Sunday, June 30, 2013
Tuesday, June 25, 2013
MASTERCHEF SELEBRITI MUSIM KE-2
Sumber MasterChefMalaysia
Tahniah kepada Syura kerana menang Masterchef Selebriti Musim Ke-2 (MCSM2)!! Udah rezeki dia untuk menang season kalini. Tapi kat facebook ada macam macam pendapat itu pendapat ini, ada yang ok, ada yang tak puas hati dengan pemilihan Syura ni dengan berpendapat kualiti food Celina better dari Syura.
Kalau ikut difficulty pada food Celina memang mantap la, tapi kita tak tau la pulak rasa dia kan? cukup ke garamnye, gulanye, tapi secara peribadi, performance Celina lebih baik berbanding Syura, tak tau la pendapat orang lain. So bila dierang announce Syura menang tu, aku agak terkejut tapi lagi sekali, "nasib" pon mainkan peranan dan buat masa ni rezeki memang memihak kepada Syura.
Apa yang penting, dah habis pon MCSM2 ni dan mari kita tumpu kepada dapur masing2 dan masak ikut kualiti masing masing dan ikut hati dan kasih sayang untuk masak kepada yang tersayang!Aku masih lagi takleh terima kemenangan Syura untuk season nie. Semoga semua pihak yang tak berpuas hati tu dapat tidor dengan lena yea :)
Monday, June 24, 2013
PIZZA HUT | NATIONWIDE |
WOW SAVERS 50% DISCOUNT kembali lagi di Pizza Hut seluruh Malaysia! Menggembirakan bagi mereka yang limited bajet tapi teringin makan pizzahut dan mampu utk brag dalam instagram, facebook or twitter ke kan! Jadi kami dapat peluang untuk merasa dish di hari isnin iaitu Italian Herb Chicken Chop (RM7.45), Hawaiian Chicken Personal Pan Pizza (RM4.90) dan Assam Boy Fiz (RM2.60). Sangat berbaloi yea kawan kawan!
Seperti yang korang nampak, set promotion bukan benda yang sama hari2, jadi korang takde lah bosan sangat dalam pilihan untuk makan sini hari2 dengan harga murah dan portion yang mencukupi. Korang pon boleh plan hari apa nak datang untuk makan menu feveret korang dengan harga yang sangat best.
Tak Pizza Hut la kalau kita tak taste Pizza dia kan? So, sebab ada set meh try Hawaiian Pizza deme ni, memang signature topping untuk Pizza Hut so rasa dia sangat tak disappointed la kan. Ini pendapat aku, kalau makan pizza kat pizza hut ni sesuai makan kat situ je sebab kalau makan yang delivery jadi tak sedap dough dia sebab x cukup panas cam letak dalam pan dia.
Yang ni Italian Herb Chicken Chop, sangat basic, Vege Broccoli + Carot pastu ada mash potato kemudian letak chicken herb gravy, sangat basic dan sedap. Kengkadang tu tak perlu over sangat nak buat western dish ni sebab simple tu pon kengkadang orang tak leh buat. Tapi yang ni cukup rasa dia dan aku harap kat branch lain pon standardize la.
Last sekali lengkapkan jamuan dengan Assam Boy Fiz yang segar ni. Sprite campur limau dengan asamboi, memang terbaiklah rasa dia, takdela masam sangat sebab balance dengan limau dan jugak assam boi tu. Eh memang lengkap la jamuan ni jadi memang rugi kalo tak kesini untuk jamuan yang lengkap dengan harga yang sangat berpatutan. Dalam keadaan jerebu yang teruk sekarang ni elok la kita menikmati makan dirumah ataupun dalam restoran bertutup begini bagi mengelak udara tidak sihat diluar sana. Jadi ini menjadi satu optional kepada menu harian anda dan ini sebagai panduan sahaja.
TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM10-RM20
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Pizza Hut Nationwide
Monday, June 17, 2013
RESTORAN BIG BROTHER | KOTA DAMANSARA |
Western food kalau kena gayanya memang sedap. Tambahan lagi kalau berbaloi dengan ape yang kita bayar maksudnya food sedap, portion besar, harga berpatutan. Tapi kadang kadang kalo harga mahal pon tapi food tu sedap, kita tak kesah sangat sebab memang worth it la orang kata. Ok, ini ada satu lagi restoran yang saya nak update kat kota damansara, ramai gak nengok orang keluor masuk restoran ni, meh kita cuba Restoran Big Brother kat kota damansara kat the strand tu.
Dari pengamatan aku, restoran dia simple dan nama kedai pon memang simple and sangat menyerlah kan, and orang kat sini cakap portion food kat sini besar jadi mari kita cuba rasa.
Ok ini Grilled Whole Leg Chicken (RM16.90), dengan harga ni kira berbaloi la serve dengan salad, coleslaw, fries dan chicken thigh. Mungkin masa aku g makan tu nasib malang, ayam agak hangit dan kering, memang dierang cover kat sauce tu dan yang paling kecewa sekali tu coleslaw, tak tau mcmana nak describe, maybe muntah kucing pon ok sebab tasteless, pastu tak sejuk, panas je dah macam dimasak pulak coleslaw tu.
Then yang ni Au Gratin Chicken Char Broiled (RM16.90-RM18), lupa lak harga dia, tapi yang ni credit kat ayam tu sebab cheese dah cover banyak untuk taste dia, tapi sides masih sama mcm food yang first tadi, so no diff of sides yang sangat mengecewakan.
Yang terbaik pada aku yang ni, Cheesy Fries, mungkin sebab fries tu memang dah ready made, letak lak cheese, memang mengena la, so takkan la datang sini semata mata untuk benda ni je yang sedap betol tak?
Owh tidak dilupai, Meatball pasta, korang boleh identify ke meatball dia tu? memang besar meatball tu tapi kalau masin bebenor kita dah leh katakan yang chef dia ni nak kawen ni sebab masin sangat, ini mungkin dierang bubuh garam lebih, sepatutnya less salt sebab nanti lepas daging tu masak, daging tu pon akan masin siap dah, basic ni kot.
Secara kesimpulannya, restoran ni agak mengecawakan aku, lagi sekali suka aku ingatkan yang ini pendapat aku dan bukan pendapat orang lain yang suka tempat nie. Taste camni agak mengecewakan, walaupon bagi portion yang besar tapi tasteless pon tak jalan jugak. Maaf, this is a NO restaurant for me.
TASTE: 2 of 5
PRICE RANGE: RM15-RM60
OVERALL: NOT RECOMMENDED
ADRESS: 3G, 3-1. Jalan 5/20, Pusat Perdagangan Kota Damansara, PJU5, 47810, Selangor
SEOUL GARDEN BBQ | ONE UTAMA |
K-Pop menjadi menu untuk pagi nie, ok mungkin korang semua dah tau tempat ni Seoul Garden BBQ and pasti kalau korang lalu kat shopping complex korang akan nampak ramai orang berpusu pusu kat dalam ni untuk mengambil makanan sebab konsep deme ni konsep buffet gak kat sini. Jadi sebabkan buffet all you can eat, ramai yang hilang kawalan diri dan daya merasa masing masing. Inilah Seoul Garden BBQ.
Dengan harga RM38.88++ untuk dinner seorang, ini tidak termasuk free flow air ya, jika nak free flow air, kena tambah lagi RM3.99++ seorang dimana pada aku macam tak masuk akal untuk asingkan harga kedua dua ni. Logically kalau kita makan mesti nak kena ada air betol tak? dan ini memang tak masuk akal dan sepatutnya dikira sekali dengan food semua.
Konsep food dia berasaskan makan korea yang suka makan BBQ dan ini antara option yang orang melayu kita boleh makan sebab makanan kat sini halal. Tapi jangan sebab ia halal dan bbq mesti kita makan kat sini sebab ada je option lain sebab pada aku konsep korea tu dah lari dan takde la kesemua food dia berasaskan makanan korea. Meja makan dierang dah custom tengah tengah dia dengan grill dan mangkuk sup untuk rebus dan ini pada aku tak praktikal sangat sebab even dia letak kedalam sikit tapi still kita akan terkena percikan dari food tu dan sebab restoran ni terletak dalam shopping complex, tak sesuai untuk window shopping selepas makan kat sini, so lepas makan balik lagi best.
