Tuesday, July 16, 2013

Widgets

SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC) BUFFET RAMADHAN 2013 | SHAH ALAM |

Hi geng salam Ramadhan ye! Ok, last week aku berkesempatan ke SACC shah alam untuk berbuka puasa kat sini dengan tema tahun ni kat sini adalah Nuansa Palestina dimana tumpuan food disini adalah daripada palestine dan resepi kambingnya jugak adalah dari palestine. Bagi aku, tempat ni biasa je dan takdela best mana sangat, so mari kita nengok ape yang deme offer kat sini yea.
*Ini merupakan pendapat ikhlas dari aku, jika korang suka tempat makan ni makanya itu citarasa korang.


Seperti dimana mana buffet ramadhan, kambing panggang pasti akan menjadi tumpuan dan tarikan restoran tersebut dan di SACC pon dierang taknak ketinggalan dengan KAMBING KEBULI, maybe yang ni asal dari Palestine, dan yang korang tengok ni adalah satu satunya kambing yang ada selain dari kambing yang dierang dah siap potong semua dan itu yang dierang bagi kat customer. Dan kambing ni hanya di carve sesudah yang siap masak tu habis dan sangat kering pada aku kambing ni. Tapi nasi dia sangat baik lah, guna basmati lagi just that aku agak kecewa dengan kambing yang disediakan kat sini.

Selain dari itu, SACC menjanjikan hidangan lebih dari 100 jenis makanan dan ini sudah cukup memuaskan hati dan nafsu makan kita dan jangan dilupai orang kat somalia sana tak makan hebat cam kita kat sini apatah lagi orang palestine, sebab tu la dierang bertemakan makanan palestine kalini untuk memperingati dan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan ini sesuatu yang sangat mulia.

Juadah dibawah antara yang ada kat sana, pada aku gambo dah menerangkan semuanya bagi memikat citarasa anda, jadi meh kita tengok ape yang dierang ada kat sana ye dan aku akan beri kredit kepada beberapa dish yang ada kat sini dan pada aku unik (tak dapat kat tempat lain le).


Ok yang kat atas ni kambing masak dalam yogurt, ini sangat terbaik dan sangat moist better dari yang panggang tu walaupon dierang highlight yang tu lebih dan sangat sedap dengan juice kambing yang keluar tu pon memang tak tahan weh!.


Antara dish dari palestine yang dihidangkan.


Ok yang ni gulai kawah, tak sempat langsung aku nak makan. Satu je masalah aku ngan orang kita ni, bila nak ambik food tu kengkadang sampai tak ingat orang belakang, macam takleh nak refil ambik kemdian, kalau boleh sebelom berbuka tu semua food dah ada kat atas meja sampai licin semua food. Tapi aku tak salahkan dierang gak, pihak SACC pon sepatutnya menyediakan food secukupnya bukan awal awal dah habis. Contoh gulai kawah ni, bila ditanya ada refil tak, dengan selamba je chef tu cakap yang ni takde refil, dah habis. Korang dah budget ramai mana nak datang, so korang leh badget food tu bagi cukup, ini dah habes x refil, n sekali serve lak tu..kalau dah 2-3 kali refil then habis tu aku faham lah, so pada aku ini tidak patut berlaku dan tak adil bagi mereka yang tak dapat nak merasa hidangan ni.


 
Ok, ini yang sangat menarik bagi aku, dessert dari Palestine iaitu Qatayef dimana isi luar tu cam pancake diisi dengan cream cheese dan raisins dan kemudian digoreng kejap, lalu dimasukkan kedalam air gula. Ini sangat sedap sampai aku ambik 6-7 ketul benda ni aje. Sumpah sedap dengan rasa kemanisan diluar dan rasa masam manis cheese dan raisin tu sangat membantu. Jadi ape yang menarik aku kat sini adalah Qatayef ni dan tidak dilupai cempedak goreng kat sini. Difahamkan memang cepat habis cempedak kat sini, so if korang datang, jgn lupa berembat cempedak goreng ok?

Secara keseluruhan ia bukan satu pengalaman yang menarik kat sini dan bagi aku biasa biasa sahaja dan bukan sesuatu yang menarik untuk kita ingat tapi in the end Qatayef sebagai penyelamat haritu. NOT RECOMENDED itu adalah dari aku sebagai panduan aku, lagi sekali aku ingatkan, selera kita lain lain, mungkin pada aku tak sedap tapi tak semestinya tak sedap pada korang, so, jadikan ini sebagai panduan untuk korang kesini, dan jadikanlah panduan blog lain jugak sebagai rujukan korang, ini hanya salah satu option pada korang. Ini hanya sekadar pandangan dan pengalaman yang dirasai oleh saya pada hari berkenaan. Harap maklum.

