi kan. Tapi sos korean bbq dia rasa cam blackpepper sauce dalam botol tu, tapi sedap la dengan ayam masak cukup2 tak overcooked and dry.


 Dan last sekali kita pekene aiskrim dari Korea. Memang sangat similar dengan Ice Pong kita (ice yang batang panjang leh potong 2 tu)  tapi yang ni tak perlu nak susah susah pusing aiskrim tu sebab leh patahkan side atas tu dengan mudah, sangat upgrade packaging dia! Ada banyak flavor, tapi ni kami ambik watermelon dengan soda. Dua dua aiskrim ni terbaik dan sangat recommended!!

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM5-RM50
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Lot 197, Asian Avenue, F Floor, Sunway Pyramid Shopping Mall.

Monday, June 17, 2013

SEOUL GARDEN BBQ | ONE UTAMA |

K-Pop menjadi menu untuk pagi nie, ok mungkin korang semua dah tau tempat ni Seoul Garden BBQ and pasti kalau korang lalu kat shopping complex korang akan nampak ramai orang berpusu pusu kat dalam ni untuk mengambil makanan sebab konsep deme ni konsep buffet gak kat sini. Jadi sebabkan buffet all you can eat, ramai yang hilang kawalan diri dan daya merasa masing masing.  Inilah Seoul Garden BBQ.
  

Dengan harga RM38.88++ untuk dinner seorang, ini tidak termasuk free flow air ya, jika nak free flow air, kena tambah lagi RM3.99++ seorang dimana pada aku macam tak masuk akal untuk asingkan harga kedua dua ni. Logically kalau kita makan mesti nak kena ada air betol tak? dan ini memang tak masuk akal dan sepatutnya dikira sekali dengan food semua. 


Konsep food dia berasaskan makan korea yang suka makan BBQ dan ini antara option yang orang melayu kita boleh makan sebab makanan kat sini halal. Tapi jangan sebab ia halal dan bbq mesti kita makan kat sini sebab ada je option lain sebab pada aku konsep korea tu dah lari dan takde la kesemua food dia berasaskan makanan korea. Meja makan dierang dah custom tengah tengah dia dengan grill dan mangkuk sup untuk rebus dan ini pada aku tak praktikal sangat sebab even dia letak kedalam sikit tapi still kita akan terkena percikan dari food tu dan sebab restoran ni terletak dalam shopping complex, tak sesuai untuk window shopping selepas makan kat sini, so lepas makan balik lagi best.


Ini antara grill item yang terdapat kat sini, semua item sangat fresh tapi marinationnya pada aku tak cukup power untuk grill item kat sini, aku prefer marination kat Jang Gun punye marination.






Tak banyak nak diperkatakan sebab pada aku Seoul Garden ni kurang soul dia dalam BBQ, ini pendapat peribadi aku, jgn samakan dengan pendapat korang, mungkin pada korang tempat ni sedap, tapi not me sebab aku dah rasa ada tempat yang lagi bagus dari sini dan itu menjadi penanda aras bagi aku untuk menilai BBQ ni, dan tempat ni sangat crowded dan tak sesuai untuk hang out. Apa yang pasti bulan ramadhan yang bakal tiba ni akan menyemakkan lagi tempat ni dan menjadi tempat berbuka tumpuan tatkala bulan suci ini kembali. Jika diberi pilihan, carilah tempat berbuka lain yang lebih menarik dan menyelerakan, dengan harga yang ditawarkan, korang dah leh pegi buffet hotel mau pun ke Jang Gun yang pada aku lebih authentic korean food dari kat sini.

TASTE: 3 of 5
PRICE RANGE: RM40-RM60
OVERALL: NOT RECOMMENDED
ADRESS: 1 Utama Shopping Centre, LG345, Lower Ground Floor, Highstreet, Bandar Utama, 47800. PJ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...