Showing posts with label Burger. Show all posts
Showing posts with label Burger. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

DAILY BURGER @ TAMAN SRI GOMBAK

Assalamualaikum geng, kalini kita cari pot makan burger yang simple tapi sedap dan tak perlu la burger bakar ke, burger stim ke, kita back to basic, roti, daging burger frozen yang ready made (RAMLY, SAUDI dan sebagainya yang dipasaran) dan sayur beserta sos yang sepatutnya. Ini betul2 untuk yang dalam budget yang minima yea la kan tengah tengah bulan ni mana yang murah tu tarik je la, sementara nak nunggu Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 tu pon tak bukak lagi registration dia, tak silap aku dia bukak pon 23 Disember 2013 ni yakni hari Isnin sampei 31 Januari 2014. Eh melencong la pulop yea, ok jom kita ke Daily Burger kat Taman Sri Gombak sana nun.


Gerai burger ni start operasi dari pukul 11.30 pagi sampai pukul 3 pagi keesokannya dan dari timing tu dah nunjukkan betapa sibuknya diearang sepanjang hari. Jarang rasanya kita nak nengok gerai burger bukak time time makan tengahari yea dak? biasanya malam je yang orang niaga. Ok kedai ni korang leh jumpa bertentangan dengan McDonalds dan berdepan dengan 7 Eleven seperti dalam gambar nie. Dulu masa aku datang gerai ni, dia hanya guna satu stall, tapi sebabkan permintaan yang tinggi, dierang bukak dua gerai utk menampung permintaan yang tinggi itu.


Sorry sebab takde gambor burger yang dapat diambil sebab dapat burger tu terus makan sampai lupa nak ambik gambor, sedap bebenor katenye. Apa yang specialnya? ok, tukang masak dia kira pakar jugaklah dalam masak burger ni, dia tak tekan langsung daging burger tu dan biarkan ia masak camtu je, dan tak ambik masa yang lama sampai daging tu kering, sebab tu daging tu sangat juicy dan mantain shape dia tak kecut sangat. Dan dierang ni guna daging burger RAMLY yang 70gm so ia adalah yang tebal tu. Selain dari daging dan ayam, ada jugak burger ikan dan jugak burger arnab dan rusa kalau tak silap lah. Dengan harga serendah RM1.80 korang dah leh dapat burger yang sedap. Sayur yang digunakan adalah salad, timun, bawang dan menarik lagi dierang akan letak satu slice nenas dalam burger ni dan ini menambah rasa yang lain dari yang lain. Tak percaya mai datang sini nengok. :) Disertakan jugak video cara dierang buat order customer yang mintak burger special, dimana tak macam gerai lain kalau buat burger special nie. Meh kita nengok meh!


*Disebabkan post sebelom ni ada yang terasa hati sebab aku letak RECOMENDED ngan NOT RECOMENDED, aku akan tukor kepada MANGKOK MANGKOK SEDAP  ni pulak, so RANGE DARI MANGKOK 1 HINGGA 5 sama sepert 1-5 bintang yea, pada POST POST YANG LEPAS AKU TAKKAN TUKAR SEBAB YANG LEPAS TU LEPAS LAH! Harap Maklum :)

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM1.50 - RM5
OVERALL: MUST TRY
ADRESS: Jalan SG1/11, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves

Saturday, March 02, 2013

BURGER BAKAR ABANG BURN | KOTA DAMANSARA |

Ok tadi sembang pasal Burger Bakar Kaw Kaw yang memang menjadi trend sekarang nie, meh kita sembang pasal pencabar dia buat masa ni, Burger Bakar Abang Burn, terletak kat Tanjung Village Food Court memang leh perasan punya tempat dia, pada aku yang dierang ni tak semeriah Kaw Kaw dari segi promotion, underground je tapi berjaya.


Que dia masa aku pegi tadi takde la padat sangat, mungkin masih awal, akak kaunter tu cakap selalu dalam kul 11pm keatas time tu memang bz la. So standard procedure, ambik order kat kaunter, bayar, tunggu fud. Rasanya hanya ambik masa dalam 10minit untuk semua fud kami ada kat table.


