Monday, July 08, 2013

Widgets

BABA CHARLIE | MELAKA |

Hari sabtu yang lepas yakni minggu terakhir sebelum kita menyambut bulan ramadhan, aku berkesempatan ke Melaka untuk jalan2 mencari makanan yang sedap2 kat sana. Aku cuba mengelak dari makan asam pedas sebab tu dah terlalu biasa bila sembang pasal melaka. Jadi aku cuba la bukak blog orang lain dan perasan kat tv sebelum ni pasal satu rumah kat Jalan Tengkera ni ada jual kuih tradisional kaum nyonya yang dah lama bertempat kat bumi melaka ni. Nak cari tak susah tapi kene drive pelan pelan korang akan jumpa lorong yang sepatutnya or lagi senang korang guna apps waze je korang leh jumpe dengan senang hatinya.


Yang penting bila lalu kat jalan tengkera ni korang mesti kene cari sign ni dan masuk dalam lorong ni, jgn risau sebab korang mesti perasan punya sebab banyak kete keluar masuk dalam lorong yang kecik ni untuk ke Baba Charlie ni.



Nyonya kueh kat Baba Charlie ni memang femes among kaum cina dan offkoz la kaum nyonya kan! Memang kebanyakan kueh nyonya ni guna pulut dan masa kami sampai kat sini memang semua sibuk dan ramai orang dok pilih kueh kueh idaman mereka. Antara yang femes kat sini adalah pulut udang dia, sebab apa aku cakap camtu sebab bila dierang letak je kat meja food tu, terus orang dok berhambat ambik and tak sampai 5minit pon dah clear satu bekas tu. Memang sangat teruja lah!. 


Memang banyak sangat kueh nyonya ni sampai korang tak sedar pon korang dah ambik banyak, and harga dia kebanyakannya start dari 80sen untuk satu ketul kuehnya dan sangat berbaloi. Kesemua kuehnya adalah homemade dan dibuat setiap hari sebab memang hari hari habis punya.  Kueh ketayap, pulut panggang, buah melaka, kueh lapis, seri muka, eh memang banyak lah!


Dah nyonya femes dengan keramahan dierang, habes semua orang dia tegur, dan korang leh tengok production kitchen dierang, memang cukup besor utk menampung semua yang datang kesini. Dan dierang bukan setakat jual kat sini sahaja, dierang pon supply untuk pasar malam setiap hari kat area Melaka. 


Interiornya korang takleh nak expect lebih sangat sebab ni kat rumah baba charlie tu, so banyak la gambar potret family dan dari sini korang leh tengok gambar gambar keluar baba dan nyonya ni mcmana kan.


Ini yang antara yang terbaik! Pulut udang dia, lain dari pulut udang orang melayu kita, yang ni lemmbut je dan isi dia banyak guna udang kering dan sangat sedap weh! korang patut rasa yang ni. Dan lagi satu aku nak credit kat buah melaka, buah melaka dia sangat padat dengan gula dan bila masuk mulut je pecah terus gula melaka tu, sumpah ini buah melaka yang paling sedap pernah aku rasa.

TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM0.80-RM50
OVERALL:  RECOMMENDED
ADDRESS: 72, Jalan Tengkera Pantai 2, 75200 Melaka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...