Showing posts with label Buffet. Show all posts
Showing posts with label Buffet. Show all posts

Tuesday, January 24, 2017

BULGOGI BROTHERS @ PARADIGM MALL

Korang selalu tengok drama korea tak? pernah teringin makan grill daging macam kat tv tu? Kebanyakan restoran korea di Malaysia ni non halal sebab daging grill ada babi. Tapi yg ni akan buat korang nak datang dan makan macam orang korea. Selalunya nak makan korean grill yang segak2 tu susah nak ada buffet. Tapi Bulgogi Brothers sekarang buat perubahan dengan adanya ALL YOU CAN EAT KOREAN BUFFET dengan harga yang berpatutan dan UNLIMITED daging lembu/kambing/ayam untuk korang makan sampai kembung perut. 



MaekJeok (Chicken skewer) sangat sangat sedap dan jugak mandu yang memang baik!

TTeokpokki sangat lembut dan cukup2 pedas saja

BibimGuksu (Spicy Cold Noodles) ini korang akan selalu nampak depa makan dalam drama, mee dihidang sejuk dan telur diatas. Rasa sos yang pedas dan sangat sedap!

Kimchi Jigae adalah sup pedas rasa kimchi yang best (rasa ala ala asam pedas)

Sekali dihidangkan banyak ni tapi boleh mintak berulang kali. Sekali hantar tu bergantung kepada berapa orang makan la, kalau 2 orang makan sekali dia hantar sikit2 camni aje.

Masak sendiri dan korang akan feeling feeling macam orang korea la :)

Salad yang banyak camni kena extra charge dalam RM3 tapi lepas habes leh topup selagi kita nak. Korang boleh balut grill daging/ayam/kambing dalam salad ni and suap terus, terus jadi orang korea! 

Secara keseluruhan food sangat sedap dan inisiatif untuk buat buffet ni mampu menarik orang untuk singgah ke Bulgogi Brothers untuk rasa food mereka yang lain dari restoran korea yang biasa biasa tu. Selamat mencuba! :)

RASA: 4 / 5
HARGA: RM45.00++/person
ALAMAT:
Kelana Jaya GB-13 & 13A, 
Level G, Paradigm Mall. 
No.1, Jalan SS7/26A, 47301 
PJ








Monday, July 29, 2013

HADRAMAWT RESTAURANT BUFFET RAMADHAN 2013 | CHULAN SQUARE |

Minggu lepas dapat le aku peluang untuk berbuka puasa kat Hadramawt kat Chulan Square ni, makan buffet kat sini akan pasti membuat korang rasa sangat berpuas hati walaupon food dia hanya limited untuk beberapa item sahaja. Dan lagi best bila aku dapat peluang makan sini dengan discounted price dari Groupon Malaysia, dengan hanya RM30 seorang minimum 4orang, memang sangat berbaloi la makan kat sini. Meh kita tengok sebilangan gambor yang sempat aku ambik, sebab food dia sangat lazat, kurang minat untuk sesi mengambil gambar.


Ok dari segi restaurant ni, memang luas dan sangat selesa, dengan lagu arab pon ada kat sini dan tak dilupai bau kambing yang sangat kuat menambahkan lagi selera dan makroh dibulan puasa ni. Kalau nak sampai sini korang kene book awal awal sebab memang akan penuh sentiasa.


Food kat sini sangat best, walaupon dia ada chicken mandy dan lamb mandy je sebagai main item utk buffet dia tapi dah cukup sebab sangat sangat sedap dengan kambing dan ayam dierang tak kedekut letak dalam tu and dierang jaga standard food dierang dengan kambing dan ayam yang sangat moist. Kebab kambing pon dierang buat buffet boleh dimakan dengan roti naan dierang, wahhh memang terbaik. Selain dari itu, dierang ada pencuci mulut dari Arab, samosa kambing, eh banyak lagi lah sampingan kat sini. Disyorkan untuk menghadirkan diri anda ke sini untuk menjamu selera dibulan romaduon ni :)

TASTE: 5 0f 5
PRICE RANGE: RM50
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Lot 7 & 7A, Block B, Chulan Square, 92, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur

