Showing posts with label Pizza. Show all posts
Showing posts with label Pizza. Show all posts

Monday, June 24, 2013

PIZZA HUT | NATIONWIDE |

WOW SAVERS 50% DISCOUNT kembali lagi di Pizza Hut seluruh Malaysia! Menggembirakan bagi mereka yang limited bajet tapi teringin makan pizzahut dan mampu utk brag dalam instagram, facebook or twitter ke kan! Jadi kami dapat peluang untuk merasa dish di hari isnin iaitu Italian Herb Chicken Chop (RM7.45), Hawaiian Chicken Personal Pan Pizza (RM4.90) dan Assam Boy Fiz (RM2.60). Sangat berbaloi yea kawan kawan!

 

Seperti yang korang nampak, set promotion bukan benda yang sama hari2, jadi korang takde lah bosan sangat dalam pilihan untuk makan sini hari2 dengan harga murah dan portion yang mencukupi. Korang pon boleh plan hari apa nak datang untuk makan menu feveret korang dengan harga yang sangat best. 


Tak Pizza Hut la kalau kita tak taste Pizza dia kan? So, sebab ada set meh try Hawaiian Pizza deme ni, memang signature topping untuk Pizza Hut so rasa dia sangat tak disappointed la kan. Ini pendapat aku, kalau makan pizza kat pizza hut ni sesuai makan kat situ je sebab kalau makan yang delivery jadi tak sedap dough dia sebab x cukup panas cam letak dalam pan dia. 


Yang ni  Italian Herb Chicken Chop, sangat basic, Vege Broccoli + Carot pastu ada mash potato kemudian letak chicken herb gravy, sangat basic dan sedap. Kengkadang tu tak perlu over sangat nak buat western dish ni sebab simple tu pon kengkadang orang tak leh buat. Tapi yang ni cukup rasa dia dan aku harap kat branch lain pon standardize la. 


 Last sekali lengkapkan jamuan dengan Assam Boy Fiz yang segar ni. Sprite campur limau dengan asamboi, memang terbaiklah rasa dia, takdela masam sangat sebab balance dengan limau dan jugak assam boi tu. Eh memang lengkap la jamuan ni jadi memang rugi kalo tak kesini untuk jamuan yang lengkap dengan harga yang sangat berpatutan. Dalam keadaan jerebu yang teruk sekarang ni elok la kita menikmati makan dirumah ataupun dalam restoran bertutup begini bagi mengelak udara tidak sihat diluar sana. Jadi ini menjadi satu optional kepada menu harian anda dan ini sebagai panduan sahaja.


TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM10-RM20
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Pizza Hut Nationwide

Thursday, April 28, 2011

CONEPIZZA | SUNWAY PYRAMID |

PiZZA!!!! Italian signature food ni dah lama masuk dalam pasaran malaysia, sape tak kenal Pizza Hut or Dominos yang mostly paling dikenali orang. Pizza standard mesti ada Base (Dough dia) Sauce (tomato sauce) Topping (ikut suka orang la topping ni) ini standard pizza la. So aku pernah dengar dulu ada orang cite ada pizza dalam cone ala macam dalam aiskrim gitu tapi tak pernah jumpe pon restaurant or booth yang jual. Sekali bila aku jenjalan kat Sunway Pyramid level 1 jumpe la booth Conepizza nie, baru lagi bukak kat situ, memang aku turun la try makan kat situ. 

Kami try yang recommended punye iaitu MEAT MANIA dengan CREAMY CHICKEN, harga dia not bad as for now satu RM6.90 kalau dua RM12.50. Pada aku dengan ingredient dalam pizza ni memang berbaloi la dengan harga tu. Apa yang specialnya pizza dia takde la letak kat flat dough tapi dough yang berbentuk kon dan semua ingredient dia shumbat dalam tu. Rasa conepizza ni sangat sedap sebab benda tu mampat dalam kon kan jadi dapat rasa semua tu blend sekali la, sekali dengan jus dari pizza tu pon ada sekali dalam tu. Mula mula memang susah sikit nak makan sebab tak biasa kan, tanya kat staff dierang, dia kata elok makan panas2 leh rasa time2 cheese tu still melty. Memang betol la cakap dia, cheese mozarella tu dia buat layer2 so setiap gigitan tu akan rasa cheese tu and sangat menggelengkan kepala. Selain dari Conepizza, dierang juga ada sediakan Pasta meals. :)









TASTE: 4 of 5

PRICE RANGE: RM 6.00 - RM14.00

OVERALL: RECOMMENDED

ADDRESS:
SUNWAY PYRAMID SHOPPING COMPLEX
F1.58First Floor
Contact No : 012-6746236


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...