Untuk area kat Shah Alam ni rasanya ini adalah antara yang terbaik yang korang leh dapat untuk buffet ramadhan dan yang pasti, walaupun aku merasakan tempat ni not recommended, insyaallah aku akan sampai lagi tahun depan sebab dierang mempunyai tema dan promosi lain dari yang lain.


TASTE: 3 of 5
PRICE RANGE: RM75++
OVERALL: NOT RECOMMENDED
ADRESS: Jalan Perbadanan 14/9, Shah Alam Selangor.

24 comments:

  1. poyo je.. taste mcm nk anak raja je....aq makan ritu sedap je..kalo setakat satu due yg spoil tu kire ok lagi.. ni habes semue ko x suke... makna ye tekak ko la yg x betul tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Helo..bkn taste anak raje ke pe..byr mahal2..we get wat we pay..then..tekak awak tu tekak pecacai..bole terima ape saje masuk tekak?

      Delete
  2. Nampak benor tak baca abeh...saya tak tulis saya tak suka semua kat situ...nama pon review dari blog saya...ini apa yang saya rasa, alhamdulillah masa saudara/saudari makan aritu takde masalah itu sudah kira bersyukurlah, maka masa saya pergi makan masa tu nasib tak baik, saya bukan anak raja leh makan kat situ hari hari untuk tau bagus ke tidak kemudian harinya yea dak? Suka saya ingatkan disini,jika anda membaca review saya, saya ada mengatakan ini pendapat masing2, tak perlu kita nak pin point orang tu tekak tak sedap or what yea. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untok pengatahuan,keseluruhan kelembutan roast lamb adalah tk sama rata.kemungkinan apa yg anda perolehi adalah dibahagian flank atau shin..sy juga berbuka puasa disacc.dari apa yg chef terangkan mereka terpaksa potong daging kambing terlebih dahulu supaya memudahkan pelangan tidak menungu lama...keseluruhan buffet ramadhan bolih dikatakan baik..kita tidak bolih bandingkan ramadhan dikl..sy selalu jga berbuka dikl.contohnya impiana kita kena membayar 140rm seorang...rasanya saudara mengikut selera saudara memberi komen...rasa adalah subjektib..hanya chef yg bertuliah shj yg mampu memberi komen

      Delete
    2. Terima kasih atas pendapat anda. Seperti yang saya balas kepada saudara diatas yang memberi komen juga, saya ada juga mengatakan yang ini pengalaman yang saya lalui pada hari tersebut, saya faham kerana orang yang sangat ramai mungkin menyebabkan penyediaan awal harus dilakukan, tetapi sebagai seorang yang bertauliah sebagai chef mereka sepatutnya tau bagaimana untuk menjaga kualiti dan moisture kambing tu, saya dok keje gak kat kitchen hotel masa bulan puasa kat E&O PENANG dan alhamdulillah moisture kambing elok aje dan sebab tu saya komen macam tu, saya tak kata SACC ni TAK SEDAP LANGSUNG, saya cakap biasa sahaja dan pada saya Kambing golek sebagai tarikan dia tu tak menyengat seperti yang diharapkan. Banyak benda lain dah cover untuk benda tu. Ini blog sebagai panduan mereka mereka yang ingin makan kesana atau pon tidak, bukan sebuah page untuk referal chef chef BERTULIAH seperti yang dimaklumkan. Sehingga kita mencuba lagi tahun hadapan untuk melihat kualiti buffet ini lagi.

      Delete
    3. salam saudara...terima kasih atas komen saudara..saya salah seorang chef sacc,untok pengatahuan saudara kami memanggang 10ekor sehingga 15ekor sehari..saya juga pernah berkerja beberapa hotel 5bintang sekitar kl yg hanya memanggang sekitar 3ekor sehari..sudah tentu memudahkan untok menjaga kelembutan kambing.saya menerima segala komen saudara dgn positif dan akan memperbaiki kelemahan.saya menjemput saudara untok berkerja sambilan pd bulan ramadhan tahun depan.kami membayar 80.00/120.00 sehari saudara bolih berkerja dihujung miggu atau setiap hari.kami amat mengalu alukan orang yg berpengalaman spt saudara yg dpt memberi tips2 cara lembutkan daging spt hotel dipenang bolih hubungi 035518858 sambungan chef opis

      Delete
    4. Eh..komen kat atas ni chef?gaya bahasa xmcm chef..encik..xpnah lg chef suruh customer dtg bekerja kat tmpt sendri..u tulis menerima komen dgn positif..tp dr komen anda tu mmg xmnunjukan ape yg nk disampaikan..kn dlm review tu tulis biase2 aje..tekak lain2..xkire la awak biase panggang 2-3 ekor kambing ke..10 ekor ke..we just need d quality for what we pay to pay ur salary..komen anda x profesional lgsg..fyi..sy pn da pegi mkn..ok je..yg awak nk surih die pegi keje tu da pehal..

