Sunday, October 30, 2011

Widgets

MEDAN SELERA DATO' SAGOR |IPOH|

Kali ni review aku pasal breakfast!!! Kebetulan aku balik hometown aku semalam, aku pegi la kat tempat makan feveret aku sejak kecik sebab bapak aku suka bawak aku pegi makan sini sebab dekat bebenor dengan ofis JKR IPOh dia tu.  Tempat makan ni kat MEDAN SELERA DATO SAGOR, betul betul berhadapan dengan Masjid Negeri Ipoh. 

-Pintu Masuk

Tempat ni dibuka hari hari dari pukul 6pagi sampai 6petang menghidangkan bukan sahaja sajian breakfast telor dan roti, tapi ada jugak nasi wanggey, nasi goreng dan berlauk pon ada, pendek kata sume ada la :) .Jadi aku nak cadangkan korang kalo turun ipoh cari kedai ni dan cari kedai seperti dibawah ni:

-Depan gerai makan (nyonya cina)

Gerai ni menjual produk roti bakar, roti telor goyang, bun bakar dan telor setengah masak, ada gak air air buah dan air lain yang normal la dengan harga yang sangat sangat berpatutan. Jadi bila kami mai tu, kami order telor goyang ler, ni memang feveret aku dari kecik, dua roti bakar sapu planta, telor setengah masak dua bijik, memang sarapan yang lengkap.

-Roti Telur Goyang

Selain dari tu, ada gak order roti lain, roti bakar dan bun bakar yang disapu dengan kaya dan planta, memang match gila la kan dua bende ni dok sekali kan, ada gak nama lain orang kat sini panggil roti kawen. :)

-Bun Bakar

-Roti Bakar (roti kawen)

Selain dari gerai ni, aku pon ada gak order nasi goreng udang dari gerai berdekatan (banyak gerai dalam nie) yang juga best seller kat medan selera ni. Dengan harga RM3.50 dah leh dapat set nasi goreng udang (3ketul udang besar okeyh!) dan lala pon dierang bagi. Memang worth it la makan nasi ni dengan rasa yang sedap dan nasi pon seketul seketul, perfect nasi goreng! :D

-Nasi Goreng Udang

TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM2.00-5.00
OVERALL: RECOMMENDED
ADDRESS:
Jalan Dato' Sagor, 
30000, Ipoh Perak.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...