Tuesday, December 31, 2013

INFLAME CHICK'N CHOP HOUSE@TAMAN MELATI

Penutup tahun 2013 kali ni ada post menarik untuk korang pegi lawati di Taman Melati, sambil menunggu masuk tahun baru korang boleh mai sini untuk merasa chicken chop yang sedap. Inflame Chick'N Chop House ni speciality dia western food, dan yang menjadi signature dierang kat sini adalah Chicken Pan Grill dan ofkoz la chicken chop. Meh kita intai intai sikit tempat dia nie.


Walaupon tempat dia tersorok sedikit tapi itu pada aku tak kesah kalau kita nak makan fud yang best betol tak? kemana saja kita sanggup masuk asalkan fud tu berbaloi dengan apa yang kita bayar. Jadi masa kami pergi tu, kami order Chicken Chop (RM9.90), Chicken Pan Grill (RM9.90) dan yang istimewa adalah special request Chicken Pan Grill n Lamb Chop (16.90) yang takde dalam menu list dia, tapi chef dia ni sangat passionate pasal food jadi dia enjoy dengan apa yang dia masak.


Food yang disediakan disini adalah cook to order dan portion size memang cukup2, cuma korang akan nampak ayam grill tu kecik sikit sebab dah mengecut bila dimasak tetapi bila makan, dia punya juice mantain dan ayam tak kering, rasa yang sangat sedap dengan marination rahsia dari chef dia buatkan ayam, daging dan kambing kat sini sangat sedap. Selain dari protein, sos blackpepper dia pon sangat tak mengecewakan sebab sos ni memang dierang buat sendiri hari hari untuk menjamin kesegaran dan originaliti pada food kat sini.

 

Ok jom kita komen food yang dierang hidangkan kat kami aritu. Yang ni Chicken Chop, so standard kalau chicken chop memang ianya breaded dan digoreng dalam minyak yang panas, yang ni kalau tengok on size memang puas hati, tapi sedikit kecewa dengan breaded dia sebab sedikit tebal dan kurang rasa, tapi alhamdulillah seb baik sauce dia cover cantik punya so takde hal sangat tapi depends on citarasa masing masing nah, sebab pada aku ianya sedikit kurang kick tapi still ok. 


Ok yang ni Chicken Pan Grill, yang ni pada aku memang terbaik, sangat sedap sebab ayam dia masak cukup2 tak overcooked dan marination ayam ni pon sedap dan dimandikan dengan sauce blackpepper ni, sangat berjaya dan sangat sedap.

 

Ok yang ni pulak Chicken Pan Grill n Lamb Chop, tahap masak lamb tu boleh request kat chef tu nak medium ke, nak done ke... well done ke, itu semua bergantung pada selera gigi masing masing, aku lebih suka pada medium je dan chef ni berjaya buat dengan baik kambing tu dan ofkoz ayam tu memang masak dengan baik ler.


Kat tempat makan ni ada menyediakan 3 jenis air, iaitu Tropical Punch Soda (RM1.50), Blackberry Pop Soda (RM1.50) dan Red Rose Soda (RM1.50) dan ketiga tiga air ni sedap, dan ofkoz korang leh mintak ais kosong kalau korang nak bilas mulut tu yea dak. Selain dari chicken chop, lamb chop, steak, fish n chip dan fries, ada jugak option untuk korang enjoy ringan ringan macam waffle dengan topping yang pelbagai. Dan selalunya dalam kul 8.30malam keatas tu tempat ni akan penuh dan ramai yang tunggu menurut kata chef tu ler. 


Stall ni baru lagi dibuka dalam 1bulan lebih tetapi sambutannya menggalakkan dan memang ikut selera tekak orang kita, selain dari itu, apa yang buatkan ia seperti makan dirumah sebab memang dierang buat kat rumah sendiri kerana ini memang family business dimana adik beradik yang dok layan customer, dok masak dan setup semua ni. Jadi korang patut mai sini n rasa sendiri adakah ia berbaloi ataupon tidak.

