Showing posts with label Nyonya. Show all posts
Showing posts with label Nyonya. Show all posts

Monday, July 22, 2013

PARK ROYAL HOTEL BUFFET RAMADHAN 2013 | BUKIT BINTANG |

Hello geng!Hari selasa yang lepas aku berpeluang untuk berbuka puasa di Park Royal kat Bukit Bintang, apa apa pon TQ kepada Park Royal for the wonderful ramadhan dinner. Ok, daripada kita sembang pasal ashraf muslim dan pasangan hidup dia dan dok buat dosa kering je, baik tengok pasal makanan or tengok tengok tempat nak berbuka yea dak. So sekarang meh kita sembang pasai Buffet ramadhan kat sini ya. 


Entrance dia dah cemerlang dengan ala ala kampung gitu dan kat sini tema dia "HAWKER TEMPTATION" dan kita leh pikir food yang biasa kita makan kat kedai kedai tepi jalan or kat kampung halaman kita ke kan. Memang rasa berahi lah nak mencuba food kat sini sebab food dia tak terlampau modern dan bersederhana sangat.


Macam post sebelum ni, kambing panggang memang menjadi tumpuan utama, sama la kat sini dimana akan dicarve time tu jugak dan isi kambing kat sini tak kering dan sangat lembut isi dia. Dihidangkan dengan 3 jenis sos iaitu Black pepper sauce,Mushroom sauce dan mint sauce dan semua tu sedap bila makan ngan kambing. Seriously yang ni better dari SACC yang menyediakan hidangan lebih 100 lauk tu. Kepelbagaian kat sini memang best sebab ada 3 jenis nasi disediakan, nasi putih, nasi beriyani dan nasi ayam dimana disediakan booth kat situ untuk nasi ayam sahaja dan ayam pon ada dua jenis (stim dan roasted).


Dan tak dilupai fud2 kampung dierang, lauk dari paru goreng sambal, udang galah masak lemak cili padi, kerabu, heish banyak la yang memang sedap la dengan cukup garam gula dia dan rasa cam kat kampung..sungguh! 


Selain menyediakan masakan kampung, dierang pon ada seafood jugak untuk korang makan. Ada oyster mentah, ketam rebus pon ada untuk dok ratah camtu je.


Ok, yang ni set2 desert yang ada kat sini dan korang mesti rambang mata punye dari kueh kueh melayu, hingga ke kek2 yang sangat sedap, ada gak ABC dan tak dilupai ada ice cream dan aku rasa cam makan ice cream hagen dasz sebab ada 2 flavor tu exotic cam dierang jual tu and yang aku ingat tu ice cream berries yang color purple tu sangat sedap dan segar!

Sebelum aku lupa, kat sini pon ada signature drink dia iaitu AIR JANDA PULANG! ha nama dia dah kasar dah! Air yang menggabungkan air kelapa dengan isinya dan honey sea coconut, sangat menyegarkan dan sangat best bila minum time bulan pose camni!

Secara keseluruhannya buffet ramadhan kat Park Royal ni sangat berpuas hati dengan masakan yang disediakan dan jugak fast service dari dierang. Food yang ada direfill dan memastikan food tu sentiasa ada tu menjadi salah satu kredit untuk Park Royal ni. Dan menu dia akan recycle 5-6 menu kalau tak silap aku dan ini akan beri variety kepada pelanggannya dan ini akan memastikan takde food yang sama untuk keesokannya dimana contoh tak abes arini konpem dierang tak letak balik kat buffet line (wallahualam)

Untuk "Hawker Temptations Ramadhan Feast" ni, sudah bermula pon dari 10hb July 2013 hingga 7hb August 2013 dari jam 7pm sampai 10.30pm, Ha!!!makan sempai lebam!

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM98++ Dewasa dan RM49++ Kanak Kanak
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Chatz Brasserie, Park Royal Hotel KL, Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur

Monday, July 08, 2013

BABA CHARLIE | MELAKA |

Hari sabtu yang lepas yakni minggu terakhir sebelum kita menyambut bulan ramadhan, aku berkesempatan ke Melaka untuk jalan2 mencari makanan yang sedap2 kat sana. Aku cuba mengelak dari makan asam pedas sebab tu dah terlalu biasa bila sembang pasal melaka. Jadi aku cuba la bukak blog orang lain dan perasan kat tv sebelum ni pasal satu rumah kat Jalan Tengkera ni ada jual kuih tradisional kaum nyonya yang dah lama bertempat kat bumi melaka ni. Nak cari tak susah tapi kene drive pelan pelan korang akan jumpa lorong yang sepatutnya or lagi senang korang guna apps waze je korang leh jumpe dengan senang hatinya.


