Tuesday, November 30, 2010

PASTA de GOHAN |SUNWAY PYRAMID|

Kalau sesiapa yang selalu pegi SUNWAY PYRAMID, korang pernah nampak tak kat G floor ada satu kedai makan dekat ngan J.Co dia display pasta2 kat dinding dia?ahahaha...kalau korang penggemar PASTA yang TEGAR, korang patut try kedai ni, sebab apa?sebab dierang buat perubahan pada rasa food dierang, biasanyea pasta kita kaitkan dengan Italian style, tapi dierang bawak budaya JEPON dalam menu dierang.  Pada aku resepi dierang memang berjaya la, FUSION dierang memang buatkan kita nak makan japanese food in the same time nak makan italian dish. Dierang ada set menu, SATU MAIN DISH (PASTA OR NASI) then side dish (PIZZA) , and SOUP (with garlic bread). Owh, Garlic bread pon dierang buat ikut taste japanese food, memang sedap dengan luar roti rangup n then dalam isi lembut memang buat kita geleng kepala la!~ Pasta dish dierang memang cemerlang, cukup cukup masak je pasta dia and offkoz portion wise memang cukup utk makan dengan harga yang dierang offer as set dinner tu ada la dalam 29.90MYR sorang. Ok what dengan set gitu, owh air kira asing yea, standard la ada air teh hijau, and then the rest sama je cam restoran lain, overall makan kat sini memang puas ati la :)


FOod Display

Octopus with macha(green tea) cream sauce

Cream Soup with garlic

Garlic Bread

Beef with Sesame Sauce

Chicken and mushromm Pizza

Potato Mentai Pizza Toast

Set Menu

Dapat tisu basah :P

Promo pon ada :)

Unagi


FOOD: ****
PRICE: ***
PRICE RANGE: RM 12.00 - RM 35.00

Sunday, November 28, 2010

CHILIS GRILL & BAR |ONE UTAMA|

Korang nak makan western yang cam kat uptown tapi up sikit? well korang leh cube makan kat CHILIS ni, kali ni aku nak buat perbandingan sikit dengan TONY ROMAS (TR)  as dierang ada konsep yang sama iaitu STEAK HOUSE. Well , lokasi kat Ou lak kali ni, masuk je kedai memang cozy and sampai tahap beku pon ada, memang sejuk betul la, so, kami pon order ikut kehendak masing2 dengan masing masing berlainan menu, breast chicken portobello mushroom, grilled lamb, lambshank, air masing2 ambik softdrink. Kalau ikut price memang tak lari jauh sangat ngan TR, the best part is air free flow, so takde la terasa nak kene bayar lebih lagi if air dah habes cepat kan.ahah, so dalam masa 15minit semua food dah atas table, service agak pantas, portion wise almost the same as TR, but cooking method agak tingtong, kiterang mintak grilled lamb tu medium tapi sekali sampai dah done, agak kenyal nak makan tapi kami redah jugak, if kat TR memang terbaik la steak and also lamb pon sama gak, cukup lembut. then ayam pulak, dierang serve breast meat, TOO DRY bak kata ikien, coz memang dry pon, dierang masak lama sangat sampai ayam tu dah kering sangat, dah le dada ayam, kering lak, memang muak la. Lastly lambshank, ni pada aku portion memang besar tapi sama gak cooking method out, bukan main liat lagi, sama cam g makan sup gearbox lagi lembut pada aku. OVERALL pada aku if diberi pilihan antara TONY ROMAS n CHILIS ni aku akan pilih TONY ROMAS, lengkap pada aku :)








FOOD: ***
PRICE: *****
PRICE RANGE: RM 19.00 - RM 80.00

Saturday, November 27, 2010

KP CENDOL |KUALA PILAH|

CENDOL= santan+gula melaka+ais ni yang basic kalo kita dok cite pasal cendol, bayangkan panas panas kat luar tu dengan tekak kering, memang kita dok teringat benda benda yang sejuk je utk basahkan tekak kita yea dak? Kebetulan minggu lepas aku berkesempatan ke selatan tanah air ke FELDA LuI, so lalu la kat area kolo pilah ni ha. Dalam perjalanan balik tu naqib ada cadangkan makan cendol kat bus station kuala pilah, dia kata memang sedap la cendol kat situ. Jadi dengan pantas kami roger ke bus station tu. Memang ramai ngan orang massa kitarang pegi, rezeki kami lah sebab kiterang adalah customer last uncle tu utk hari tu sebab dah abeh :) lega dapat gak rasa. Apa lainnye cendol KP ni?first gula dierang pekat and cukup manis, dan rasa cendol dia takde rasa kapur, ni yang buat bila kita makan tu takde la rasa kering tekak tu and mual bila makan. Masa ni kami try cendol jagung and cendol kacang merah. Dua2 best and sama likatnya.  Aku cadangkan if korang berkesempatan ke kolo pilah singgah singgah la bus station KP ni. Berbaloi :)






FOOD: ****
PRICE: *
PRICE RANGE: RM 1.50 - RM 2.50
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...