Monday, September 19, 2011

Widgets

RESTORAN KUDU BIN ABDUL |JALAN TAR|

NASI KANDAQ! Ini menu sesuai untuk makan tengah hari korang semua, dikatakan restoran Kudu Bin Abdul kat jalan TAR ni menjadi tempat kegemaran allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee. Apa yang menariknya dekat restoran ni adalah mereka menjual nasi kandar ori dari penang. Seperti yang kita leh lihat kat KAYU NASI KANDAR, PELITA NASI KANDAR, NASI KANDAR BERATUR, most of the food dia sama lah, ayam goreng, sotong, ketam, kepala ikan semua base kari kat sini. Kat sini pon benda sama tapi tarikan utama kat sini adalah ayam goreng bawang dia, dikatakan kalau waktu tengah hari waktu pejabat restoran ni memang ramai sampai tahap orang beratur panjang. Lauk yang dicedok dan dimasak sendiri oleh waris En. Kudu ini menarik kerana bos yang serve customer. 

Pada aku mungkin sebab nama besar suka makan sini membuatkan ramai orang datang sini, tapi pada pendapat aku memang kari dia sedap tapi mungkin jugak sebab dia the only mamak kat area tu memang dia layak untuk menjadi famous dan ketuk harga pon kasar. Apa yang menarik pada aku kat kedai ni adalah roti canai dia, dough dia pakai pon sangat lembut dan padan dengan kari rempah daging dia. Selamat mencuba bagi mereka yang berada dikawasan sekitar (berdekatan dengan TUNE HOTEL) .
TASTE: 3 of 5
PRICE RANGE: RM5.00 - RM12.00
OVERALL: OK
ADDRESS:
No. 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100, Kuala Lumpur






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...