Showing posts with label Lunch. Show all posts
Showing posts with label Lunch. Show all posts

Wednesday, February 01, 2017

LUNCH MAKAN MANA?: CHEAP LUNCH EVERYDAY


Satu lagi pilihan untuk mereka yang ingin makan time lunch di office tapi sangat malas untuk keluar atau masak dari rumah. Satu cara lagi untuk anda berjimat dan tak perlu pikir nak makan mana time lunch. :) 

Food delivery kalini nama dia CHEAP LUNCH EVERYDAY dimana dengan hanya RM5 satu hari, korang akan dapat set nasi berlauk dengan sayur dan air masak. Tak perlu pening2 kepala dah, penghantaran adalah percuma tetapi mempunya minimum order 3 set jadi boleh lah kawtim dengan kawan kawan office untuk join sekali berjimat :)


Menu akan diletakkan di FB dan IG page dierang setiap hari khamis untuk menu seminggu yang akan datang dan ini sangat membantu kita untuk merancang dan mengetahui apa yang kita akan makan untuk minggu seterusnya. Menu diatas adalah contoh yang kami cuba eksperimen untuk seminggu. 

Ikan masam manis dengan sayur kacang panjang

Ayam masak merah dan sayur kobis

Nasi Goreng Tomyam dengan telor mata

Nasi Ayam Claypot

Nasi Lemk Ayam Rendang

Ayam Penyet

Secara keseluruhan food yang dihantar kepada kami sangat berpuas hati dengan cukup rasanya dan kuantiti makanan yang cukup2 untuk makan tengahari. Makanan yang dihidangkan itu membuatkan kita berfikir jika RM5 tu balik modal ke sebab memang mengenyangkan dan sedap. Tapi pada saya jika ada kekurangan sana sini pon tetap tak rasa ralat sebab dengan RM5 kita sudah mendapat makan tengahari yang lengkap diwaktu kerja. Menjimatkan dan mengenyangkan. 

Diharap CHEAP LUNCH EVERYDAY sukses dimasa hadapan dengan menu menu yang lebih menari dan terus memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan mereka. 

RASA: 4 / 5
HARGA: RM5.00-RM15.00
FB: cheapluncheveryday
IG: cheapluncheveryday
Aida: 016-3442364 Whatsapp/Call

Thursday, January 05, 2017

LUNCH MAKAN MANA? : THE SHROOMS FOOD ATTACK


Korang nak makan lunch time keje tapi malas nak tinggalkan ofis? Korang malas nak makan luar takut tak bersih tapi malas nak masak bekal? Jangan risau sebab sekarang ni banyak yang dok buat food delivery terus ke ofis korang dan kali ni kami try makan dari new comers dalam industri food delivery ni iaitu The Shrooms Food Attack. Base dierang adalah di lembah klang dan membuat penghantaran di KL dan Selangor buat masa sekarang. Range price pengenalan adalah dalam RM 8 ke RM 15 bagi korang korang merasa sendiri air tangan bekas pensyarah kulinari yg hebat di pulau mutiara ini. 

Baru start business 4/1/17, mereka menawarkan 4 menu kepada pelanggan dengan fokus utama untuk orang ramai mengenali food mereka. Jadi kami try 2 jenis makanan dari menu tersebut.



Untuk pengenalan The Shrooms post menu mereka satu hari sebelom delivery untuk test market dulu. Tapi bermula minggu hadapan mereka akan post menu seminggu terus bagi memudahkan pesanan awal dari customer mereka. 

Beef Bulgogi + Calrose Rice + Mushroom Fritters

Nasi Putih + Kembung Berlado + Masak Lemak Kobis + Timun Sambal Belacan

Nasi Putih + Ayam Masak Lemak + Sayur Campur + Timun Sambal Belacan

Packing yang digunakan



Akaun Instagram dan FB The Shrooms Food Attack korang boleh follow untuk dapat update terkini

Secara keseluruhan makanan yang dihidangkan adalah sangat dekat dengan citarasa orang kita dan jugak mereka yg mempunya banyak mix dalam darah mereka. Berbaloi dan puas hati dengan harga yg di offer. Jangan kita mengharap rasa restoran 5 bintang yea tapi memang berbaloi untuk makan tengahari ok. 

Ini projek yang masih baru dan dengan apa yg dihidangkan insyaallah boleh pergi jauh. Semoga maju jaya.

RASA: 4 / 5
HARGA: RM8.00-RM15.00
FB: The Shrooms - Food Attack
IG: Theshroomsfoodattack
Iqbal: 012-2318715 Whatsapp/Call

Wednesday, January 04, 2017

LUNCH MAKAN MANA? : LONGHORN STEAKHOUSE CURVE

Korang kadang kadang buntu tak nak lunch mana time keje? Korang boleh try datang makan kat sini sebab dierang pon ada menyediakan lunch set untuk korang dengan harga yang berbaloi. 

Kami makan set paling murah dengan harga RM19.90 (exc GST) dan pilihan adalah burger. Walaupon burger tapi burger dia sangat puas hati dengan size yang besar, daging yang juicy dan sangat berbaloi untuk mengenyangkan kita waktu tengahari. 


Selain dari burger, kami jugak ada try Country Fried Mushroom Chicken dengan harga RM23.90 (exc GST), ayam cukup2 masak dan sos mushroom dia memang terbaik dan sangat ngam dengan ayam tu. 

Ada special jugak kat Longhorn ni ialah free flow soft drinks dan free flow roti dan butter yg dihidangkan panas2! Dierang akan bake to order roti ni jadi ambil masa sikit tapi sekali hantar roti cukup untuk setiap sorang yg datang. Jadi free flow tu sangat membantu korang kenyang baring punya.







RASA: 4 / 5
HARGA: RM19.90- RM45.00
ALAMAT:
G88B, Ground Floor, The Curve. 
Jalan PJU 7/3. Mutiara Damansara, 
47810 Petaling Jaya Selangor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...