Thursday, April 28, 2011

Widgets

CONEPIZZA | SUNWAY PYRAMID |

PiZZA!!!! Italian signature food ni dah lama masuk dalam pasaran malaysia, sape tak kenal Pizza Hut or Dominos yang mostly paling dikenali orang. Pizza standard mesti ada Base (Dough dia) Sauce (tomato sauce) Topping (ikut suka orang la topping ni) ini standard pizza la. So aku pernah dengar dulu ada orang cite ada pizza dalam cone ala macam dalam aiskrim gitu tapi tak pernah jumpe pon restaurant or booth yang jual. Sekali bila aku jenjalan kat Sunway Pyramid level 1 jumpe la booth Conepizza nie, baru lagi bukak kat situ, memang aku turun la try makan kat situ. 

Kami try yang recommended punye iaitu MEAT MANIA dengan CREAMY CHICKEN, harga dia not bad as for now satu RM6.90 kalau dua RM12.50. Pada aku dengan ingredient dalam pizza ni memang berbaloi la dengan harga tu. Apa yang specialnya pizza dia takde la letak kat flat dough tapi dough yang berbentuk kon dan semua ingredient dia shumbat dalam tu. Rasa conepizza ni sangat sedap sebab benda tu mampat dalam kon kan jadi dapat rasa semua tu blend sekali la, sekali dengan jus dari pizza tu pon ada sekali dalam tu. Mula mula memang susah sikit nak makan sebab tak biasa kan, tanya kat staff dierang, dia kata elok makan panas2 leh rasa time2 cheese tu still melty. Memang betol la cakap dia, cheese mozarella tu dia buat layer2 so setiap gigitan tu akan rasa cheese tu and sangat menggelengkan kepala. Selain dari Conepizza, dierang juga ada sediakan Pasta meals. :)









TASTE: 4 of 5

PRICE RANGE: RM 6.00 - RM14.00

OVERALL: RECOMMENDED

ADDRESS:
SUNWAY PYRAMID SHOPPING COMPLEX
F1.58First Floor
Contact No : 012-6746236


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...