Tuesday, July 16, 2013

SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC) BUFFET RAMADHAN 2013 | SHAH ALAM |

Hi geng salam Ramadhan ye! Ok, last week aku berkesempatan ke SACC shah alam untuk berbuka puasa kat sini dengan tema tahun ni kat sini adalah Nuansa Palestina dimana tumpuan food disini adalah daripada palestine dan resepi kambingnya jugak adalah dari palestine. Bagi aku, tempat ni biasa je dan takdela best mana sangat, so mari kita nengok ape yang deme offer kat sini yea.
*Ini merupakan pendapat ikhlas dari aku, jika korang suka tempat makan ni makanya itu citarasa korang.


Seperti dimana mana buffet ramadhan, kambing panggang pasti akan menjadi tumpuan dan tarikan restoran tersebut dan di SACC pon dierang taknak ketinggalan dengan KAMBING KEBULI, maybe yang ni asal dari Palestine, dan yang korang tengok ni adalah satu satunya kambing yang ada selain dari kambing yang dierang dah siap potong semua dan itu yang dierang bagi kat customer. Dan kambing ni hanya di carve sesudah yang siap masak tu habis dan sangat kering pada aku kambing ni. Tapi nasi dia sangat baik lah, guna basmati lagi just that aku agak kecewa dengan kambing yang disediakan kat sini.

Selain dari itu, SACC menjanjikan hidangan lebih dari 100 jenis makanan dan ini sudah cukup memuaskan hati dan nafsu makan kita dan jangan dilupai orang kat somalia sana tak makan hebat cam kita kat sini apatah lagi orang palestine, sebab tu la dierang bertemakan makanan palestine kalini untuk memperingati dan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan ini sesuatu yang sangat mulia.

Juadah dibawah antara yang ada kat sana, pada aku gambo dah menerangkan semuanya bagi memikat citarasa anda, jadi meh kita tengok ape yang dierang ada kat sana ye dan aku akan beri kredit kepada beberapa dish yang ada kat sini dan pada aku unik (tak dapat kat tempat lain le).


Ok yang kat atas ni kambing masak dalam yogurt, ini sangat terbaik dan sangat moist better dari yang panggang tu walaupon dierang highlight yang tu lebih dan sangat sedap dengan juice kambing yang keluar tu pon memang tak tahan weh!.


Antara dish dari palestine yang dihidangkan.


Ok yang ni gulai kawah, tak sempat langsung aku nak makan. Satu je masalah aku ngan orang kita ni, bila nak ambik food tu kengkadang sampai tak ingat orang belakang, macam takleh nak refil ambik kemdian, kalau boleh sebelom berbuka tu semua food dah ada kat atas meja sampai licin semua food. Tapi aku tak salahkan dierang gak, pihak SACC pon sepatutnya menyediakan food secukupnya bukan awal awal dah habis. Contoh gulai kawah ni, bila ditanya ada refil tak, dengan selamba je chef tu cakap yang ni takde refil, dah habis. Korang dah budget ramai mana nak datang, so korang leh badget food tu bagi cukup, ini dah habes x refil, n sekali serve lak tu..kalau dah 2-3 kali refil then habis tu aku faham lah, so pada aku ini tidak patut berlaku dan tak adil bagi mereka yang tak dapat nak merasa hidangan ni.


 
Ok, ini yang sangat menarik bagi aku, dessert dari Palestine iaitu Qatayef dimana isi luar tu cam pancake diisi dengan cream cheese dan raisins dan kemudian digoreng kejap, lalu dimasukkan kedalam air gula. Ini sangat sedap sampai aku ambik 6-7 ketul benda ni aje. Sumpah sedap dengan rasa kemanisan diluar dan rasa masam manis cheese dan raisin tu sangat membantu. Jadi ape yang menarik aku kat sini adalah Qatayef ni dan tidak dilupai cempedak goreng kat sini. Difahamkan memang cepat habis cempedak kat sini, so if korang datang, jgn lupa berembat cempedak goreng ok?

