Monday, July 29, 2013

HADRAMAWT RESTAURANT BUFFET RAMADHAN 2013 | CHULAN SQUARE |

Minggu lepas dapat le aku peluang untuk berbuka puasa kat Hadramawt kat Chulan Square ni, makan buffet kat sini akan pasti membuat korang rasa sangat berpuas hati walaupon food dia hanya limited untuk beberapa item sahaja. Dan lagi best bila aku dapat peluang makan sini dengan discounted price dari Groupon Malaysia, dengan hanya RM30 seorang minimum 4orang, memang sangat berbaloi la makan kat sini. Meh kita tengok sebilangan gambor yang sempat aku ambik, sebab food dia sangat lazat, kurang minat untuk sesi mengambil gambar.


Ok dari segi restaurant ni, memang luas dan sangat selesa, dengan lagu arab pon ada kat sini dan tak dilupai bau kambing yang sangat kuat menambahkan lagi selera dan makroh dibulan puasa ni. Kalau nak sampai sini korang kene book awal awal sebab memang akan penuh sentiasa.


Food kat sini sangat best, walaupon dia ada chicken mandy dan lamb mandy je sebagai main item utk buffet dia tapi dah cukup sebab sangat sangat sedap dengan kambing dan ayam dierang tak kedekut letak dalam tu and dierang jaga standard food dierang dengan kambing dan ayam yang sangat moist. Kebab kambing pon dierang buat buffet boleh dimakan dengan roti naan dierang, wahhh memang terbaik. Selain dari itu, dierang ada pencuci mulut dari Arab, samosa kambing, eh banyak lagi lah sampingan kat sini. Disyorkan untuk menghadirkan diri anda ke sini untuk menjamu selera dibulan romaduon ni :)

TASTE: 5 0f 5
PRICE RANGE: RM50
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Lot 7 & 7A, Block B, Chulan Square, 92, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur

Tuesday, July 23, 2013

BUBUR MANIS ORIGINAL @ PARAM KELANA JAYA | KELANA JAYA |

Ok, sekarang ni apa yang aku perasan adalah penggunaan shortfom PARAM ni, ape bende PARAM ni? nama pelakon yang dulu tu ke? last last baru aku find out (aku baruuuu tau) maksudnya PASAR RAMADHAN. Habes aku search kat google ayat PARAM ni, semua keluor gambo pelakon zaman lama tu, paling pelik keluar Kate Middleton Baby Picture, pe kejadahnya kene mengena dengan PARAM dan bulan Romaduon kan! Anyway, posting kalini pasal aku nak highlight satu gerai ni memang terbaiklah bubur dia dan aku rasa korang patut try gak! Sebab kengkadang tu kita tak tau mana satu fud yang sedap dan ok, last last end up memaki orang lepas kita berbuka. So kalau korang teringin nak makan bubur bubur yang aneka jenis dan lazat, sila cari pakcik ni kat PARAM KJ, gerai pakcik ni takde la sampai hujung dunia pon so memang korang akan perasan la :)


Monday, July 22, 2013

PARK ROYAL HOTEL BUFFET RAMADHAN 2013 | BUKIT BINTANG |

Hello geng!Hari selasa yang lepas aku berpeluang untuk berbuka puasa di Park Royal kat Bukit Bintang, apa apa pon TQ kepada Park Royal for the wonderful ramadhan dinner. Ok, daripada kita sembang pasal ashraf muslim dan pasangan hidup dia dan dok buat dosa kering je, baik tengok pasal makanan or tengok tengok tempat nak berbuka yea dak. So sekarang meh kita sembang pasai Buffet ramadhan kat sini ya. 


Entrance dia dah cemerlang dengan ala ala kampung gitu dan kat sini tema dia "HAWKER TEMPTATION" dan kita leh pikir food yang biasa kita makan kat kedai kedai tepi jalan or kat kampung halaman kita ke kan. Memang rasa berahi lah nak mencuba food kat sini sebab food dia tak terlampau modern dan bersederhana sangat.