Yang ni burger daging/cheese/turkey ham (RM16), sangat berpuas hati, dierang tak mengamalkan sos cili tapi guna "steak sauce" untuk sauce dia sekali dengan mayonaise, roti dimasak dengan baik, cheese melt dan panas je bila dierang serve, way better than Kaw Kaw (sorry).


Burger Kambing pon ada gak, dierang serve sekali dengan onion ring 2 ketul. Rasa kambing yang sangat sedap dan juicy terbaik dengan harga yang sangat berpatutan.


Yang ni ayam/cheese, memang tak kedekut langsung, mayonaise yang banyak, ayam juicy, tak keras, takde rasa tengik, alhamdulillah rasa kat sini lagi baik dari kat Kaw Kaw.

Pada pendapat aku masing masing ada kekuatan masing masing, dulu zaman awal awal Kaw Kaw pon tentu sedap gila, cuma bila kita dah maju kadang kadang kita lupa nak tengok macamana kita naik dulu, so bila kita dah maju, sepatutnya still perlu mantain quality dan bukan setakat kejar kuantiti aje. Gud Job untuk Burger Abang Burn, full credit for them this time, jgn nanti dah maju jadi macam kawan kawan lain yea.

ABANG BURN VS KAW KAW:

  • ROTI DIMASAK DENGAN BAIK VS ROTI TAK MASAK LANGSUNG
  • SPECIAL SOS VS CILI MURAH
  • SERVED PANAS VS SERVED SEJUK (CHEESE PON TAK MELT)
  • ADA PERASAAN VS XDE PERASAAN
**ini sebagai guideline sahaja, teruskan menyokong industri pemakanan bumiputera, ini pendapat masing masing, kalau gatai pegi la try :)

TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM6-RM50
OVERALL:RECOMMENDED
ADRESS: 7-21, Jalan Pju 5/13, 47810, Kota Damansara, Selangor.

BURGER BAKAR KAW KAW | WANGSA MAJU |

Trend terbaru market burger buat masa sekarang ni, guna patty buat sendiri dan dah tak guna daging burger instant macam Burger Ramly, Saudi and such. Jika fakta yang aku dapat ni betul, Burger Kaw Kaw ni memang trend setter untuk burger bakar dan yang lain start jugak buat benda yang sama. Banyak yang bagi respond baik dan memang mendapat sambutan yang menggalakkan, mungkin promosi dan gimik yang baik menampakkan mereka yang terbaik. 

Ok, aku pon pergilah yang kat Wangsa Maju punya branch, ok order baconizer tambah ayam (set) ada dalam RM20+ untuk set ni (sosej 2 batang+air).


Yang ni single cheese (set), yang ni pendapat peribadi, mungkin nasib aku tak baik masa aku datang, dierang masak main main ataupon dah tak seikhlas dulu (sebab dah terlalu komersial) tapi bagi aku ayam tu agak tengik sikit tepung dia, mungkin sebab minyak dia tak tukar or what la, sebab sangat rasa lama minyak dia, dan kalau korang perasan tengok roti tu, elok je rupa roti tu, sebab dia tak masak pon roti tu dulu, sangat kering dan berserbuk, roti tu bila tak masak sekali dengan planta sikit and bagi kena api, memang rasa plain je la roti tu, sangat AMATEUR. 


Yang ni pulak baconizer+ayam, korang lagi sekali boleh nampak roti tu tak masak pon, macam semua ni dierang assemble macam tu je berger tu tanpa masak dulu roti tu, and tengok cheese tu keras kejong camtu, takde melt kat daging tu, terus terang bila dierang serve ni, sejuk je daging ni dan burger ni perlu la makan panas, dah katanye berger bakar.


Yang ni baconizer biasa, komen sama seperti diatas, roti sangat kering, tak abis makan pon roti tu, sangat sejuk, and tengok tak melt pon, secara peribadi sangat tak berbaloi makan kat sini.

