Wednesday, June 05, 2013

Widgets

HOUSE - RESTAURANT.BAR.WINEPOST |E@CURVE DAMANSARA|

Jika korang berada disekitar E@Curve Damasara, dan mencari makan tengahari dalam bajet bermula dari RM9.90 kat sini ada satu restoran yang aku suggest korang try makan kat sini. Jgn terkejut dengan nama winepost tu, itu bar dia tapi tu utk bahagian luar sahaja, tak masuk kat restoran dia and food dia pork free sebab mane leh dapat halal cert kalau restoran tu ada jual wine kan! tapi takpe, owner dah guarantee food takde unsur2 wine mahupun ayam cucuk, ayam sembelih katanya.


Ok set lunch dia start dari RM9.90  tapi biasalah marketing strategy kan!! so set tu dapat free soup tapi if tambah RM 4.90 dapat free flow soft drink! Dimana pada aku kira worth it gak la sebab korang leh minum sampai buncit katanya!. Untuk set RM9.90 tu restoran ni offer 2 menu, iaitu Baguette Margarita dan Wok Fried Black Pepper Udon dan aku tengok meja sebelah makan ni, memang portion dia besar!Tapi bila kami kesana, kami tak ambil pon set tu, kami amek Spicy Seafood Pasta (RM19.90) dan Grilled Cajun Chicken Thigh (RM19.90).
 

Ok yang ni Spicy Seafood Pasta (RM19.90), portion memang besar dan banyak seafood dierang letak. Rasa dia pedas pedas sikit dan yang ni oil base! Ala oglio oglio la but with a twist! ha gitu ayat dia. Memang sedap la yang nie.



Yang besar ni pulak Grilled Cajun Chicken Thigh (RM19.90)tak tau la ayam ape depe pakai, tapi memang besar betul thigh dia, puas hati makan!, sos dia basic je, chicken base dan rasa dia sedap sebab dia tak overdo food ni dan sayur2 tu rebus al dante!


Selain dari order main course, kami pon gatai tangan order appetizer, pecking duck and mantou ni tak ingat sangat ler harga dia, lebih kurang  dalam 15-18ringgit gak la. Tapi rasa itik tu dengan mantou yang lembut tu sangat sedap dihidang dengan sos pecking! terbaik la yang ni.
 

Yang ni lupa nak letak lak, soup of the day yang datang sekali ngan lunch set tu, dierang hidang mcm soto tapi dah modernized dia punye serving! Sedap! rasa cam raya lak bila makan.


Untuk penutup, kami makan pencuci mulut, yang ni sago gula melaka, ini dessert yang paling kiterang ingat dan sangat sedap yang pernah kami makan! Punye lah pekat gula melaka dia, dengan ice cream vanila tu lagi!Ini memang kami cadangkan korang order sebagai sides after meal :)


Selain dari Sago Gula Melaka tu, dierang pon ada kek-kek dan harga sangat reasonable iaitu RM9.90 je satu. Ok la harga dia :)


Menu carte untuk set lunch dierang, so korang ada banyak pilihan untuk makan kat sini, pelayan dierang pon friendly dan fast service dari dierang and sangat alert dengan kita, jadi kalau tak merasa makan kat sini agak merugikan lah! so jgn lepaskan peluang ni weh!!! Set lunch ni bukan takat untuk weekdays tapi weekend jugak! :)

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM9.90- RM50.00
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: G25 & G26, E@curve, No2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810, Selangor.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...