Wednesday, February 23, 2011

SUP MELETUP |BANDAR SRI PERMAISURI|

SUP MELETUP! dengan nama gah camni memang berani sungguh diarang nak kata sup dierang ni meletop sungguh, ini pon atas suggestion kawan aku yang kata sup dia ni memang sedap bebenor, jadi sekali tu aku pegi le ngan kengkawan aku sekali. Kawasan tempat makan tu macam foodcourt je tapi kedai sup dia memang nampak menyerlah le sebab ramai je orang kat tempat sup dia ni, macam-macam jenis sup ada, sup ayam, sup daging, sup gearbox you name it u got it la kata orang putih. Jadi aku order la sup campur ada paru dan daging, pada aku sup dia memang sedap la sebab rasa daging dalam sup tu cukup rasa dengan rempah pon cukup, aku rasa dia reneh sup tu mau satu hari untuk dapat rasa sedap camtu. Dengan harga satu mangkuk RM5 untuk sup saje memang berbaloi la sebab bukan main banyak lagi isi dalam tu. Selain dari sup, ada jugak nasi goreng dan nasi ayam kat kedai ni tapi selain daripada sup, yang lain tu semua tak sedap, kenapa aku cakap camtu? sebab masa makan aritu rasa nasi goreng dia takde rasa garam langsung and nasi ayam tu, ayam goreng dia takat goreng macam tu je, memang kureng la, takat cover kat sup dia aje. 










TASTE: 3 of 5
PRICE RANGE: RM 5.00 - RM 7.00
OVERALL: OK
ADDRESS:
SUP MELETUP
JALAN SRI PERMAISURI 1
BANDAR SRI PERMAISURI

*Update

Baru kemaskini blog dan lepas ni akan ada perubahan sikit dari segi penilaian. Lepas ni akan aku sediakan beberapa ciri-ciri seperti berikut:

TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM ??
OVERALL: OK / KO / HIGHLY RECOMMENDED

Dan tak dilupai sebab sebelum ni aku buat aku tak letak alamat restoran tu dan ini mungkin akan buatkan korang tak jumpa pulak kan x best pulak nanti. Jadi sampai disini sahaja la buat masa ini, akan meng"update" lagi insya'allah :)

Friday, February 18, 2011

PENYET EXPRESS |SUNWAY PYRAMID|

Ok, Aku buat terus perbandingan antara Waroeng Penyet dengan kedai Penyet Express ni, so, aku gi la makan kat sunway ni and nak try la perbedaan antara kedua dua kedai ni, first aku masuk kedai ni dia konsep lain sikit, macam kat curve tu dah moden sikit kerusi meja dia, tapi kat penyet express ni dia campuran moden dan klasik. Dia ada tempat sofa empuk untuk makan and tempat makan duduk beradab macam kat bandung gituw. Konsep sama tulis order atas kertas tapi tak perlu nak ke kaunter untuk bayar dulu, kalini dierang yang kutip captain order tu and serve food dulu, macam style kopitiam la. Apa yang membezakan kedai ni ialah dierang ada SET MENU untuk dipilih, dengan harga yang lebih murah dan set tu dah merangkumi nasi, set ayam penyet dan juga sup, cuma air harga asing tu sama la dengan kedai lain.  Jadi aku ambik set ayam , ikien ambik set ikan keli (lele) . Agak lambat sikit food sampai tapi worth it la, ada set sos dia ada 2-3 jenis, kicap sambal, sambal bilis, and sambal sama cam kat curve. Yang menarik nye kedai ni sediakan sekali dengan sup yang pada aku sangat sedap dan adalah kuah untuk set penyet dia. Ayam penyet dia tak terlalu kering jika nak dibandingkan dengan CURVE tu, cukup cukup masak and boleh ditelan begitu saje and ikan keli dia juicy and rangup diluar. OVERALL PUAS HATI BANGET :D







TASTE  : 4 of 5

PRICE  : rm11.00 - rm15.00

PLACE  : COZY :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...