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM 10- RM 20
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: 18-48, Persiaran Taman Melati, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur

Wednesday, December 18, 2013

DAILY BURGER @ TAMAN SRI GOMBAK

Assalamualaikum geng, kalini kita cari pot makan burger yang simple tapi sedap dan tak perlu la burger bakar ke, burger stim ke, kita back to basic, roti, daging burger frozen yang ready made (RAMLY, SAUDI dan sebagainya yang dipasaran) dan sayur beserta sos yang sepatutnya. Ini betul2 untuk yang dalam budget yang minima yea la kan tengah tengah bulan ni mana yang murah tu tarik je la, sementara nak nunggu Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 tu pon tak bukak lagi registration dia, tak silap aku dia bukak pon 23 Disember 2013 ni yakni hari Isnin sampei 31 Januari 2014. Eh melencong la pulop yea, ok jom kita ke Daily Burger kat Taman Sri Gombak sana nun.


Gerai burger ni start operasi dari pukul 11.30 pagi sampai pukul 3 pagi keesokannya dan dari timing tu dah nunjukkan betapa sibuknya diearang sepanjang hari. Jarang rasanya kita nak nengok gerai burger bukak time time makan tengahari yea dak? biasanya malam je yang orang niaga. Ok kedai ni korang leh jumpa bertentangan dengan McDonalds dan berdepan dengan 7 Eleven seperti dalam gambar nie. Dulu masa aku datang gerai ni, dia hanya guna satu stall, tapi sebabkan permintaan yang tinggi, dierang bukak dua gerai utk menampung permintaan yang tinggi itu.


Sorry sebab takde gambor burger yang dapat diambil sebab dapat burger tu terus makan sampai lupa nak ambik gambor, sedap bebenor katenye. Apa yang specialnya? ok, tukang masak dia kira pakar jugaklah dalam masak burger ni, dia tak tekan langsung daging burger tu dan biarkan ia masak camtu je, dan tak ambik masa yang lama sampai daging tu kering, sebab tu daging tu sangat juicy dan mantain shape dia tak kecut sangat. Dan dierang ni guna daging burger RAMLY yang 70gm so ia adalah yang tebal tu. Selain dari daging dan ayam, ada jugak burger ikan dan jugak burger arnab dan rusa kalau tak silap lah. Dengan harga serendah RM1.80 korang dah leh dapat burger yang sedap. Sayur yang digunakan adalah salad, timun, bawang dan menarik lagi dierang akan letak satu slice nenas dalam burger ni dan ini menambah rasa yang lain dari yang lain. Tak percaya mai datang sini nengok. :) Disertakan jugak video cara dierang buat order customer yang mintak burger special, dimana tak macam gerai lain kalau buat burger special nie. Meh kita nengok meh!


*Disebabkan post sebelom ni ada yang terasa hati sebab aku letak RECOMENDED ngan NOT RECOMENDED, aku akan tukor kepada MANGKOK MANGKOK SEDAP  ni pulak, so RANGE DARI MANGKOK 1 HINGGA 5 sama sepert 1-5 bintang yea, pada POST POST YANG LEPAS AKU TAKKAN TUKAR SEBAB YANG LEPAS TU LEPAS LAH! Harap Maklum :)

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM1.50 - RM5
OVERALL: MUST TRY
ADRESS: Jalan SG1/11, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves

Saturday, December 14, 2013

Jom Menang iPad Mini 2 Dari SalamMedia.my


Kepada rakan blogger yang turut hadir ke event Blogrrr - Blogger Most Wanted yang berlangsung di MIECC, Mines anda boleh menangi iPad Mini 2 dari http://salammedia.my

Apa yang perlu untuk menang?

Datang ke booth ber no.31, atay daftar secara online di http://salammedia.my/im/

Sesiapa pon boleh mendaftar, asalkan anda mempunyai blog, facebook, twitter dan instagram. Pemenang akan ditentukan dengan cabutan bertuah.

Untuk pengetahuan anda, SalamMedia merupakan salah satu company untuk pengiklanan di blog berasaskan syariah (islamic). Bagi blogger yang ingin berjinak dengan event blogger, review ataupon post berbayar (advertorial), jangan lepaskan peluang ini.

