Wednesday, March 21, 2012

TAIPING GORENG MEE |IPOH|

Kalo korang singgah ipoh sini adalah kuey teow goreng yang memang korang takleh miss punya. Terletak kat barisan kedai kat stadium ipoh  dan memang senang nampak punye kedai ni. Apa yang spesialnya kueyteow dia adalah rasa dia lah, sangat sedap dengan udang 3ketol bukan main besar lagi dengan kerangnya yang cukup cukup masak memang buatkan hidangan ni complete. Untuk maklumat tambahan, sultan perak pon suka makan kuey teow dia sampai menjemput dierang ni bukak gerai masa majlis birthday dia. Selamat mencoba yea :)


Harga pon takde lah mahal mana sangat pon, kalau campur udang kerang ngan telor harga RM4.00 aje, memang puas hati sangat la.



TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM3.50 - RM4.00
OVERALL:  RECOMMENDED
ADRESS: Sebaris Kedai makan Stadium Perak

Wednesday, January 18, 2012

RESTORAN JOM CARI MAKAN |KOTA DAMANSARA|

Dengar nama pon dah unik, boleh pulak diajaknye makan, sesuai dengan nama, restoran ni menyediakan pelbagai jenis makan chinese muslim, jadi halal la, set lauk lauk ada, pau, wantan, dan jugak western pon dierang balun semua. Mula mula cam taknak masuk restoran ni tapi bila dah masuk tu terus penuh lak dengan orang lain pon datang. Everyday dierang ada set menu of the day, jadi dierang pelbagaikan la menu dierang. 


Menu card bukan main bagak lagi, tapi memang banyak pon food list dierang ada.


Ni menu of the day masa tu, chicken chop ni RM 12.00 sekali dengan air, ok sangat la satu set terus. Ayam dia not bad la for portion wise, tapi tekstur ayam terlampau kering, goreng terlampu ni.


Yang fried glass noodle, ni memang terbaik, pada aku set chinese dia tak mengecewakan, just part lari sikit dari comfort zone dierang yakni western depe out sikit.



Ada jugak yang dah muak makan nasi goreng ke ape dan nak mengamalkan diet (konon), bubur ayam pon ada disediakan. Ni antara menu yang terbaik depa kat sini.


Ini menu tambahan aku order, mongolian chicken, perghhhh...memang terbaik, masak dengan butter, cili padi, daun kari, dah ala ala butter prawn!! Sedap!!



Secara kesuluruhannya food dia ok la untuk makan, and aku lebih mencadangkan makan berhidang sebab ala carte item dia lagi sedap (chinese food dia aje) memang puas hati.

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM12- RM40
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Sebaris Kayu Nasi Kandar Kota Damansara.

Thursday, December 15, 2011

DUBU DUBU |MID VALLEY|

Korang peminat artis korea seperti Rain? Super Junior? Big Bang? Then korang sume kena lah try makanan dari korea ni. Terletak di tingkat bawah sekali di Mid valley pengantara antara midvalley dengan the garden tu. Restoran baru bukak ni pertaruhkan makanan basic orang korea seperti kimchi, daging bakar lagi dan macam macam lah kat sini, korang boleh try makan kat sini sebab semuanya halal. Yang menariknya aku order Bulgogi (signature food) dan memang set dia datang sekali dengan kimchi, kangkung dan tauge, set dengan sup panas dierang tu dihidangkan dengan nasi dari beras pulut hitam tak seperti nasi putih tu. Secara kesuluruhannya food sini taklah mahal sangat dengan set yang dierang bagi tu memang berbaloi la sebab memang banyak portion dia. Dengan background ada video clip artis korea lagi dengan lampu yang baik dan ruang yang banyak, memang menjadi tumpuan sekarang ni!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...