Macam post sebelum ni, kambing panggang memang menjadi tumpuan utama, sama la kat sini dimana akan dicarve time tu jugak dan isi kambing kat sini tak kering dan sangat lembut isi dia. Dihidangkan dengan 3 jenis sos iaitu Black pepper sauce,Mushroom sauce dan mint sauce dan semua tu sedap bila makan ngan kambing. Seriously yang ni better dari SACC yang menyediakan hidangan lebih 100 lauk tu. Kepelbagaian kat sini memang best sebab ada 3 jenis nasi disediakan, nasi putih, nasi beriyani dan nasi ayam dimana disediakan booth kat situ untuk nasi ayam sahaja dan ayam pon ada dua jenis (stim dan roasted).


Dan tak dilupai fud2 kampung dierang, lauk dari paru goreng sambal, udang galah masak lemak cili padi, kerabu, heish banyak la yang memang sedap la dengan cukup garam gula dia dan rasa cam kat kampung..sungguh! 


Selain menyediakan masakan kampung, dierang pon ada seafood jugak untuk korang makan. Ada oyster mentah, ketam rebus pon ada untuk dok ratah camtu je.


Ok, yang ni set2 desert yang ada kat sini dan korang mesti rambang mata punye dari kueh kueh melayu, hingga ke kek2 yang sangat sedap, ada gak ABC dan tak dilupai ada ice cream dan aku rasa cam makan ice cream hagen dasz sebab ada 2 flavor tu exotic cam dierang jual tu and yang aku ingat tu ice cream berries yang color purple tu sangat sedap dan segar!

Sebelum aku lupa, kat sini pon ada signature drink dia iaitu AIR JANDA PULANG! ha nama dia dah kasar dah! Air yang menggabungkan air kelapa dengan isinya dan honey sea coconut, sangat menyegarkan dan sangat best bila minum time bulan pose camni!

Secara keseluruhannya buffet ramadhan kat Park Royal ni sangat berpuas hati dengan masakan yang disediakan dan jugak fast service dari dierang. Food yang ada direfill dan memastikan food tu sentiasa ada tu menjadi salah satu kredit untuk Park Royal ni. Dan menu dia akan recycle 5-6 menu kalau tak silap aku dan ini akan beri variety kepada pelanggannya dan ini akan memastikan takde food yang sama untuk keesokannya dimana contoh tak abes arini konpem dierang tak letak balik kat buffet line (wallahualam)

Untuk "Hawker Temptations Ramadhan Feast" ni, sudah bermula pon dari 10hb July 2013 hingga 7hb August 2013 dari jam 7pm sampai 10.30pm, Ha!!!makan sempai lebam!

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM98++ Dewasa dan RM49++ Kanak Kanak
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Chatz Brasserie, Park Royal Hotel KL, Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur

Tuesday, July 16, 2013

SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC) BUFFET RAMADHAN 2013 | SHAH ALAM |

Hi geng salam Ramadhan ye! Ok, last week aku berkesempatan ke SACC shah alam untuk berbuka puasa kat sini dengan tema tahun ni kat sini adalah Nuansa Palestina dimana tumpuan food disini adalah daripada palestine dan resepi kambingnya jugak adalah dari palestine. Bagi aku, tempat ni biasa je dan takdela best mana sangat, so mari kita nengok ape yang deme offer kat sini yea.
*Ini merupakan pendapat ikhlas dari aku, jika korang suka tempat makan ni makanya itu citarasa korang.


Seperti dimana mana buffet ramadhan, kambing panggang pasti akan menjadi tumpuan dan tarikan restoran tersebut dan di SACC pon dierang taknak ketinggalan dengan KAMBING KEBULI, maybe yang ni asal dari Palestine, dan yang korang tengok ni adalah satu satunya kambing yang ada selain dari kambing yang dierang dah siap potong semua dan itu yang dierang bagi kat customer. Dan kambing ni hanya di carve sesudah yang siap masak tu habis dan sangat kering pada aku kambing ni. Tapi nasi dia sangat baik lah, guna basmati lagi just that aku agak kecewa dengan kambing yang disediakan kat sini.