Secara keseluruhan ia bukan satu pengalaman yang menarik kat sini dan bagi aku biasa biasa sahaja dan bukan sesuatu yang menarik untuk kita ingat tapi in the end Qatayef sebagai penyelamat haritu. NOT RECOMENDED itu adalah dari aku sebagai panduan aku, lagi sekali aku ingatkan, selera kita lain lain, mungkin pada aku tak sedap tapi tak semestinya tak sedap pada korang, so, jadikan ini sebagai panduan untuk korang kesini, dan jadikanlah panduan blog lain jugak sebagai rujukan korang, ini hanya salah satu option pada korang. Ini hanya sekadar pandangan dan pengalaman yang dirasai oleh saya pada hari berkenaan. Harap maklum.

Untuk area kat Shah Alam ni rasanya ini adalah antara yang terbaik yang korang leh dapat untuk buffet ramadhan dan yang pasti, walaupun aku merasakan tempat ni not recommended, insyaallah aku akan sampai lagi tahun depan sebab dierang mempunyai tema dan promosi lain dari yang lain.


TASTE: 3 of 5
PRICE RANGE: RM75++
OVERALL: NOT RECOMMENDED
ADRESS: Jalan Perbadanan 14/9, Shah Alam Selangor.

Monday, June 17, 2013

SEOUL GARDEN BBQ | ONE UTAMA |

K-Pop menjadi menu untuk pagi nie, ok mungkin korang semua dah tau tempat ni Seoul Garden BBQ and pasti kalau korang lalu kat shopping complex korang akan nampak ramai orang berpusu pusu kat dalam ni untuk mengambil makanan sebab konsep deme ni konsep buffet gak kat sini. Jadi sebabkan buffet all you can eat, ramai yang hilang kawalan diri dan daya merasa masing masing.  Inilah Seoul Garden BBQ.
  

Dengan harga RM38.88++ untuk dinner seorang, ini tidak termasuk free flow air ya, jika nak free flow air, kena tambah lagi RM3.99++ seorang dimana pada aku macam tak masuk akal untuk asingkan harga kedua dua ni. Logically kalau kita makan mesti nak kena ada air betol tak? dan ini memang tak masuk akal dan sepatutnya dikira sekali dengan food semua. 


Konsep food dia berasaskan makan korea yang suka makan BBQ dan ini antara option yang orang melayu kita boleh makan sebab makanan kat sini halal. Tapi jangan sebab ia halal dan bbq mesti kita makan kat sini sebab ada je option lain sebab pada aku konsep korea tu dah lari dan takde la kesemua food dia berasaskan makanan korea. Meja makan dierang dah custom tengah tengah dia dengan grill dan mangkuk sup untuk rebus dan ini pada aku tak praktikal sangat sebab even dia letak kedalam sikit tapi still kita akan terkena percikan dari food tu dan sebab restoran ni terletak dalam shopping complex, tak sesuai untuk window shopping selepas makan kat sini, so lepas makan balik lagi best.


Ini antara grill item yang terdapat kat sini, semua item sangat fresh tapi marinationnya pada aku tak cukup power untuk grill item kat sini, aku prefer marination kat Jang Gun punye marination.






Tak banyak nak diperkatakan sebab pada aku Seoul Garden ni kurang soul dia dalam BBQ, ini pendapat peribadi aku, jgn samakan dengan pendapat korang, mungkin pada korang tempat ni sedap, tapi not me sebab aku dah rasa ada tempat yang lagi bagus dari sini dan itu menjadi penanda aras bagi aku untuk menilai BBQ ni, dan tempat ni sangat crowded dan tak sesuai untuk hang out. Apa yang pasti bulan ramadhan yang bakal tiba ni akan menyemakkan lagi tempat ni dan menjadi tempat berbuka tumpuan tatkala bulan suci ini kembali. Jika diberi pilihan, carilah tempat berbuka lain yang lebih menarik dan menyelerakan, dengan harga yang ditawarkan, korang dah leh pegi buffet hotel mau pun ke Jang Gun yang pada aku lebih authentic korean food dari kat sini.

TASTE: 3 of 5
PRICE RANGE: RM40-RM60
OVERALL: NOT RECOMMENDED
ADRESS: 1 Utama Shopping Centre, LG345, Lower Ground Floor, Highstreet, Bandar Utama, 47800. PJ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...