Susah nak mencari restoran steamboat n bbq grill yang diuruskan oleh orang kita (melayu) selain dari restoran internasional seperti Seoul Garden dan yang sewaktu dengan nya. Jadi kebetulan semalam dalam JALAN JALAN CARI MAKAN 2011 (JJCM) depe ada pegi makan kat steamboat grill kat sungai buloh ni.
Pada aku ini sangat teruja sebab ada gak kedai yang offer grill yang memang dah lama aku cari tak jumpe jumpe!, Jadi ber5 kami pergi le testing makan kat sini tengok apa jadi kan. Tempat ni senang cari kalo korang dah memang tau jalan sungai buloh nie, aku pon tak biasa jalan sini and aku pon dapatkan guide kawan aku baru leh sampai, bagi yang tak tau tu silalah guna google map yea :)
Seperti yang pengacara JJCM tu cakap makan kat sini sedap and memang berbaloi, pada aku semua tu indah khabar dari rupa (pendapat masing masing) sebab bila aku sampai kat situ aku rasa sangat terkejut dan tak seperti yang aku bayangkan tempat yang ibaratnya macam "makan kenduri @ makan bbq belakang rumah" dan melayu melayu yang makan kat situ semua macam tak pernah makan buffet (mohon maaf) sebab bila kau tengok memang sedih, food refill lambat, and bila sekali refill semua kerumun terus and ambik banyak tak bagi chance orang lain sampai tahap ape dah kat situ. Tambahan pula sos yang dihidangkan hanya sos cili, sos cili thai and sos black pepper, apa yang owner ni guarantee kan adalah BUFFET, bukan eat what we served only, dan aku sangat kecewa dengan apa yang ada kat situ. Not a proper way of operating a buffet restaurant. Pada aku ini konsep "orang bukak buffet steamboat, aku pon nak bukak" tapi tak mengkaji habis habisan. Apa la salahnya kita study dulu dari kedai kedai yang memang dah power dalam buffet steamboat, tu kat Sunway tu bukan main banyak lagi kedai, masuk makan and kaji then baru kita leh maju. Pada aku kedai ni menipu sesama melayu dan aku sangat kecewa kerana itu. Ok, ada 3 jenis minuman disediakan untuk dinikmati semua dan pada aku dierang kene ada sistem, apa yang aku nampak banyak gila wastage and dierang tak kira apa pon, ramai yang ambik tapi tak makan n tinggal camtu je. Jelas dierang kene ikut style restorang steamboat lain yang dah memang established seperti Umami Steamboat or Ketam Village untuk memajukan diri dan perniagaan.
Aku tulis panjang and kondem bukan ape, tapi aku sakit hati tengok anak bangsa berniaga sekadar melepaskan batuk di tepi tangga. Aku nak tengok anak bangsa tau apa erti makanan yang sedap dan erti steamboat yang sebenarnya :/
Secara keseluruhan yang aku leh cakap is TOTALED DISAPPOINTMENT.
TASTE: 2 of 5
PRICE RANGE: RM10.00 -RM20.00
OVERALL: NOT RECOMMENDED
ADDRESS:
Lot 2568, Lorong Atap Batu 16 3/4, Jalan Kuang, Sg. Buloh
TEL: 0178800627
NOT WORTH A PLAQUE!!! WHAT A DISASTER!
No comments:
Post a Comment