Mana tahu, tak menang iPad Mini 2, boleh dapat projek berterusan dengan blog anda.

Tarikh tutup penyertaan adalah 31 December 2013.

Friday, November 22, 2013

MANCONGKAM CHICKEN RICE @ JALAN GOMBAK BATU 4

Salam geng! Ok, kalini aku nak share ngan korang sebuah restoran ni, Mancongkam nama dia yang mana speciality dierang adalah nasi ayam! Apa yang bezanya nasi ayam dierang ngan nasi ayam lain diluar sana? Meh sini kita rungkaikan! ha gitu!. Aku mula kenal restoran ni bukan kat Jalan Gombak tapi kat Shah Alam Seksyen 7 belakang Unisel sekarang ni. Time tu balik dari kelas terus g sini makan nasi ayam ni tak pon singgah mamak hakim yang tak jauh sangat dari restoran tu sebab selalu penuh aje. So aritu aku ngidam nasi ayam ni terus ke shah alam dan ronda ronda situ rupanya dah tutup la pulak restoran dia yang branch tu dan terpaksalah kol nombor henpon restoran ni yang leh dapat kat internet tu. So secara rasminya dah tutup dan ada satu je restoran dia kat Jalan Gombak Batu 4 dan aku redahkan jugak demi sesuap nasi :p


Nin dia restoran dia, macam aku cakap tadi, apa yang specialnya nasi ayam dia adalah pada ayam dia sendiri dimana dia ada dua jenis iaitu ayam goreng biasa, dan lagi satu ayam yang digoreng garing yang mana memang mendapat perhatian dan order paling laris adalah yang garing tu la. Susah nak dapat tempat jual nasi ayam yang sediakan ayam goreng garing ni, dan setahu aku Mancongkam ni je yang ada rasanyalah, tak tau le kot korang ada tempat lain, leh share2 gak kan :).


Menu dia tak banyak sangat dan sangat straight forward mana food base dia semua yang simple2 dan berasaskan ayam kecuali air minuman lah.


Ok, yang ni set nasi ayam dia yang memang fast selling kat restoran ni , set dia sekali ngan sup, sos cili (cili dia macam sos keropok lekor) bersama nasi ayam dan set ayam garing la. Macam biasa kalau g gerai nasi ayam camni mintak je parts ayam yang kita nak dan aku akan mintak bahagian thigh sebab dada agak kering bila digoreng garing.


Apa yang best jugak dengan set kat Mancongkam ni adalah sup dia, sup dia ni pelbagai guna gak sebab leh guna untuk menu sup ayam dia dan yang lebih menariknya sup dia ni adalah kurang berminyak dan dierang letak cili padi untuk merasa sedikit kepedasan pada sup tu dan itu pada aku signature kepada mancongkam ni sebab kombinasi tu sangat serasi.


Korang tengok ler ayam dia nie, memang nampak kegaringan dia dan menurut berader kaunter kat sini cakap bila orang order ayam garing tu baru dia masukkan dalam kuali ayam yang dah disiap goreng biasa tu, so secara tak langsung ayam tu panas dan garing sebelom dihidangkan kepada pelanggan.Jadi rugi tak try ni dan korang akan berpuas hati kat sini.

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM5-RM20
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: 299, Jalan Gombak, Batu 4 3/4, 53000 Gombak, Kuala Lumpur
TEL: 016 3958657

Thursday, November 21, 2013

THE CUP | PUBLIKA SOLARIS DUTAMAS |

Korang dah biasa makan makanan korea? Yea la sejak K-POP melanda Malaysia ni takkan taknak rasa makanan yang Super Junior, Big Bang, 2ne1, ataupun geng2 Running Man selalu makan yea dak? Ok, sebelum ni selalu gak aku dok post tempat makan fud2 dari sana, ada yang best, ada yang tak best, kalini aku nak tambah koleksi tak best aku (*ini mengikut citarasa saya, mungkin berbeza dari citarasa mereka yang lain ). Nama tempat ni THE CUP kat Publika Solaris Dutamas yang mana dierang cuba untuk stylo-kan makanan snek orang korea kat malaysia ni dengan letak food tu dalam bekas macam chinese fud tu dan yang pasti ia adalah HALAL. Ha meh nengok fud dia sedap ke idok! :p 