Selain dari itu, SACC menjanjikan hidangan lebih dari 100 jenis makanan dan ini sudah cukup memuaskan hati dan nafsu makan kita dan jangan dilupai orang kat somalia sana tak makan hebat cam kita kat sini apatah lagi orang palestine, sebab tu la dierang bertemakan makanan palestine kalini untuk memperingati dan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan ini sesuatu yang sangat mulia.

Juadah dibawah antara yang ada kat sana, pada aku gambo dah menerangkan semuanya bagi memikat citarasa anda, jadi meh kita tengok ape yang dierang ada kat sana ye dan aku akan beri kredit kepada beberapa dish yang ada kat sini dan pada aku unik (tak dapat kat tempat lain le).


Ok yang kat atas ni kambing masak dalam yogurt, ini sangat terbaik dan sangat moist better dari yang panggang tu walaupon dierang highlight yang tu lebih dan sangat sedap dengan juice kambing yang keluar tu pon memang tak tahan weh!.


Antara dish dari palestine yang dihidangkan.


Ok yang ni gulai kawah, tak sempat langsung aku nak makan. Satu je masalah aku ngan orang kita ni, bila nak ambik food tu kengkadang sampai tak ingat orang belakang, macam takleh nak refil ambik kemdian, kalau boleh sebelom berbuka tu semua food dah ada kat atas meja sampai licin semua food. Tapi aku tak salahkan dierang gak, pihak SACC pon sepatutnya menyediakan food secukupnya bukan awal awal dah habis. Contoh gulai kawah ni, bila ditanya ada refil tak, dengan selamba je chef tu cakap yang ni takde refil, dah habis. Korang dah budget ramai mana nak datang, so korang leh badget food tu bagi cukup, ini dah habes x refil, n sekali serve lak tu..kalau dah 2-3 kali refil then habis tu aku faham lah, so pada aku ini tidak patut berlaku dan tak adil bagi mereka yang tak dapat nak merasa hidangan ni.


 
Ok, ini yang sangat menarik bagi aku, dessert dari Palestine iaitu Qatayef dimana isi luar tu cam pancake diisi dengan cream cheese dan raisins dan kemudian digoreng kejap, lalu dimasukkan kedalam air gula. Ini sangat sedap sampai aku ambik 6-7 ketul benda ni aje. Sumpah sedap dengan rasa kemanisan diluar dan rasa masam manis cheese dan raisin tu sangat membantu. Jadi ape yang menarik aku kat sini adalah Qatayef ni dan tidak dilupai cempedak goreng kat sini. Difahamkan memang cepat habis cempedak kat sini, so if korang datang, jgn lupa berembat cempedak goreng ok?

Secara keseluruhan ia bukan satu pengalaman yang menarik kat sini dan bagi aku biasa biasa sahaja dan bukan sesuatu yang menarik untuk kita ingat tapi in the end Qatayef sebagai penyelamat haritu. NOT RECOMENDED itu adalah dari aku sebagai panduan aku, lagi sekali aku ingatkan, selera kita lain lain, mungkin pada aku tak sedap tapi tak semestinya tak sedap pada korang, so, jadikan ini sebagai panduan untuk korang kesini, dan jadikanlah panduan blog lain jugak sebagai rujukan korang, ini hanya salah satu option pada korang. Ini hanya sekadar pandangan dan pengalaman yang dirasai oleh saya pada hari berkenaan. Harap maklum.

Untuk area kat Shah Alam ni rasanya ini adalah antara yang terbaik yang korang leh dapat untuk buffet ramadhan dan yang pasti, walaupun aku merasakan tempat ni not recommended, insyaallah aku akan sampai lagi tahun depan sebab dierang mempunyai tema dan promosi lain dari yang lain.


TASTE: 3 of 5
PRICE RANGE: RM75++
OVERALL: NOT RECOMMENDED
ADRESS: Jalan Perbadanan 14/9, Shah Alam Selangor.