Ini antara grill item yang terdapat kat sini, semua item sangat fresh tapi marinationnya pada aku tak cukup power untuk grill item kat sini, aku prefer marination kat Jang Gun punye marination.
Tak banyak nak diperkatakan sebab pada aku Seoul Garden ni kurang soul dia dalam BBQ, ini pendapat peribadi aku, jgn samakan dengan pendapat korang, mungkin pada korang tempat ni sedap, tapi not me sebab aku dah rasa ada tempat yang lagi bagus dari sini dan itu menjadi penanda aras bagi aku untuk menilai BBQ ni, dan tempat ni sangat crowded dan tak sesuai untuk hang out. Apa yang pasti bulan ramadhan yang bakal tiba ni akan menyemakkan lagi tempat ni dan menjadi tempat berbuka tumpuan tatkala bulan suci ini kembali. Jika diberi pilihan, carilah tempat berbuka lain yang lebih menarik dan menyelerakan, dengan harga yang ditawarkan, korang dah leh pegi buffet hotel mau pun ke Jang Gun yang pada aku lebih authentic korean food dari kat sini.
TASTE: 3 of 5
PRICE RANGE: RM40-RM60
OVERALL: NOT RECOMMENDED
ADRESS: 1 Utama Shopping Centre, LG345, Lower Ground Floor, Highstreet, Bandar Utama, 47800. PJ
Wednesday, June 05, 2013
HOUSE - RESTAURANT.BAR.WINEPOST |E@CURVE DAMANSARA|
Jika korang berada disekitar E@Curve Damasara, dan mencari makan tengahari dalam bajet bermula dari RM9.90 kat sini ada satu restoran yang aku suggest korang try makan kat sini. Jgn terkejut dengan nama winepost tu, itu bar dia tapi tu utk bahagian luar sahaja, tak masuk kat restoran dia and food dia pork free sebab mane leh dapat halal cert kalau restoran tu ada jual wine kan! tapi takpe, owner dah guarantee food takde unsur2 wine mahupun ayam cucuk, ayam sembelih katanya.
Ok set lunch dia start dari RM9.90 tapi biasalah marketing strategy kan!! so set tu dapat free soup tapi if tambah RM 4.90 dapat free flow soft drink! Dimana pada aku kira worth it gak la sebab korang leh minum sampai buncit katanya!. Untuk set RM9.90 tu restoran ni offer 2 menu, iaitu Baguette Margarita dan Wok Fried Black Pepper Udon dan aku tengok meja sebelah makan ni, memang portion dia besar!Tapi bila kami kesana, kami tak ambil pon set tu, kami amek Spicy Seafood Pasta (RM19.90) dan Grilled Cajun Chicken Thigh (RM19.90).
Ok yang ni Spicy Seafood Pasta (RM19.90), portion memang besar dan banyak seafood dierang letak. Rasa dia pedas pedas sikit dan yang ni oil base! Ala oglio oglio la but with a twist! ha gitu ayat dia. Memang sedap la yang nie.
Yang besar ni pulak Grilled Cajun Chicken Thigh (RM19.90)tak tau la ayam ape depe pakai, tapi memang besar betul thigh dia, puas hati makan!, sos dia basic je, chicken base dan rasa dia sedap sebab dia tak overdo food ni dan sayur2 tu rebus al dante!
Selain dari order main course, kami pon gatai tangan order appetizer, pecking duck and mantou ni tak ingat sangat ler harga dia, lebih kurang dalam 15-18ringgit gak la. Tapi rasa itik tu dengan mantou yang lembut tu sangat sedap dihidang dengan sos pecking! terbaik la yang ni.
Yang ni lupa nak letak lak, soup of the day yang datang sekali ngan lunch set tu, dierang hidang mcm soto tapi dah modernized dia punye serving! Sedap! rasa cam raya lak bila makan.