 

Ok, kat sini dierang mempertaruhkan makanan snek yang simple simple kat sana macam ram yun (ramen), ada nasi ngan ayam bbq or daging, dan yang menjadi tumpuan adalah Tteokbokki iaitu tepung beras bentuk macam kepok lekor tu dimasak dengan sos pekat cili paste yang pedas. Kat korea n mana mana restoran atau gerai2 akan ada menu ni dan menjadi menu yang sangat digemari oleh mereka disana. 

 

So xnak cuba benda pelik2 kami order yang simple je dan yang recommended je.So amek signature dish dia Spicy Tteobokki dan yang menarik perhatiannya adalah packaging dia, sangat menarik dan mampu membuat orang benti untuk mencobanya.


Ok, so bila dah beli kena la test power ke idak. Secara jujurnya fud n sangat FAIL dan rasa pon tak sedap mana pon,mulakan dengan sos dia, cair dan tak pedas langsung walhal dah nama dia SPICY, dan tak dilupai Tteobokki tu sendiri yang sepatutnya makan kenyal, jadi sangat lembik seperti dah direbus lama dan disimpan tunggu orang order aje. Selalunya ada macam fishcake dan sosej dalam ni tapi kuantitinya sangat sikit dan yang banyaknya hanya bawang. Mungkin harga bawang tengah murah kot sampai dierang letak bawang lebih dari tteobokki tu. Sangat mengecewakan dan aku takleh bayangkan untuk mencoba food lain kalau basic ni pon dierang tak lepas. So tempat ni sangat tak di recommend kepada geng2 yea :) Tapi kalau nak rasa dan buktikan yang aku salah or what silakan dan sekali lagi aku nak cakap ini ikut citarasa aku untuk panduan masing2... jangan sampai suruh aku dok g keje sana sudah lah! :)

TASTE: 2 of 5
PRICE RANGE: RM15- RM20
OVERALL: NOT RECOMMENDED
ADRESS: Publika, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Wednesday, November 20, 2013

PAK JOHN STEAMBOAT | E@CURVE MUTIARA DAMANSARA |

Steamboat!!! Ok aku antara penggemar steamboat yang tegar dan kalini dierang bukak satu dekat dengan opis aku which is E@Curve. Pak John Steamboat all you can eat dinner buffet!! Untuk pengetahuan semua, Pak John Steamboat ni Halal yea. Meh nengok sikit ape benda yang dierang ada kat sini.


Sempat amek gambor kedai dierang sebelom operasi, Kawasan yang luas dan selesa, dierang bukak kat Lower Ground Floor dan memang puas hati la dierang dapat lot kedai besor kat situ. 

 

Kebetulan masa aku pegi tu ada promotion 2 for 1 promotion dan kalau takde promotion pon price dia sangat berbaloi dengan apa yang dierang hidangkan untuk all you can eat kat situ. Dinner buffet start kul 6 sampai 10malam, leh duk kat situ sampai bengkak. 


Memang banyak pilihan kat sini, dari sayur2 dia, fishball dia, seafood pon ok,cuma mungkin hari pertama dia bukak so pilihan seafood agak limited tapi kalau tengok pada menu patut ada macam2 lagi, so masa kami datang tu ada sotong, siput buluh, udang, dan siput je sebagai pilihan makanan laut dia, aku mengharapkan nanti dierang akan letak salmon, ketam dan seafood lain sebb tu semua ada dalam menu dia. Dan kalau korang nak makan daging, daging lembu dan kambing juga disediakan korang cuma perlu mintak kat kaunter daging je. Yang bestnya periuk dia ada grill jugak dan non stick, so sangat best untuk grill daging kat situ. 


