Friday, March 11, 2011

RESTREES KOPITIAM |SUNWAY|

Next aku nak bawak korang ke kedai konsep santai dan menu yang menarik. Berkonsepkan kopitiam dalam masa yang sama mengekalkan tradisi budaya satu malaysia dalam restaurantnya. Restrees Kopitiam dekat ngan mentari sunway ni memang jangan korang lepaskan untuk singgah. Bila masuk kedai ni suasana dalam kedai kayu pon ada, bukan takat ada buat makan kat dalam kedai, lepak kat luar kedai pon boleh kalo mereka yang suke isap rokok sambil borak borak tu memang sesuai sangatlah. Pada aku food sini takdelah mahal sag

RESTORAN IMPERIAL MEDINA |KG. BARU|

Ini review terburuk aku setakat ni yang pernah aku pegi makan. Nak dijadikan cerita aku n ikien pegi cari kedai makan la tapi tak tau kemana, so, sekali pegi kampung baru tu ternampak le kedai ni dari jauh dah nampak terang semacam and kedai pon besar and dierang berani letak ayat chinese muslim, aku bila mention chinese muslim biasanya kita assume sedap la. So aku pon masuk le kedai tu, mula masuk je memang la luas tempat dia, and aku perasan ramai yang ada air je kat atas meja, and aku budget dierang sume baru sampai and baru order je la, takpe, so, menu aku aritu ikan bakar , ikan bakar ni leh pilih sendiri ikan dia kat station barang basah dia, ada ikan keli, pari, ikan merah, talapia pon ada. So aku pilih ikan pari untuk dibakar la, kira tempat ni menu lain boleh order ala carte, so, kami order gak kangkung goreng belacan (RM6) and sotong goreng tepung (RM10).
Nak dijadikan cerita lagi, kami tunggu almost 40minit untuk food, selepas 10minit tunggu air, baru sampai ikan pari bakar, kami expect ikan pari tu DIBAKAR la, tapi dierang ingat kami ni bodoh main makan je ke? DIGORENG sudah ikan tu, takkan ikan pari bakar jadi garing kot, yang best tu orang tu leh hanta ikan aje, takde pon nasi ke ape ke, so, ikan tu sampai kami tunggu lagi 10 minit untuk menunggu  kangkung goreng belacan (RM6) and sotong goreng tepung (RM10) tu. Sementara menunggu tu aku tanye la satu abang keje situ, "abang, ikan pari ni goreng ke bakar bang?" brader tu cakap "ikan bakar la tu" , diam je la aku bila aku dengar jawapan dari melayu sorang tu. Time ni mood memang dah out dah, makan kan aje lah food tu, dah rezeki time tu, tapi penat menunggu tu TAK BERBALOI langsung as food sampai bukannyea food hasil tangan cina muslim tapi hasil tangan orang siam yang tak pandai masak pon, sayur goreng belacan macam masak sayur goreng OYSTER and sotong tu paling touching sekali, dengan harga RM10, dia pakai sekor sotong size sederhana and potong ring, pehtu goreng tepung, HARGA RM10 memang tak berbaloi lagi ada hangus lak tepung goreng dia tu, memang malam tu spoil mood trus la.  Ini la dia bila melayu nak niaga, orang nak niaga kita pon nak niaga, tapi bila niaga taknak letak hati dan keikhlasan dalam masakan.





Takde kaler bakar pon, memang leh kenal tu goreng ke bakar


Tengok sotong dia, siap ada hangus lagi

kangkung goreng oyster instead of belacan

TASTE: 1 of 5

PRICE RANGE: RM 6.00 - RM40.00

OVERALL: KO 

ADDRESS:
No. 43, Jalan Raja Abdullah,
Kampung Baru
53100
Kuala Lumpur
03-26943433


Wednesday, March 02, 2011

T.G.I FRIDAY |THE GARDENS|

Bila awal awal bulan macam ni pada aku memang sesuai sangat untuk aku enjoy makan tempat yang mahal sekali sekala yea dak. Pada aku dalam sebulan tu boleh la sekali tu makan sebab penat lelah bekerja tu kengkadang nak jugak rasa kepuasan dalam berbelanja tu. Jadi destinasi pilihan aku pada bulan ni is TGI FRIDAY and aku pilih dekat The Gardens la sebab alang alang aku dekat sana jadi ape lagi, henjutkan aje la ngan kengkawan aku kat situ. Konsep restoran ni casual dining ngan food concept dia macam steak house pon ada, italian pon ada, leh kata western cuisine la. So, bila sampai kedai camni nak la rasa steak dia macamana pegi dia, so aku order New York Strip with blackpepper sauce dan set dia ada option untuk side dish, buleh pilih nak mash potato, chips, brocoli, jagung. Selain dari tu, kiterang pon ada order 

Ribeye Steak with wild mushroom sauce, Tennessee New York Strip & Shrimp , Sizzling Chicken and Shrimp ,Chicken and Shrimp Diablo. So bila order daging steak ni kami order MEDIUM je masak daging tu, baru la rasa daging tu, kalau mintak well done kang macam makan selipar la pulakkan. Steak menu memang takde masalah langsung dan aku SANGAT BERPUAS HATI dengan cara diarang masak daging tu, memang ikut kehendak la kan, kami mintak medium, bila potong daging tu lembut aje and dalam dia masih lagi PINK, so it is PERFECT. Then rasa plak Chicken item dia, walaupun dierang guna chicken breast, tapi tak kering and lembut je masak dia. And seperti yang member aku cakap, udang kat sini fresh, rasa sikit tengok memang terbaik, rasa kesegaran udang tu ditahap maksima, memang berbeza gila dari dekat VICTORIA STATION yang pada aku sangat MENDUKACITAKAN. Overall SANGAT BERPUAS HATI dan ia sudah setanding TONY ROMAS:) . And the best part is soft drinks is bottomless, maknanyea leh refill sampai perut kembong, so worth to pay la :)




Chicken and Shrimp Diablo



Chicken and Shrimp Diablo



Ribeye Steak with wild mushroom sauce



Ribeye Steak with wild mushroom sauce



New York Strip with blackpepper sauce

New York Strip with blackpepper sauce

Tennessee New York Strip & Shrimp



Sizzling Chicken and Shrimp



New York Strip with blackpepper sauce

New York Strip with blackpepper sauce


TASTE: 5 of 5

PRICE RANGE: RM 35.00 - RM 60.00

OVERALL: HIGHLY RECOMMENDED

ADDRESS:
Lot F226B, 1st Floor, The Gardens Mall
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
Malaysia.
tel: 03 - 228 77611




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...