Wednesday, June 05, 2013

HOUSE - RESTAURANT.BAR.WINEPOST |E@CURVE DAMANSARA|

Jika korang berada disekitar E@Curve Damasara, dan mencari makan tengahari dalam bajet bermula dari RM9.90 kat sini ada satu restoran yang aku suggest korang try makan kat sini. Jgn terkejut dengan nama winepost tu, itu bar dia tapi tu utk bahagian luar sahaja, tak masuk kat restoran dia and food dia pork free sebab mane leh dapat halal cert kalau restoran tu ada jual wine kan! tapi takpe, owner dah guarantee food takde unsur2 wine mahupun ayam cucuk, ayam sembelih katanya.


Ok set lunch dia start dari RM9.90  tapi biasalah marketing strategy kan!! so set tu dapat free soup tapi if tambah RM 4.90 dapat free flow soft drink! Dimana pada aku kira worth it gak la sebab korang leh minum sampai buncit katanya!. Untuk set RM9.90 tu restoran ni offer 2 menu, iaitu Baguette Margarita dan Wok Fried Black Pepper Udon dan aku tengok meja sebelah makan ni, memang portion dia besar!Tapi bila kami kesana, kami tak ambil pon set tu, kami amek Spicy Seafood Pasta (RM19.90) dan Grilled Cajun Chicken Thigh (RM19.90).
 

Ok yang ni Spicy Seafood Pasta (RM19.90), portion memang besar dan banyak seafood dierang letak. Rasa dia pedas pedas sikit dan yang ni oil base! Ala oglio oglio la but with a twist! ha gitu ayat dia. Memang sedap la yang nie.



Yang besar ni pulak Grilled Cajun Chicken Thigh (RM19.90)tak tau la ayam ape depe pakai, tapi memang besar betul thigh dia, puas hati makan!, sos dia basic je, chicken base dan rasa dia sedap sebab dia tak overdo food ni dan sayur2 tu rebus al dante!


Selain dari order main course, kami pon gatai tangan order appetizer, pecking duck and mantou ni tak ingat sangat ler harga dia, lebih kurang  dalam 15-18ringgit gak la. Tapi rasa itik tu dengan mantou yang lembut tu sangat sedap dihidang dengan sos pecking! terbaik la yang ni.
 

Yang ni lupa nak letak lak, soup of the day yang datang sekali ngan lunch set tu, dierang hidang mcm soto tapi dah modernized dia punye serving! Sedap! rasa cam raya lak bila makan.


Untuk penutup, kami makan pencuci mulut, yang ni sago gula melaka, ini dessert yang paling kiterang ingat dan sangat sedap yang pernah kami makan! Punye lah pekat gula melaka dia, dengan ice cream vanila tu lagi!Ini memang kami cadangkan korang order sebagai sides after meal :)


Selain dari Sago Gula Melaka tu, dierang pon ada kek-kek dan harga sangat reasonable iaitu RM9.90 je satu. Ok la harga dia :)


Menu carte untuk set lunch dierang, so korang ada banyak pilihan untuk makan kat sini, pelayan dierang pon friendly dan fast service dari dierang and sangat alert dengan kita, jadi kalau tak merasa makan kat sini agak merugikan lah! so jgn lepaskan peluang ni weh!!! Set lunch ni bukan takat untuk weekdays tapi weekend jugak! :)

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM9.90- RM50.00
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: G25 & G26, E@curve, No2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810, Selangor.

Tuesday, June 04, 2013

UNDILAH FOODT8GE : CARA CARANYA:

Ok, DIGI WWWOW AWARDS datang lagi dan Foodt8ge sekali lagi join in Awards ni, so nak mintak korang tolong vote untuk blog ni. Apa korang dapat? takde la dapat hadiah beribu ribu tapi dapat pahala tolong kawan sesama kita untuk memajukan lagi blog yang sedia ada :) hehehehehe, ok bagi yang tak tau camner nak vote, ni saya ada cara caranya:


1. KLIK LINK YANG DIPOST DALAM FB FOODT8GE/BLOG (klik logo)


2. Re-Direct masuk page WWWOW AWARDS dan korang akan nampak page Foodt8ge, klik VOTE NOW

3. Dah klik VOTE NOW tu, kemudian korang klik LOGO FB sebab korang kene login untuk vote,korang agree je ngan application, fb akan popup utk agree apps, jgn risau sebab lepas korang klik logo FB utk login,dierang takkan hantar apa apa news update tau!!

4. Bila dah balik ke page yang utk vote tu balik, kalau dah vote kotak utk vote tu dah kelabu.



*vote sehari sekali...boleh vote everyday!!! help me vote yea

Monday, June 03, 2013

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI | LETS COOK |

Ok ini slot baru dari Foodt8ge kali ni dimana akan ada slot kongsi resepi lak kali ni, maybe kurang pandei masak tapi ape salahnye share masak masak yea dak? Ok, untuk edisi pertama ni kita try masak ayam masak lemak cili padi. Mungkin menu ni korang leh buat menu untuk makan tengahari esok kan! Ok kita start dengan bahan2nye yea


Bahan2:
  1. Ayam separuh
  2. 2 biji ubi (dipotong dan direbus separuh masak)
  3. 10-12 cili padi (bergantung tahap pedas anda)
  4. 2 Serai dititik
  5. 1 daun kunyit
  6. Kunyit hidup (saiz ibu jari)
  7. 200ml santan  
  8. Asam keping direndam dengan air
**Kunyit hidup dan cili padi dikisar untuk tumis

 


  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai yang dititik dan daun kunyit. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam dan ubi kentang yang dah direbus separuh masak.
 


  • Gaulkan rata ayam dan kentang tu sekejap untuk keringkan sikit air dari ayam (**sebab rebus kentang siap siap supaya masa untuk masak dapat dikurangkan)


 


  • Masukkan air asam dan 2 asam keping, air masuk sikit saja (untuk yang nak kuah pekat), cukup sekadar tutup ayam dan kentang tu.



  • Masukkan santan pekat dan masak hingga didih (**selalu kacau masak lemak tu, sebab taknak santan tu berketul ketul)
  • Garam secukup rasa dan Ayam masak lemak cili padi siap.


Simple kan? Tak perlu la nak gaherah sangat kupas bawang la, lengkuas la, bawang putih la...semua tu buang masa sebab ending dia masak lemak cili padi gak. Tapi ini pendapat masing masing, ini cara aku dan maybe cara korang lain, korang pon leh share kat sini if korang ada cara lain atau nak tambah ape patut or nak bagi tips ke kan, sangat dialu alu kan! :) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...