Lupa nak bagitau, ada dua pilihan sup, sup ayam dan sup tomyam, so kepada yang suka pedas leh pilih tomyam sebab memang cukup pedas dan kalau tak cukup pedas lagi pencicah untuk stimbot ni dah cukup pedas utk memuaskan nafsu pedas anda.


Selain dari pilihan makanan untuk stimboat, ada gak makanan goreng2 seperti nugget, fish cake, nasi goreng, bihun goreng pon ada, dan tak dilupai ada pencuci mulut turut disediakan iaitu sofr icecream ada pilihan coklat dan grean tea atau kedua duanya sekali, ada gak ice cream potong pelbagai pilihan.

Secara kesuluruhannya sangat berpuas hati makan kat sini dan sangat sesuai untuk melepak bersama kawan kawan dan bersama keluarga kerana korang ada banyak masa untuk bersembang sembang sementara menunggu food tu siap masak. Jadi apa lagi, meh datang kesini dan makan2 :)

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM28+ /Person
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Lot LG-13A & LG-15, Lower Ground Floor, Ecurve.No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya

Wednesday, October 09, 2013

TEOCHEW CHENDUL PENANG ROAD FAMOUS BRANCH | PARADIGM MALL |

Ini berita baik kepada peminat chendul (cendol) yang femes kat Penang yang pernah aku review dulu kat sini Teowchew Chendul . Kalau nak makan cendol yang paling sedap selalunya kita kena ke Penang sebab kat situ ada cendol yang sangat femes kat tepi lorong jalan Lebuh Keng Kwee. Tapi sekarang korang dah leh senang hati sikit bagi orang bahagian kl or selangor  sebab dierang dah bukak branch kat Paradigm Mall betul betul depan Tesco :). 


Masa aku pergi tu memang ada feel macam kat Penang tu, sebab ramai sangat orang, tu yang pasti lah! So mesti kena cuba la kan, nak tau rasa dia sama ke tidak, nak kena p penang jugak ke tidak kan. Untuk play safe aku rasa satu mangkuk dulu sebab satu mangkuk pun dah mahal RM4.90 utk original punya. 


Dengan harga semangkuk RM4.90 korang mesti akan berpikir lebih baik p penang sebab lagi murah tapi larat ke nak ke sana semata mata kan, so aku budget kos dierang nak bawak benda ni kesini la yang buat satu mangkok ni jadi mahal. Tak kesah pon janji rasa kena sama, so aku try yang ni memang rasa dia sama tak lari dari rasa kat penang punya dan utk bagi kita rasa berbaloi bayar RM4.90 semangkok, dierang buat portion besar sikit dari yang original kat lorong Keng Kwee tu. 


Untuk bagi gimik kepada kedai ni, dierang bawakkan jugak sign lebuh keng kwee tu kesini, tapi pada aku kalau nak feel betol betol memang kena ke sana la tapi mcm aku cakap tadi, semata mata? so dah ada option bagi yang mengidam ketip bibir pada chendol maha sedap ni leh mai sini, tapi kena sabar sikit sebab sini service slow sikit sebab ramai sangat orang dan bukan setakat cendol je dierang ada, ada gak mcm kat penang dierang serve jugak mee kari, assam laksa dan rojak buah! Ok sekarang aku betol betol lapor bila sembang pasal tempat ni, so korang patut mencubanya bagi yang first time dan lepas cuba ni korang kena rasa yang original kat lorong lebuh keng kwee! :)

TASTE: 5 0f 5
PRICE RANGE: RM4.00 - RM15
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: PARADIGM MALL (OPPOSITE TESCO)

Friday, October 04, 2013

ARNOR CREPE | SUNWAY PYRAMID |

Ok geng, kali ni kita tengok tengok dessert pulak yea! Yang ni pasti mampu melampiaskan nafsu terhadap ice cream dan juga kepada dessert khususnya lah! Ok, Arnor Crepe ada kat Sunway Pyramid area Asia Avenue kat atas tu dan korang pasti jumpe punye sebab dia kat area stall2 food kat situ. 


