Showing posts with label Coffee. Show all posts
Showing posts with label Coffee. Show all posts

Monday, February 13, 2017

POPPO KANTEEN @ CHERAS

Korang teringin makan nasi lemak tapi nak nasi lemak yang ada pelbagai jenis lauk yg korang boleh pilih? Ha ni ada option untuk korang try nasi lemak yang lain macam sedap dia dan ada banyak gila pilihan nasi lemak dan makanan makanan yang lain!. Bila ditanya if food kat sini halal ke tidak, owner cakap food sini halal. Jadi memang terus masuk and rasa la restoran ni sebab tengok dari luar memang penuh aje. 


Diinspirasikan dari sebuah sekolah di Batu Pahat Johor, mereka cuba bawak kelainan dengan membawak konsep makanan di kantin dan dihidangkan dengan harga yang berpatutan dan makanan yang lazat. 

Meja didalam restoran pon ada ala ala kantin sekolah

Sebahagian menu nasi lemak yang ada

Nasi lemak favorite iaitu nasi lemak ayam goreng berempah. Sangat sedap!

Yang ni lagi sedap! Nasi lemak rendang perut lembu, memang terbaek dengan kelembutan perut tu dan rasa rendang yang sedap konpom macam nak tambah lauk lagi!


Selain nasi lemak, korang boleh order menu lain yang  sangat banyak kat sini, jadi kita try Kuey Teow Cantonese dia. Ini pon sedap, ada rasa bijan dan bawah putih yg cukup untuk membuka selera korang.  

Kalau korang nak lepak2 lama kat kedai ni, ada jugak snek yang korang boleh enjoy seperti ni, macam ayam goreng BoB / Shihlin yg dihidangkan dengan fries. Jadi lah buat lepak2 buang masa kan :)


Sebagai penutup kami order roti boom susu, sangat la sedap dan lain dari roti boom kat mamak sebab roti yang ni sangat ringan dan flaky, cukup manis berlemak buat korang senang hati :)


Poppo Kanteen ni jugak ada tarikan pada air dierang, ada pelbagai jenis air! yg ni Coco dinosor (mix milo dan koko) dan air asam boi. Selain dari tu, dierang ada Teh Tarik Telur setengah masak, tak berani nak ambik takut muak sebab telur setengah masak tu masuk dalam teh tarik tu, tapi pasti kedatangan kedua akan ambil air tu nak rasa. Selain tu ada jugak kopi dengan butter, teh tarik dengan butter, maksudnya dierang letak seketui butter dalam air tu, so rasanya mesti berlemak la kot. Pon akan cuba rasa next visit nanti. 

Secara keseluruhannya food kat sini sangat sedap dan ikhlas. Cukup rasa dan nasi lemak dia sangatlah sedap dan berbaloi. Korang mesti datang! :)

RASA: 4 / 5
HARGA: RM4.00-RM20.00/person
ALAMAT:
No. 26, Jalan Manis 4, Taman Segar, 56100 Cheras, Kuala Lumpur.

Tuesday, February 26, 2013

SAO PAOLO COFFEE | CITTA MALL |

Korang suka minum kopi tak? sebab sejak tahun lepas aku baru start suka minum kopi. Dah mencuba Starbuck , San Francisco , Dome , Coffeebean dan lain lain. Tapi semua takde update lagi untuk sekarang, maybe sebab terlalu common la kot. Jadi kali ni kita cuba kopi dari kedai lain pulak, Sao Paolo Coffee, kenapa? maybe sebab sejarah kopi terbaik datang dari Brazil, tak sure asal sejarahnye. Terletak kat Citta Mall Ara Damansara, tempat yang wajib singgah untuk kopi sebab tak banyak coffee shop yang ada kat situ. 

Ok, sampai kat counter terus tanya apa signature drink kat sini, so dia advice ambik Cafezinho Branco RM10.00 (extra espresso dan susu pekat), dierang kata orang brazil suka minum kopi dierang camnie (mcm kopi susu je la kot), kiterang jugak ambik yg blended, Tiramisu Latte RM15.00. Kiterang tak ambik yang besar sebab harga antara size takde beza sangat.


Banyak lagi option lain yang ada, yang tu belom lagi explore :)


Set kedai sangat cantik, kalo macam aku ni memang suke team Brazil (x bias ok) memang best la kan.


Nindia Cafezinho Branco, memang terbaik, layer cream kat atas kopi tu sekali hirup kopi dia, perghh, memang terbaik, aku cadangkan korang rasa yang nie, cup large dia memang puas hati, banyak sungguh air dia.


Ok, yang ni Tiramisu Latte, pada aku takde kick sangat, prefer hot coffee dia, rasa dia kurang padat, prefer Starbuck punya.

Overall puas hati dengan service dia, dierang cuba build rapport dengan customer sebab kedai ni baru dan kita rasa sangat welcome kat sini, jadi bila service bagus, kadang kadang rasa tu kita tak ingat sangat. So, it is good to have alternative for the coffee lovers out there :)

TASTE: 3 of 5
PRICE RANGE: RM8-RM30
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Citta Mall
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...