      Delete
    5. Tu la... rasanya saya kena bekerja sambilan la lepas ni untuk sesuatu yang bukan kerja saya.... takpelah abaikan lah dia... saudara/saudari makan kat situ ok ek? same lah ngan asa sorang yang komen awal awal aritu pon kata ok, maybe not for me la this year, mungkin tahun depan leh saya cuba lagi dan bagi review lagi... alhamdulillah.... awak mencuba tempat SACC ni selepas saya tulis post ni atau sebelom?

      Delete
    6. I pegi after tis review..kalo da brani sgt suruh org keje kat sane..bg name so called chef tu..x pro langsung!

      Delete
    7. After tis review la? so kiranya review saya ini membantu la yea? hurm... rasa mcm nak hanto komplen kat SACC management team la... agak agaknye chef ni leh bagi nombor tak?

      Delete
  3. Alhamdulillah, terima kasih atas tawaran untuk bekerja sambilan di tempat sedara tu, jika saya ada masa saya masuk lah sana keje, tapi saya ada kerja lain lagi nak buat, saya memberi komen dan pendapat dari bahagian saya iaitu end product, bukan tanya betapa susahnya nak menyediakan, jgn terlampau emosi dengan komen komen saya, saya sangat menghormati tugas anda sebagai chef disitu dan usaha menyediakan semua food tersebut, tidak perlu sampai nak cabar orang suh keje situ lah utk buat lagi baik la ape lah, jadikanlah komen saya sebagai satu panduan untuk menjadikan kita lebih baik berbanding sebelum ini, apa yang saya komen adalah untuk meningkat kualiti servis dan kepuasan sebagai pelanggan, saya sebagai pelanggan dan saya rasa experience saya semasa hadir kesitu tidak baik maka itulah yang saya tulis disini, tidak semestinya apa yang kita buat semuanya lancar kan? sebab tu dalam komen saya, saya ada menulis "pendapat masing2 dan ikut selera masing2" sebab selera orang lain2 bukan semua sama. Sebagai customer, dari segi awak komen kat page saya ni dah nampak sangat tidak professional, adakah begini cara kalau customer depan muka awak n cakap "fud awak tak sedap" adakah awak akan memberi nombor sambungan chef opis kepada customer awak? Terima kasih dan ini sudah cukup membuktikan segalanya dan mampu membuatkan saya tersenyum lebor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm...betul tu...sy rase tindakan "anonymous" ni sgt2 tidak professional walhal dah di inform awal2 lagi yg blogger ni tulis pendapat die...from his own experience....it doesn't justify other viewer or other customer....rambut sama hitam tp hati lain2...as simple as that...kite sbg org yg professional kene la terima baik buruk makanan yg kita hidang utk customer...bukan nye tau nk menghentam blogger pulak...adoi~~!! ada juga spesis cenggini yek...sabo je le saudara fande ye.... "kenyataan tu mmg sukar utk diterima kerana lebih banyak phit dr manis nye"...so kenyataan nya sy sbg salah seorg yg penah jugak mkn kat sacc ni utk buffet mmg bersetuju dgn saudara fande...mmg kebanyakan fud yg disediakan kurg menyengat seperti yg digembar-gemburkan olh org ramai...amun ade juga sesetengah fud yg sedap...bukan SEMUA...tp ini PENDAPAT SAYA...so saudara "anonymous" nk hentam sy jugak ke? sebaik-baiknye saudara "anonymous" baca blog ni sebagai panduan dan anggap la ni kritikan membina....kalau asyik nk hentam je macam mane nk maju... :)

      Delete
    2. Saudara/ Saudari nak keje partime bulan pose tahun depan gak ke? leh partner ngan saya...

      Delete
  4. Yeayyy! Ada chef offer part time kije. Lpas ni tmpt mn aku ckp xsedap or xde quality aku kne kije situ la ehhh? Utk share experience katanyaaa..Awesome solution! Baik la bkak restoran/kedai/hotel syok sndri..ko masak..ko yg mkn..ko yg komen. #ehhh? Aku dpt offer kije x ni? Lalalala~

    ReplyDelete
  5. *Ini merupakan pendapat ikhlas dari aku, jika korang suka tempat makan ni makanya itu citarasa korang, tapi not me :)

    kan dah terang2 tulis warna merah tu? kalau x blh dgr pendapat org, bukak restoran sndr, then mkn sndr! xyah la jd chef kalau x blh terima pendapat pelanggan!