Ini pendapat peribadi, berdasarkan pengalaman aku, bila sesebuah kedai tu establish sikit dan maju, kualiti tu dah berkurang. Benda benda kecik camni boleh buat kita ingat sampai sudah dan boleh menyampaikan mesej yang negatif kepada yang lain. Lagi satu sebab dah ada brand, aku tak paham kenapa mesti pakai sos cili murah? sangat terasa murah dia, tau kan cili yang dalam botol besar gila tu dengan harga yang murah tu, bukan takleh bagi sos cili yang elok sikit, memang spoil rasa segalanya. Aku tak pastilah kat branch lain kot sedap, tapi prinsip aku once experience aku dah spoil dan membuatkan aku set dalam kepala aku, semua branch sama, sorry :)

TASTE: 1 of 5
PRICE RANGE: RM8-Rm50
OVERALL: NOT RECOMMENDED
ADRESS: Jalan 4/27A, Section 2, Wangsamaju Setapak, 54200, Kuala Lumpur

Friday, April 13, 2012

NEW YORK DELI |ONE UTAMA DAMANSARA|

[RESTAURANT CLOSED]
Update Information: 30 APRIL 2013

Western lagi, kalini kat OU damansara, kedai dia betol betol depan Daiso dan Cold Storage kat OU new wing. Nama restoran dia New York Deli dan dierang menerapkan menu asli dari New York seperti burger dia dan buffalo wing dia, dan side dia ada gak spaghetti and such la. 


Apa yang bestnya pada aku kedai ni pon ada serve rutbir dengan ice cream float yang sangat best macam makan kat A&W la kan.  Jadi ritu aku order spaghetti with 1/2 spring chicken and cream sauce, mushroom swiss burger, and buffalo wing dia. 


Ni rutbir dia, dengan harga dalam RM5 aje memang puas hati la dapat rutbir ni, dierang kata kira signature new yorkers ni minum air gini la.


Spaghetti dia memang puas hati, portion dia cukup cukup and cream dia tak memualkan sangat, sebab kengkadang tu dierang buat pekat sangat and terlampau mual bila makan. And just tengok spring chicken dia, besar jugak lah untuk spring chicken


Dan ini berger dia, besar jugak daging dia memang 100% meat dan sangat juicy daging berger dia dan chips yang dihidangkan jugak besar gedabak.


Yang ini pada aku wajib cuba, buffalo wing ni pada mulanya aku dah perlekeh dah rupa dia dah macam ayam goreng kunyit aje, tapi bila dah makan dia punya pedas memang sampai pijar la bibir semua! Must try this sebab sangat sedap dan pedas.


Dan sebagai penutup, kami order Chocolate MARS deep fried, sangat unik, dierang coat dengan batter then dierang goreng chocolate MARS tu, sangat bercoklat benda ni, amat sesuai bagi penggemar coklat yang tegar. Tapi sedikit manis bila makan banyak. 

Selain dari set gini, apa yang menariknya kat sini, dierang pon ada burger besar macam yazid burger, the GIANT YANKEE BURGER ni berharga RM45.00 siap denga fries sekali, barang siapa leh habiskan dalam tempoh yang ditetapkan sorang sorang, burger tu jadi free, dan muka masuk hall of fame cam kat bawah ni. 


Maaf, masa aku datang tu aku nak order berger ni tapi dah abeh katanya sok tengok dari gambar tu aje la, kalau ikutkan memang agak berat sebab dia hidang sekali dengan fries lagi, memang power la dierang makan camnie :)

TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM12 - RM80
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: One Utama, Depan Daiso New Wing