Untuk penutup, kami makan pencuci mulut, yang ni sago gula melaka, ini dessert yang paling kiterang ingat dan sangat sedap yang pernah kami makan! Punye lah pekat gula melaka dia, dengan ice cream vanila tu lagi!Ini memang kami cadangkan korang order sebagai sides after meal :)
Selain dari Sago Gula Melaka tu, dierang pon ada kek-kek dan harga sangat reasonable iaitu RM9.90 je satu. Ok la harga dia :)
Menu carte untuk set lunch dierang, so korang ada banyak pilihan untuk makan kat sini, pelayan dierang pon friendly dan fast service dari dierang and sangat alert dengan kita, jadi kalau tak merasa makan kat sini agak merugikan lah! so jgn lepaskan peluang ni weh!!! Set lunch ni bukan takat untuk weekdays tapi weekend jugak! :)
TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM9.90- RM50.00
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: G25 & G26, E@curve, No2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810, Selangor.
Tuesday, June 04, 2013
UNDILAH FOODT8GE : CARA CARANYA:
Ok, DIGI WWWOW AWARDS datang lagi dan Foodt8ge sekali lagi join in Awards ni, so nak mintak korang tolong vote untuk blog ni. Apa korang dapat? takde la dapat hadiah beribu ribu tapi dapat pahala tolong kawan sesama kita untuk memajukan lagi blog yang sedia ada :) hehehehehe, ok bagi yang tak tau camner nak vote, ni saya ada cara caranya:
4. Bila dah balik ke page yang utk vote tu balik, kalau dah vote kotak utk vote tu dah kelabu.
1. KLIK LINK YANG DIPOST DALAM FB FOODT8GE/BLOG (klik logo)
2. Re-Direct masuk page WWWOW AWARDS dan korang akan nampak page Foodt8ge, klik VOTE NOW
3. Dah klik VOTE NOW tu, kemudian korang klik LOGO FB sebab korang kene login untuk vote,korang agree je ngan application, fb akan popup utk agree apps, jgn risau sebab lepas korang klik logo FB utk login,dierang takkan hantar apa apa news update tau!!
*vote sehari sekali...boleh vote everyday!!! help me vote yea
Monday, June 03, 2013
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI | LETS COOK |
Ok ini slot baru dari Foodt8ge kali ni dimana akan ada slot kongsi resepi lak kali ni, maybe kurang pandei masak tapi ape salahnye share masak masak yea dak? Ok, untuk edisi pertama ni kita try masak ayam masak lemak cili padi. Mungkin menu ni korang leh buat menu untuk makan tengahari esok kan! Ok kita start dengan bahan2nye yea
Bahan2:
- Ayam separuh
- 2 biji ubi (dipotong dan direbus separuh masak)
- 10-12 cili padi (bergantung tahap pedas anda)
- 2 Serai dititik
- 1 daun kunyit
- Kunyit hidup (saiz ibu jari)
- 200ml santan
- Asam keping direndam dengan air
**Kunyit hidup dan cili padi dikisar untuk tumis
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai yang dititik dan daun kunyit. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam dan ubi kentang yang dah direbus separuh masak.
- Gaulkan rata ayam dan kentang tu sekejap untuk keringkan sikit air dari ayam (**sebab rebus kentang siap siap supaya masa untuk masak dapat dikurangkan)
- Masukkan air asam dan 2 asam keping, air masuk sikit saja (untuk yang nak kuah pekat), cukup sekadar tutup ayam dan kentang tu.
- Masukkan santan pekat dan masak hingga didih (**selalu kacau masak lemak tu, sebab taknak santan tu berketul ketul)
- Garam secukup rasa dan Ayam masak lemak cili padi siap.
Simple kan? Tak perlu la nak gaherah sangat kupas bawang la, lengkuas la, bawang putih la...semua tu buang masa sebab ending dia masak lemak cili padi gak. Tapi ini pendapat masing masing, ini cara aku dan maybe cara korang lain, korang pon leh share kat sini if korang ada cara lain atau nak tambah ape patut or nak bagi tips ke kan, sangat dialu alu kan! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)