Yang penting bila lalu kat jalan tengkera ni korang mesti kene cari sign ni dan masuk dalam lorong ni, jgn risau sebab korang mesti perasan punya sebab banyak kete keluar masuk dalam lorong yang kecik ni untuk ke Baba Charlie ni.



Nyonya kueh kat Baba Charlie ni memang femes among kaum cina dan offkoz la kaum nyonya kan! Memang kebanyakan kueh nyonya ni guna pulut dan masa kami sampai kat sini memang semua sibuk dan ramai orang dok pilih kueh kueh idaman mereka. Antara yang femes kat sini adalah pulut udang dia, sebab apa aku cakap camtu sebab bila dierang letak je kat meja food tu, terus orang dok berhambat ambik and tak sampai 5minit pon dah clear satu bekas tu. Memang sangat teruja lah!. 


Memang banyak sangat kueh nyonya ni sampai korang tak sedar pon korang dah ambik banyak, and harga dia kebanyakannya start dari 80sen untuk satu ketul kuehnya dan sangat berbaloi. Kesemua kuehnya adalah homemade dan dibuat setiap hari sebab memang hari hari habis punya.  Kueh ketayap, pulut panggang, buah melaka, kueh lapis, seri muka, eh memang banyak lah!


Dah nyonya femes dengan keramahan dierang, habes semua orang dia tegur, dan korang leh tengok production kitchen dierang, memang cukup besor utk menampung semua yang datang kesini. Dan dierang bukan setakat jual kat sini sahaja, dierang pon supply untuk pasar malam setiap hari kat area Melaka. 


Interiornya korang takleh nak expect lebih sangat sebab ni kat rumah baba charlie tu, so banyak la gambar potret family dan dari sini korang leh tengok gambar gambar keluar baba dan nyonya ni mcmana kan.


Ini yang antara yang terbaik! Pulut udang dia, lain dari pulut udang orang melayu kita, yang ni lemmbut je dan isi dia banyak guna udang kering dan sangat sedap weh! korang patut rasa yang ni. Dan lagi satu aku nak credit kat buah melaka, buah melaka dia sangat padat dengan gula dan bila masuk mulut je pecah terus gula melaka tu, sumpah ini buah melaka yang paling sedap pernah aku rasa.

TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM0.80-RM50
OVERALL:  RECOMMENDED
ADDRESS: 72, Jalan Tengkera Pantai 2, 75200 Melaka

Wednesday, November 24, 2010

PERANAKAN PLACE |ONE UTAMA|

Korang mencari makanan kaum baba dan nyonya? Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu.
Kedai yang kiterang pegi kali ni kat One Utama Damansara, kalau nampak dari luar memang restoran ni nampak macam terlalu mahal untuk masuk, tapi tak sebenarnyea, bila masuk je dalam restoran ni dah rasa cam berada kat melaka kat dalam rumah kaum baba dan nyonya pulak, dengan menu yang variasi, main dish dia tertumpu kat ala-carte, memang banyak untuk yang nak makan lauk hidang,  n tak kurang hebatnye set dish n goreng-oreng dia pon macam best. Tapi tak best if tak rasa signature dish dia kan, so, kitarang pilih food yang recommended by chef kat restoran tu la. NYONYA LAKSA-kuah berlemak santan dan isi udang yang segar n tauhu memang tangkap geleng kepala makan lah!. NYONYA BIHUN- ala2 bihun goreng tapi jenis basah sebab ada berkuah sup sayur, and BEEF KUEYTEOW-yang ni terbaik, ada rasa halia yang kuat dan kuah yang secukup rasa memang sesuai makan sekali ngan kueyteow, SODAP, lepas makan main dish, kami cube pulak sago gula melaka dia, ini memang pelengkap hidup, dengan santan pekat n rasa gula melaka yang wangi memang boleh buat kita geleng kepala lah! ahahahahaha....




NYONYA LAKSA

NYONYA BIHUN

BEEF KUEYTEOW


FOOD: *****
PRICE: ****
PRICE RANGE: RM 8.00 - RM 12.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...