Thursday, April 12, 2012

YAZID "GIANT" BURGER |SHAH ALAM|

Korang sume suka makan berger? setakat suka ataupon fanatik untuk mencuba sesuatu yang baru pada selera burger anda? Ok, sekarang ni dok heboh pasal berger bakar la, berger kaw kaw la, berkonsepkan bakar dan semata mata berger bertingkat dan itu sahaja kan? apa yang special? sebab tinggi dan sebab bakar aje la. Tapi pernah tak korang nak rasa berger betul betul homemade from scratch (bukan setakat daging kisar biasa sahaja)? Ni dia berger yang pada aku korang patut cuba sebab berger dia memang homemade bukan sekadar patty-nye sahaja tapi juga roti pon dibuat sendiri (tak beli pon dari RAMLY ataupon geng geng roti berger yang lain), dan juga gravy black pepper pon dibuat sendiri dari demiglaze (stock lembu) bukan beli botol pehtu tambah air sikit ok :)


Berger yang aku maksudkan ni adalah Yazid Burger (Burger YB) yang terletak di shah alam betul betul belakang Unisel Shah Alam ada foodcourt tu kan (RESEPI YB, LOT 4,MEDAN SELERA ANJUNG SEKSYEN 7), korang mesti tau punya sebab salah satu restoran kat foodcourt ni ada masuk Jalan Jalan Cari Makan ritu. 

Ok, mari kita sembang pasal produk homemade yang dia ada, mula mula roti, Burger YB ni ada 4 jenis roti yang dibakar setiap hari iaitu Oregano, Garlic, Honey Oat dan Wholemeals dimana sumber inspirasi datang dari Subway yang roti boleh pilih pilih tu tapi diterapkan pada roti berger macam gambar kat bawah ni.


Selain dari roti yang dah 100% menjadi ni, dia pon ada buat patty sendiri dengan citarasa yang sangat menarik iaitu Satay, Blackpepper, BBQ, Mushroom dan perisa Tomyam pada patty tu yang pada aku kat tempat lain takde semua ni. Selain homemade flavor patty camni, ada jugak burger Rusa, Kambing, Arnab yang dibuat sendiri jugak. Jadi kepada yang mengidam tu sesuai sangat la kalau dah dapat makan kat sini, kot kot mengidam nak makan rusa ke kan :)

Tapi sejak dua menjak ni, owner kedai ni came out dengan idea baru dalam perniagaan burger beliau dengan adanya burger 1KG untuk kepuasan mereka yang sangat lapar ataupon untuk dikongsikan bersama rakan rakan.

 


Dengan size camni memang sangat memberangsangkan jualan burger YB ni yang pada aku dah memang femes kat area S.Alam ni terutamanya student UiTM dengan UniSEL kat situ. 


Pada aku Yazid Burger tak kedekut dari segi sos dierang, memang dah cukup banyak deme letak kat atas burger and takyah nak mintak tambah sos dah, memang berlecak lah kalau makan berger ni. Mayonaise dia kalau korang rasa akan ada rasa lemon sikit yang sangat segar pada aku daripada warung berger lain ataupon berger bertingkat yang lain.



Korang rasa boleh makan tak nie? dengan harga RM40 korang leh dapat burger 1KG yang pada aku sangat berbaloi. Dan sekarang Burger YB ada buat pertandingan habiskan burger 1kg ni dalam masa kurang dari 20minit, dan jika mampu korang akan dapat masuk wall of fame dan tshirt edisi khas dari Burger YB nie. Syarat syarat baik korang masuk blog yazidburger sendiri. 

Dan sini disertakan jugak menu card dia kalo korang nak tengok tengok dulu sebelum korang datang kat sini dan cuba sendiri kan


**Fakta Menarik
-Ditubuhkan pada 1998 dengan stall kecik je
-Blackpepper sauce dan Mayonaise dibancuh sendiri dengan citarasa baru
-Ruang yang selesa untuk makan
-Berbaloi dengan harga
-Ada page FB Yb Yazid Burger add la yea :)
-Kini sudah ada Website tersendiri. layari http://www.resepiyazidburger.com.my :)

TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM2 - RM40
OVERALL:  RECOMMENDED
ADRESS: Resepi Yb, Lot 4, Medan Selera Anjung Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...