Monday, July 15, 2013

SHAH ALAM CONVENTION CENTER BUFFET RAMADHAN 2013 |SHAH ALAM|

SACC SHAH ALAM 2013 dibulan Ramadhan ni menjanjikan menu lebih dari 100 hidangan dari seluruh malaysia dan juga kalini istimewa sebab bertemakan Makanan Palestine. Jadi sesuatu yang unik la dengan teman dia plus kambeng panggang pon spesel resipi sana katanya. Jom kita tengok yea...


Memang trend kot mana mana buffet ramadhan tak sah kalau takde kambing golek dia dan ini jugak menjadi taruhan kat SACC ni. Mostly for the beginning dierang betol betol letak as display je kambeng ni, tak carve pon sebab dah ada potong siap2 semua. So base on juiciness dia tu pada aku biasa je takdelah rasa sangat sedap pon, just biasa biasa aje tapi nasi dia sedap dengan menggunakan basmati. Tak banyak benda aku nak sembangkan pasal buffet ramadhan SACC ni sebab biasa aje pon, hanya ada a few item aku nak creditkan dengan kualiti yang baik. Apa apa pon layankan dulu fud2 yang lain ni ye.


Yang ni Kambing masak dengan yogurt, pada aku kambing yang ni lagi sedap dari kambing panggang dia. Dimasak dengan yogurt sangat menambah rasa pada kambing tu dan lemak lemak yang ada pon menambah berahi yang ada pada kambing tersebut.












Friday, July 12, 2013

NOODLE STATION | GIANT KOTA DAMANSARA |

Di bulan ramadhan yang mulia ni orang kata tak elok dok nunjuk nunjuk gambo makanan, nanti orang nengok terliur..makroh.. Tapi kalau udah blog ni pasal makanan? takkan nak letak pasal baju kurung dan baju melayu pulakkan? Ok, kali ni kita makan mi pulak dan restoran pilihan adalah Noodle Station kat Giant Kota Damansara. Ni kebetulan sebab aku pegi beli keperluan asas mingguan so singgah le terus kat sini. 


Mungkin sebab dah terlalu bosan makan nasi, aku decide nak makan mi je ari tu, so tengok kat menu carte dia pon dah menyelerakan! Mari kita tengok food yang kami order yea. Springy Noodle With Smoked Black Pepper Drumstick (RM 9.90) dan Springy Noodle with Beef Pastrami (RM9.90).


Springy Noodle With Smoked Black Pepper Drumstick (RM 9.90) ni sangat puas hati sebab bukan takat dia hidang ayam semata mata tapi diletak jugak wanton dan size drumstick tu besar dan sangat berbaloi. Mi kenyal dengan sos kicap dia yang tak masin tu memang terus teringat kampung halaman sebab mostly mee chinese yang akan buat camni and sangat sedap!!!!
 

Springy Noodle with Beef Pastrami (RM9.90) yang ni pon sangat sedap!Rasanya mee dia sama je ngan yang menu ayam tadi tu, cuma this time dierang letak daging dan mushroom, memang sangat sedap dengan kelembutan daging tu dimana dierang takde la masak lama sangat daging tu sampai tahap selipar dan sangat lembut bila dimakan. 


Kalau rasa tak cukup pedas or tak cukup rasa, korang leh gak tambah cili yang disediakan. Aku cadangkan cili yang merah tu, sangat sedap sebab cili flakes tu dia campur minyak and gula sikit, memang cukup rasa dan sangat padan bila makan dengan mee dierang. Memang 2-3 sudu gak la makan cili ni saja. 

  

Dan bila korang dah pedas makan mee kat sini, jangan risau sebab ada bar kat sini yang akan menyediakan air kepada korang dan kami order Ice Lemon Tea dan dibuat sendiri kat bar tu dan rasa dia tak pahit sangat seperti kebanyakan restoran buat dan manis pon cukup cukup je.


Bersempena dengan bulan ramdhan ni jugak, Noodle Station ada menyediakan pakej berbuka yang sangat berbaloi dan menjimatkan. Kalau tak silap aku ia apply kat semua branch Noodle Station. Jadi apa tunggu lagi, moh berbuka pose kat sini yek!

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM10-RM40
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Lot F58, F59, Giant Hypermarket Kota Damansara, Pekan Baru Sg.Buloh, Daerah Petaling, Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...