Tuesday, January 25, 2011

Widgets

RESTORAN SUBANG RIA |KELANA JAYA|

Korang pernah teringin tak makan kat kedai makan cina? style macam dalam satu restoran ada macam macam gerai? Sepanjang aku dok kat KL ni aku dok la mencari kedai makan yang macam ni sebab aku dah biasa sangat makan and memang jadi kewajipan aku kalo turun ipoh utk pegi makan kedai macamni, sebab apa? sebab food kat situ kebanyakannyea chinese food and aku sangat suke makan chinese cuisine :) 
Jadi ada sekali tu aku n the geng dok cari kedai makan mana nak pegi untuk lunch, so jalan jalan le sampai dah betul betul depan pintu FAM Kelana Jaya, so nampak satu kedai tu memang depan FAM tu je, ramai gak orang melayu kita masuk, so, kami pon masuk la, kami order kueyteow goreng n wantan mee ngan ayam, First impression memang terus membuai aku kepada hometown aku, ahahha, memang best la kan tempat camni ada dekat ngan kita :) 
So, bila food sampai ada dalam 10 minit gitu, trus try kueyteow goreng dia, cukup sedap dan mampu untuk melepas rindu kueyteow goreng cam kat ipoh, pada aku memang sedap dan mampu buat aku geleng kepala gak la, then try ikien punye wantan mee, ni lagi tak tahan, dengan mee banyak n jugak ayam dah sampai cam nak tutup mee tu, memang terangkat sebab ramuan dierang untuk mee ni memang totally chinese style n ayam dia pon tak kering even part dada. Tempat dan environment pon takdelah grand sangat and memang rasa cam dalam kedai cina n mood untuk makan masakan dierang pon konpem datang punyea. Tak perlukan lampu malap2 or gambar2 di dinding....just a simple food can make your day :)








TASTE  : 4 of 5
PRICE  : rm4.00 - rm6.00
PLACE  : simple

2 comments:

  1. Alamak. Baru jer cerita ngan kawan pasal susah nak dapat wantan mee Melayu tadi. Terliur tengok gambar ni.
    Salam kenal dan jumpa lagi.

    ReplyDelete
  2. Salam kenalan :) sekarang dah tau kat mana apa lagi!! Selamat mencuba :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...