Salam 2014 kepada korang korang semua, tahun ni kita start dengan food arab la pulop yea, kalau korang follow page aku yang tak seberapa ni, last year kita start ngan manisan, kalini dengan food yang mengandungi pelbagai rempah dan pastinya ada kambeng!!! :) Dima berkonsepkan makanan arab terletak di Oasis Ara Damansara, jom kita kasi terjah.
Restoran arab sekarang ni dah ada banyak, Al Rawsha, Hidramawt, Tarbush, dan banyak lagi lah, dan ini adalah option kepada korang kalau korang mencari makanan arab yang lain dan rasa yang berbeza dari yang dah ada kat pasaran luar sana. Restoran ni ada banyak gila menu, dan kalau korang bukan orang arab dan tak biasa dengan food dierang, jangan malu bertanya mana satu nak order, apa yang best, apa yang kena, dan jangan risau sebab dierang pon ada menyediakan set minimum 2 orang dimana food yang disediakan sudah lengkap dari appetizer, main course sampai ke pencuci mulut, beserta dengan air. So time ni kami order set supaya tak pening kepala dengan food yang berbagai bagai malah lebih berjimat dengan cara camnie. Ni set RM59 yang mana food yang dihidangkan adalah seperti dibawah:
- Medium Lamb with any choice of Rice (D'Zurbiyan, Madghot, Mandi atau Kabsa)
- Any choice of Saucy and Spicy Dish
- Any choice of Salad (fatoush)
- Regular Molawah (Roti macam Naan)
- Any choice of dessert (banana split)
- Any choice of Tea pot for 2/ soft drinks/ iced drinks
Kita start dengan main course dia lah, sebab memang teruja dengan kambing ni, yang ni set medium dengan kami order nasi yang memang recomendation kat sini iaitu D'Zurbiyan yang mana nasi dia berempah tapi tak kuat sangat rempah dia macam Mandy dan rasa dia sangat lain dari Mandy yang biasa kita makan, so dapat la rasa kelainan kat sini dan kambing tu yang sangat lembut dan masih juicy didalam memang mampu membuatkan kita makan sambil geleng2 kepala kesedapan.
Yang ni appetizer dia, Fatoush ni mengandungi salad, tomato, bawang, roti yang garing, cheese dan jugak balsamic viniger, yang ni sedap gak dengan sayur yang fresh dan sauce cukup2 je dia letak memang menaikkan selera makan.
Dalam set nie, ada jugak dihidangkan Molawah, yang ni macam roti naan tapi dia buat macam roti canai, lembut dan garing, memang sedap kalau kita letak salad sikit, letak kambing sikit, terus makan sekali benda nie, memang sedap dan sangat padan rasa dia, so aku cadangkan korang try gak gabung2 food dia, memang kena!.
Yang ni set air, air yang pertama tu tea pot mint, rasa seperti teh o yang biasa kita minum tapi ada rasa angin dari daun pudina, sangat fresh dan mampu memotong muak kambing bagi yang tak tahan makan kambing sangat, dan air kaler hijau tu Mint Lemon yang mana rasa macam asam boi sikit, campuran masam limau dan jugak rasa angin dari daun pudina tu, sangat sedap dan refreshing.
Dan sebagai penutup, kami ambik Banana Split, sebab ni je dessert dia yang besor cukup untuk dua orang makan, sebab yang lain tu dessert arab yang sangat manis dan aku sendiri pon tak tahan nak hadap makan dessert dia, mohon maap tak dapat nak share ngan korang, so korang leh datang and rasa sendiri, if sedap please komen kat sini boleh?
Restoran ni pon dah diterjah oleh Jalan Jalan Cari Makan, dan yang ni kira berbaloi dan sedap untuk korang try makan kat sini, kira dengan harga RM60 korang boleh makan untuk dua orang sampai kenyang sangat. Jadi meh ler kesini untuk makan masakan Arab.
RASA: 4 / 5
HARGA: RM10 - RM100
ALAMAT: R-13, Central Plazza, Oasis Ara Damansara, Jalan PJU 1a/7, 47301, Petaling Jaya, Selangor
meleleh tengok gambar makanan arab ni, biasanya makanan arab banyak lebih dari yang biasa. kadang-kadang tak terhabis.
ReplyDeleteBetol, tapi yang ni cukup2!!! memang kenyang! :)
ReplyDelete