Thursday, April 21, 2011

Widgets

GERAI AH KOW | MEDAN SELERA KAMPUNG BARU |

Assalamualaikum semua, mau dekat sebulan aku tak update blog nie, maklumle, aku pon dok repeat makan tempat yang sama manjang, tak dapat lagi tempat baru, ni bila dah ada rajin le nak menaip balik, ok kalini aku nak bawak korang makan nasi ayam, ape yang bestnye nasi ayam ni sampai nak post pasal nasi ayam kan? specialnya nasi ayam ni terletak pada ayamnya sebab ayam dia disalut dengan bijan yang rangup membuatkan ayam tu rangup diluar dan sangatlah juicy didalam. 

Kedai ni letaknya dekat medan selera kampung baru yang dekat ngan hospital KL tu, dia kedai paling hujung dan paling senang nak nampak la sebab ramai je orang makan situ hari hari. Apa yang bestnya lagi kedai ni pemilik dia cina dan jangan risau kedai ni ada cert halal. Kedai dia ni offer typical chinese punya makanan harian macam mi kicap dengan fishball, ada wantan soup, and paling utama nasi ayam dia lah yang jadi tarikan. Disini pon ada suatu yang menjadi tarikan dia iaitu air mata kucing dia, memang sangat terbaik and sangat pekat dicampur dengan herba herba untuk menyejukkan badan gitu. 

Ok, masa kami order nasi ayam tu macam biasa kita leh pilih nak bahagian mana, ada satu lagi jenis ayam dia offer which is roasted, tapi orang lebih tumpu kat ayam bijan dia, jadi kami pon start la makan, nasi ayam tu memang sedap sebab masak dengan air stok ayam tu and stok yang sama pon dierang buat jadi sup dan sup dia sangat clear, takde minyak pon macam nasi ayam kebanyakannya.  Keserasian nasi ayam dengan ayam bijan dia lagi best bila makan dengan sos bawang putih dia yang cukup pedas dan sangat segar sebab ada masukkan jus limau dalam sos dia.  Overall aku leh cakap kedai ni sangat lah berpuas hati. :)







TASTE: 4 of 5

PRICE RANGE: RM 5.00 - 8.00

OVERALL: RECOMMENDED

ADDRESS:
No.2 Medan Selera
Lorong Raja Muda
Kampung Baru
Kuala Lumpur

1 comment:

  1. tak penah perasan,padahal dekat je ngan hostel...hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...