Wednesday, January 18, 2012

Widgets

RESTORAN JOM CARI MAKAN |KOTA DAMANSARA|

Dengar nama pon dah unik, boleh pulak diajaknye makan, sesuai dengan nama, restoran ni menyediakan pelbagai jenis makan chinese muslim, jadi halal la, set lauk lauk ada, pau, wantan, dan jugak western pon dierang balun semua. Mula mula cam taknak masuk restoran ni tapi bila dah masuk tu terus penuh lak dengan orang lain pon datang. Everyday dierang ada set menu of the day, jadi dierang pelbagaikan la menu dierang. 


Menu card bukan main bagak lagi, tapi memang banyak pon food list dierang ada.


Ni menu of the day masa tu, chicken chop ni RM 12.00 sekali dengan air, ok sangat la satu set terus. Ayam dia not bad la for portion wise, tapi tekstur ayam terlampau kering, goreng terlampu ni.


Yang fried glass noodle, ni memang terbaik, pada aku set chinese dia tak mengecewakan, just part lari sikit dari comfort zone dierang yakni western depe out sikit.



Ada jugak yang dah muak makan nasi goreng ke ape dan nak mengamalkan diet (konon), bubur ayam pon ada disediakan. Ni antara menu yang terbaik depa kat sini.


Ini menu tambahan aku order, mongolian chicken, perghhhh...memang terbaik, masak dengan butter, cili padi, daun kari, dah ala ala butter prawn!! Sedap!!



Secara kesuluruhannya food dia ok la untuk makan, and aku lebih mencadangkan makan berhidang sebab ala carte item dia lagi sedap (chinese food dia aje) memang puas hati.

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM12- RM40
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Sebaris Kayu Nasi Kandar Kota Damansara.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...