Pernah nampak tak? ok menurut staf yang keje situ katanya tahun ni baru bukak Arnor Crepe ni tapi tak tau la, kalau dia tipu aku, maknanya korang pon kena tipu la, tapi memang lalu lalang kat sini pon tak perasan kedai ni pon sebelom nie.  Tapi dengan kaler oren kedai ni pasti akan nampak punyalah!.


Ok menu memang banyak, harga pon berpatutan dan dengan size yang dierang bagi, rasa macam nak bagi duit lebih lak kat dierang sebab memang berbaloi sangat. Masa ni aku try Custard and Honey (seperti dalam video dibawah) dan Arnor Signature Mango Sundae. Terus terang aku cakap dua dua sangat sedap. Crepe tu dimasak masa tu dan terus dibentuk dan dimasukkan filling yang kita nak, so kepuasan menikmati crepe yang panas dan dimasukkan dengan feeling custard dengan honey tu kombinasi yang complete ibarat Adam Af dan Fiza Elite.


Dua dua tu aku punye, yang kiri tu diearang buat custard and honey, dan yang kanan untuk Mango sundae tapi yang kanan tu tak jadi crepe dia, so diarang buat yang kedua, crepe base ni kena cantik sebab diearang nak letak icecream and so on so taknak ada kebocoran disitu :)


Yang ni Mango Sundae, seperti aku cakap tadi memang berbaloi, tengok pada size tu pon dah cukup untuk cover 2-3 orang makan nie, dengan isi mangga yang dierang letak, ice cream vanila, whipped cream some more, hadoi memang complete la, pendek kata korang memang kena try signature diearang ni dan memang tak hairan la kenapa dierang panggil ni SIGNATURE sebab sangat sedap. 

TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM5-RM10
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Asian Avenue, Sunway Pyramid

Sunday, September 29, 2013

MEOL CHI BOK UM (SPICY FRIED ANCHOVY) | LETS COOK |

Meol Chi Bok Um ni ikan bilis yang restoran korea dan orang korea makan sebagai side dish wajib kat meja selain dari kimchi,mendapat ilham dari Restoran Oiso dimana dierang alter bilis dierang nie, membuatkan ia sangat sesuai dengan citarasa orang kita, meh aku nak berkongsi resepi ngan korang, simple dan leh simpan dalam peti :)

Bahan bahan:

200-300gm ikan bilis
8 biji cili padi
2 sudu gula


Bahan tak banyak kan, so tak susah pon nak buat benda nie. kalau korang suka lagi pedas tambah le cilipadi tu yea.

Cara cara:

1. Bersihkan ikan bilis dan goreng dengan minyak yang sedikit, jgn masak lama cukup sekadar digoreng sedikit.
2. Masukkan cili padi dan masakkan sedikit cili padi tu
3. Kurangkan lagi sedikit minyak tumisan, masukkan gula, gaul sehingga rata dan angkat terus. 

* xperlu garam sebab ikan bilis dah cukup masin. 


Selamat mencuba yea :)

OISO KOREAN TRADITIONAL CUISINE AND CAFE | IKANO MUTIARA DAMANSARA |

Annyeong-Haseyo!!! Hahaha lagi satu restoran korean cuisine pork free spotted guys! Kepada yang bebenor gemarkan makanan korea dengan harga berpatutan dan sedap sinilah tempatnya!! Welcome to Osio!! :)


Bukan senang nak cari food korea yang orang kita leh makan lagi lagi food dierang selalunya ada mengandungi babi dalam makanan dierang, so bila ada kedai yang pork free cam nie memang tak ketinggalan untuk aku mencubanya sendiri. Dengan harga yang berpatutan aku rasa rugi buat korang tak pegi kedai nie.


Kita start dengan Toboki ni iaitu street food dierang, sangat sedap, lengkap dengan fish cake, sausage dan paling penting rice cake tu la, kepedasan dia takdelah tahap berpeluh, just nice dengan citerasa orang kita. Jadi ini menu wajib sebagai side dish mahupun main dish sebab size food ni agak banyak.


