Showing posts with label Japanese. Show all posts
Showing posts with label Japanese. Show all posts

Wednesday, February 01, 2017

SUSHI JIRO @ SUNWAY PYRAMID

Korang penggemar makanan Jepun terutamanya Sushi? Dah bosan dengan restoran restoran Jepun yang dah lama ada kat Malaysia ni? Ha ni kita ada restoran Jepun berasaskan Sushi yang terletak di Sunway Pyramid yang buatkan korang mesti nak try punya. 


Restoran terletak di level bawah area Marakesh dan sangat senang nak jumpa sebab Marakesh area tu takde la besar sangat pon.  


Di Sushi Jiro ni dia tak ada color plate dengan harga yang berbeza beza, disini harga satu plate sushi adalah RM3.38 satu plate. Tapi jika korang makan lebih dari 5 plate, satu plate akan jadi harga RM2.99! Sangat murah!!!!. Mungkin korang ingat RM2.99 tu mesti takat bagi sushi murah2 sahaja, tapi salah!!! satu plate termasuk Unagi (belut), Salmon Belly yang selalunya mahal tu pon dalam menu. Kuantiti mungkin sedikit kecil tapi sangat berbaloi la sebab kita cuma perlu bayar RM2.99 untuk satu plate. 


Antara yang dicuba disana, tengok size memang ok sangat dengan apa yang dihidang tu sangat puas hati dan rasa dia pon lagi sedap dari Raja Sushi. 


Apa yang menarik perhatian tu adalah mesin penghantar makanan yang datang betul betul dihadapan meja korang, ini order sushi yang tak ada atas conveyor belt tu. 


Memang kaw kaw la makan sushi dia sudahnya sebab memang banyak pilihan yang best2 buat korang mesti akan ambil banyak punya.


Korang kalau taknak makan sushi, ada jugak pilihan Ramen yang korang boleh try dengan harga yang sangat berbaloi. 

 Chicken Bone Broth Ramen

Yang ni sangat sedap sebab sup dia rasa miso, dan jugak seaweed yang banyak. Rasa sup dia sangat segar dimakan dengan mee yang kenyal. 

Spicy Miso Ramen

Yang ni untuk mereka yang suka makan pedas, sebab campuran miso dengan chili paste dia buat korang nak hirup je sup dia yang pedas pedas sedap ni. 


Secara keseluruhan Sushi Jiro adalah destinasi restoran jepun korang kalau yang teringin makan sushi dengan harga plate semua standard sahaja dan korang akan rasa sangat berbaloi makan sini. Looking forward untuk datang balik ke sini. 

RASA: 4 / 5
HARGA: RM3.00-RM50.00/person
ALAMAT:
Sushi Jiro @ Sunway Pyramid
LG 2.122
Sunway Pyramid Shopping Mall
No.3, Jalan PJS 11/15,
Bandar Sunway 46150,
PJ Selangor

Monday, July 22, 2013

PARK ROYAL HOTEL BUFFET RAMADHAN 2013 | BUKIT BINTANG |

Hello geng!Hari selasa yang lepas aku berpeluang untuk berbuka puasa di Park Royal kat Bukit Bintang, apa apa pon TQ kepada Park Royal for the wonderful ramadhan dinner. Ok, daripada kita sembang pasal ashraf muslim dan pasangan hidup dia dan dok buat dosa kering je, baik tengok pasal makanan or tengok tengok tempat nak berbuka yea dak. So sekarang meh kita sembang pasai Buffet ramadhan kat sini ya. 


Entrance dia dah cemerlang dengan ala ala kampung gitu dan kat sini tema dia "HAWKER TEMPTATION" dan kita leh pikir food yang biasa kita makan kat kedai kedai tepi jalan or kat kampung halaman kita ke kan. Memang rasa berahi lah nak mencuba food kat sini sebab food dia tak terlampau modern dan bersederhana sangat.