    ReplyDelete
  6. owh, btw, dlm gambar tu, ade staff yg korek hidung??? ewww..TERBAIK!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heish xbaik cakap camtu... dierang dok handle 10 ke 15 ekor kambeng sehari okeyh!! Kalau korang rasa korang leh handle keje sana tanpa kotek2 sila apply part time kat situ time pose tahun depan.... dia da bagi no. Tepon situ... harap maklum

      Delete
  7. bukan owesome sulution bro..pergi jumpa chef tu dulu,beri komen depan batang idung dia,saya pn perkerja hotel gak..ni dah makan seminggu baru nk beri komen..tak membina tu bro..pas tu tulis not recommended.terjejas perniagaan diaorang bro..cara tu betul ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pendapat individu dan itu berdasarkan pengalam yang saya dok hadap makan pada hari itu, owh saya rasa saya sudah jelaskan dalam post saya dimana saya tegaskan ini pendapat masing2 dan ini pendapat saya, jika anda perasan , saya siap promote lagi jika ingin menikmati hidangan disini siap saya letak poster lagi. Bukan baru seminggu saya bagi komen2, rasa dari 2010 saya menulis disini, tapi saya faham, mungkin ada individu yang akan terasa, diharap ini dapat membantu kita maju kehadapan, teguran ini juga lebih kepada diri saya sendiri :)

      Delete
  8. kepada yg sebut yeayayy tu bolih memohon kerja kt tempat tu.memang ada kekosongan..tapi displin kt dapur tu lain sikit bro..kena tahan telinga la..ada bran??

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam foodT8ge,,saya tak emosi..tapi lebih elok saudara dtg berjumpa dgn saya hari tu..saya terima teguran saudara dengan hati terbuka .saya tk cabar saudara,,saudara yg sendiri mengatakan saudara mempunyai pengalaman berkerja pt time dihotel kt penang tu..jadi saya rasa tk salah saya menjemput saudara berkerja pt time sewaktu bulan ramadhan akan saya datang ini..orang yg mempunyai pengalaman mcm saudara ni lah yg pihak dapur alu alukan.sesiapa pun yg terbaca tulisan saya ini bolih memohon pt.time worker..bila bilamasa pun bolih.kpd yg lain2 tgk jawapan sy elok2..sebab foodT8ge pernah buat pt time kt hotel E&O penang..jadi tak salah saya jemput dia buat kerja pt time kt sacc...saya rasa dia seorang yg amat meminati makanan..so tak salah saya jemput dia berkerja...salah ke???

      Delete
    2. wow cantekknya bahasa..we pay u salary??? SEMUA REZKI DATANGNYA DARI ALLAH..saudara datang kt sana pun atas gerakan dari allah..dalam dunia nie semua pendapatan bergantong satu sama lain..orang mcm nie tak bolih beli barang apa2 pun,nanti dia cakap i pay u salary!!saudara faham ke dgn perkataan not recommended?? pas tu post kt public..saya byk juga baca blogger punya komen tapi tk macam nie..sepotong hadis dari rasulullah bermaksud..barang siapa menutup aib saudara muslimnya..nescaya allah akan menutup keaibanya diakhirat..ni u kondem diorang kt public..ramai orang baca bro..kalau perniagaan diorang terjejas dapat dosa bro...nk jadi penulis cara berhemah la..nk komplen pun jumpa lar chef tu..

      Delete
  9. Terima kasih atas teguran dan pendapat masing masing masing berkenaan posting nie, tak percaya sungguh post ni paling banyak komen. Benda dah lepas pon kita semua dok bragging lagi benda nie, yang sudah tu sudah la, dok nak buktikan sape yang betol sampai bila pon tak habes, not recommended tu adalah dari saya sebagai orang yang datang makan pada hari itu dan itu pendapat saya, saya harap ini secara tidak langsung akan membantu anda semua membuat lebih baik dimasa hadapan, lagi sekali saya ulang ini utk panduan mereka yang nak mendapat pandangan dari orang lain, mungkin komen saya tidak begitu baik, tetapi seperti saudara kata, ada je blog lain yang komen ok, so ini jugak dapat membantu, orang kata tak semestinya semua benda tu elok betol tak. Sekali lagi terima kasih atas pendapat dan pandangan saudara,secara tidak langsung ini akan membantu saya meningkatkan lagi kualiti blog saya ini dan membantu yang lain menilai sebelom ke tempat makan yang mereka inginkan. Dah ok? jom kita meningkatkan kualiti kerja masing masing, dan mencari rezki yang halal dalam bidang masing masing :) Baca dari atas sampai habis membuatkan aku tergelak jugak la.. hahahaha... dah dah ... insya'allah tahun depan saya akan mencuba lagi tempat ni :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...