Restoran ni pon pada aku dierang dah alter resepi dierang bagi memenuhi citarasa orang kita,  side dish dierang selalu akan hidang Kimchi, meol chi bok um (ikan bilis) yang dah di alter dengan citerasa tempatan dengan letak cilipadi dan dihidangkan jugak fruit salad sebagai sidedish, sesuatu yang lain dari restoran korea yang lain.


Ramyun dari korea!! yes ini hidangan noodle yang sangat best, pedas dia cukup2 aje dan ingredient yang dierang letak dalam ni sangat banyak dan korang konpem akan kenyang punye, tapi ni aku expect pedas, tapi kurang pedas sikit.


Yang ni set Chicken BBQ, set ni datang sekali dengan nasi, ni set yang sangat puas hati, dan aku rasa ni lebih baik dari DUBU DUBU sebab yang set ni ayam dia lebih banyak dari sayur sayur rempah dia, maknanya sangat berbaloi makan sini dari makan yang dekat Dubu Dubu, seriously pada aku Dubu Dubu tu takdelah sedap mana pon, tu pendapat aku la, jadi kedai ni better dari Dubu Dubu :)


Habiskan hari anda dengan minum teh panas dia yang sangat relax bila minum dan korang akan rasa sangat puas hati makan kat sini. Restoran ni kat Ikano, sebelah ngan PapaJohns Pizza, so selamat mencoba! :)

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM15-RM40
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Ikano Power Center 

Tuesday, August 27, 2013

MERDEKA GARDEN CURRY MEE | IPOH |

Wahhhh...lama betol tak update lepas raya ni, maklumlah raya kan sebulan, busy dengan open house situ...open house sini...so arini ada kesempatan untuk update sikit blog ni yea dak. Ok, masa balik beraya ipoh aritu singgah le makan kat tempat makan yang sangat legend dari zaman abah abah dulu lagi ni. Kalo korang orang ipoh tu tak tau tempat ni kira x cukup legend la. Ok gerai makan ni bukak setiap malam termasuk hari raya dan hanya tutup untuk chinese new year sahaja jadi korang leh makan sini bila bila masa selain ari cuti dierang ni kat sini dan MG Curry mee ni jual makanan authentic kat ipoh ni iaitu kueyteow kari, sup, mee kicap dan yang pasti pilihan pilihan fishcake, fishball, wantan yang pelbagai untuk korang pilih.


Uncle ni memang tak pernah bertukar tempat, memang ni je keje dia dan yang pasti sebab dia la food kat sini sedap dan takde orang lain lagi la sejak aku kecik memang dia punye pot kat sini je dok buatkan food utk semua orang. 


Masa ni aku tapau je sebab memang tak de tempat duduk weh! penuh bukan main, so solution dia tapau tapi pada aku takleh lawan kalau makan kat situ terus sebab food masih panas dan faham faham je la kalau ada mee or kueyteow ni cepat kembang, so kene makan on the spot baru sedap.


Korang leh tengok, setiap malam camni la que orang punye mangkuk, habis satu round dia sambung lagi line tu memang tak abes la weh! Ini sangat sedap, aku cadangkan korang order kueyteow kari kerang dan pilihan fishcake tu letak dalam kuah sup, konpem terangkat punye makan kat sini. Ok kalau korang tanya halal ke idak, tu aku takleh jawab, sebab dia takde pon letak logo halal kat gerai camni, tapi dari kecik dah hadap sini, tambahan lak selalu je pak aji balik dari surau dok hadap makan sini gak, so, pork free dah tentu dan tahap lazat dia buat kita pening kepala, jadi gerai ni adalah destinasi wajib bila turun ke ipoh.


Memang banyak kontroversi berkenaan gerai ni. Terpulang pada korang, kalau was was taknak makan makanan orang cina, tak perlu pergi tapi yg rasa ok sila pergi. Pada aku yg dah lama dok makan sini ok jer dan food dia sangat sedap. Petikan akhbar seperti dibawah:


TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM4-RM10
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Depan lot kedai , Jalan Labrooy, 30010, Ipoh Perak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...