Macam post sebelum ni, kambing panggang memang menjadi tumpuan utama, sama la kat sini dimana akan dicarve time tu jugak dan isi kambing kat sini tak kering dan sangat lembut isi dia. Dihidangkan dengan 3 jenis sos iaitu Black pepper sauce,Mushroom sauce dan mint sauce dan semua tu sedap bila makan ngan kambing. Seriously yang ni better dari SACC yang menyediakan hidangan lebih 100 lauk tu. Kepelbagaian kat sini memang best sebab ada 3 jenis nasi disediakan, nasi putih, nasi beriyani dan nasi ayam dimana disediakan booth kat situ untuk nasi ayam sahaja dan ayam pon ada dua jenis (stim dan roasted).


Dan tak dilupai fud2 kampung dierang, lauk dari paru goreng sambal, udang galah masak lemak cili padi, kerabu, heish banyak la yang memang sedap la dengan cukup garam gula dia dan rasa cam kat kampung..sungguh! 


Selain menyediakan masakan kampung, dierang pon ada seafood jugak untuk korang makan. Ada oyster mentah, ketam rebus pon ada untuk dok ratah camtu je.


Ok, yang ni set2 desert yang ada kat sini dan korang mesti rambang mata punye dari kueh kueh melayu, hingga ke kek2 yang sangat sedap, ada gak ABC dan tak dilupai ada ice cream dan aku rasa cam makan ice cream hagen dasz sebab ada 2 flavor tu exotic cam dierang jual tu and yang aku ingat tu ice cream berries yang color purple tu sangat sedap dan segar!

Sebelum aku lupa, kat sini pon ada signature drink dia iaitu AIR JANDA PULANG! ha nama dia dah kasar dah! Air yang menggabungkan air kelapa dengan isinya dan honey sea coconut, sangat menyegarkan dan sangat best bila minum time bulan pose camni!

Secara keseluruhannya buffet ramadhan kat Park Royal ni sangat berpuas hati dengan masakan yang disediakan dan jugak fast service dari dierang. Food yang ada direfill dan memastikan food tu sentiasa ada tu menjadi salah satu kredit untuk Park Royal ni. Dan menu dia akan recycle 5-6 menu kalau tak silap aku dan ini akan beri variety kepada pelanggannya dan ini akan memastikan takde food yang sama untuk keesokannya dimana contoh tak abes arini konpem dierang tak letak balik kat buffet line (wallahualam)

Untuk "Hawker Temptations Ramadhan Feast" ni, sudah bermula pon dari 10hb July 2013 hingga 7hb August 2013 dari jam 7pm sampai 10.30pm, Ha!!!makan sempai lebam!

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM98++ Dewasa dan RM49++ Kanak Kanak
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Chatz Brasserie, Park Royal Hotel KL, Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur

Monday, May 27, 2013

JANG-GUN KOREAN BUFFET RESTAURANT |FAHRENHEIT 88-KL|

K-Pop melanda foodt8ge kalini!!!!!Dengan pasaran K-Pop yang melanda Malaysia sekarang ni, ade jugak restoran2 keluar dengan food2 ala ala korea dan secara tak langsung korean cuisine pun terus bercambah bak cendawan ha gitu. Korang mungkin peminat BigBang, Shinee, 2ne1, Super Junior, dan sebagainye lah, korang ada pernah terpikir nak merasa makan makanan yang dierang ni makan? Meh serbu Jang-Gun Korean Buffet Restaurant kat Fahrenheit Bukit Bintang nie, memang sangat fantastic baby!!


Name pon korean restaurant, mesti le makanan makanannye pon korean base kan, tapi takde la 100% food korea sebab kalau semua korean food takut tak lalu, ada gak makanan jepun dihidangkan kat sini. Bila sampai di restoran ni terus pelayan akan menghidangkan sup herba dari korea sebagai tanda selamat datang.


