K-Pop menjadi menu untuk pagi nie, ok mungkin korang semua dah tau tempat ni Seoul Garden BBQ and pasti kalau korang lalu kat shopping complex korang akan nampak ramai orang berpusu pusu kat dalam ni untuk mengambil makanan sebab konsep deme ni konsep buffet gak kat sini. Jadi sebabkan buffet all you can eat, ramai yang hilang kawalan diri dan daya merasa masing masing. Inilah Seoul Garden BBQ.
Dengan harga RM38.88++ untuk dinner seorang, ini tidak termasuk free flow air ya, jika nak free flow air, kena tambah lagi RM3.99++ seorang dimana pada aku macam tak masuk akal untuk asingkan harga kedua dua ni. Logically kalau kita makan mesti nak kena ada air betol tak? dan ini memang tak masuk akal dan sepatutnya dikira sekali dengan food semua.
Konsep food dia berasaskan makan korea yang suka makan BBQ dan ini antara option yang orang melayu kita boleh makan sebab makanan kat sini halal. Tapi jangan sebab ia halal dan bbq mesti kita makan kat sini sebab ada je option lain sebab pada aku konsep korea tu dah lari dan takde la kesemua food dia berasaskan makanan korea. Meja makan dierang dah custom tengah tengah dia dengan grill dan mangkuk sup untuk rebus dan ini pada aku tak praktikal sangat sebab even dia letak kedalam sikit tapi still kita akan terkena percikan dari food tu dan sebab restoran ni terletak dalam shopping complex, tak sesuai untuk window shopping selepas makan kat sini, so lepas makan balik lagi best.
Ini antara grill item yang terdapat kat sini, semua item sangat fresh tapi marinationnya pada aku tak cukup power untuk grill item kat sini, aku prefer marination kat Jang Gun punye marination.
Tak banyak nak diperkatakan sebab pada aku Seoul Garden ni kurang soul dia dalam BBQ, ini pendapat peribadi aku, jgn samakan dengan pendapat korang, mungkin pada korang tempat ni sedap, tapi not me sebab aku dah rasa ada tempat yang lagi bagus dari sini dan itu menjadi penanda aras bagi aku untuk menilai BBQ ni, dan tempat ni sangat crowded dan tak sesuai untuk hang out. Apa yang pasti bulan ramadhan yang bakal tiba ni akan menyemakkan lagi tempat ni dan menjadi tempat berbuka tumpuan tatkala bulan suci ini kembali. Jika diberi pilihan, carilah tempat berbuka lain yang lebih menarik dan menyelerakan, dengan harga yang ditawarkan, korang dah leh pegi buffet hotel mau pun ke Jang Gun yang pada aku lebih authentic korean food dari kat sini.
TASTE: 3 of 5
PRICE RANGE: RM40-RM60
OVERALL: NOT RECOMMENDED
ADRESS: 1 Utama Shopping Centre, LG345, Lower Ground Floor, Highstreet, Bandar Utama, 47800. PJ
Iron/Iron 3 - Titanium vs Steel - TITNC
ReplyDeleteSteel is titanium grey a ion titanium hair color type of diamond thaitanium and steel. It has a diamond shape. It's hard to get enough to know it or not, but it's titanium headers a diamond titanium bracelet in the rough. You can