Antara signature food kat sini adalah grill item dia, boleh pilih dari kambing, lembu, itik, ayam dan seafood yang boleh korang bagi kat mamat bawah ni grill untuk korang dan boleh request nak half cook or what untuk daging daging. Grill item dia bukan takat grill bodoh je tapi dimasak sekali dengan sos dari korea yang sangat sedap dan padan dengan protein kat sini.

 



Ha ini hasilnya, memang terbaik la cakap kat korang, aku cadangkan korang mintak dierang grill daging tu medium je, sebab memang sangat lembut dan sangat sedap dan korang leh bagi dierang grill banyak banyak sampai bengkak tangan dierang.


Ni ambik first round aje, ada japchae, ddeokbokki, kimchi fried rice, dan yang sangat menarik perhatian aku adalah free flow shashimi, memang terbaik la kan ikan salmon segar dan dierang tak potong banyak banyak sekali jalan, ini akan memastikan kesegaran salmon tu terjamin. Kalau korang perasan ada gak udang tempura, sayur sayur dierang buat tempura pon ada.





Jalan jalan cari makan pon dah sampai sini rupenye, ini aku rasa first time aku agree dengan suggestion JJCM yang tempat makan dierang cakap tu sedap. Memang terbaik. Dengan harga RM70.30 nett seorang, memang sangat berbaloi makan kat sini. Tapi masa aku g makan ni, aku cek kat groupon sebab kat situ rajin bagi murah makan kat sini, so rajin rajin la korang tengok kat situ gak :) Ok, lepas korang dah makan korean food ni barulah officially korang jadi K-Pop stars!

TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM50-RM71
OVERALL:  RECOMMENDED
ADRESS: Lot G1 27 01-04, Ground Floor, Fahrenheit 88 Shopping Centre, 55100 KL

Thursday, April 19, 2012

MOF JAPANESE CAFE |SUNWAY PYRAMID|

Korang ada selalu pegi Sunway Pyramid? kadang kadang tu aku pun jadi blur nak makan ape kat sana dah walaupon banyak restoran kat situ (alasan sebab takde duit). Jadi sekali tu jalan jalan dalam tu jumpe restoran ni, MOF JAPANESE CAFE berkonsepkan Japanese cuisine dengan harga yang sangat berpatutan. 


Restoran dia simple aje, tapi list menu dia sangat berpuas hati dan ada gak set sekali dengan air semua pada harga RM16 dah leh dapat set nasi, miso sup, buah dan satu choices air. Berbaloi la kan? 


Interior restoran ni memang simple sebab konsep cafe aje pon tapi food dia pelbagai jenis sampai homemade icecream pon dierang ada. 


Yang aku suka kedai ni sebab seat dia yang camni, aku memang suka kalo makan camni, kaki leh melunjor ke depan, lek aje, macam kat rumah.



Ni set yang aku makan tu, set nasi dengan japanese chicken curry, sangat best sebab selalukari kita tau dari india tak pon ada gak dari thai kan, ni dari jepon, memang ni first time gak aku rasa, memang sangat sedap kot, takde lah kari dia sepedas cam makan kari mamak, tapi dia ada heat kat kari ni, tak terlalu pedas dan tak terlalu berlemak, tak tau sangat nak terangkan tapi sangat sedap dengan nasi ketul ketul cantik gitu sebab dierang guna beras sama untuk sushi jugak, sangat sedap.



Untuk sampingan kami order gak california roll dan sushi unagi dia. Memang standard sushi mane mane pon sama jer, just nice kalo korang craving food jepon dengan harga yang berpatutan.


Dan tak dilupai desert la, ni kami try green tea dan jugak durian ice cream dia, memang best la sebab aku memang suke makan ice cream dan ini tak mampu untuk ditahan lagi :)


TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM5- RM30
OVERALL:  RECOMMENDED
ADRESS: Sunway Pyramid, Level 3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...