Annyeong-Haseyo!!! Hahaha lagi satu restoran korean cuisine pork free spotted guys! Kepada yang bebenor gemarkan makanan korea dengan harga berpatutan dan sedap sinilah tempatnya!! Welcome to Osio!! :)
Bukan senang nak cari food korea yang orang kita leh makan lagi lagi food dierang selalunya ada mengandungi babi dalam makanan dierang, so bila ada kedai yang pork free cam nie memang tak ketinggalan untuk aku mencubanya sendiri. Dengan harga yang berpatutan aku rasa rugi buat korang tak pegi kedai nie.
Kita start dengan Toboki ni iaitu street food dierang, sangat sedap, lengkap dengan fish cake, sausage dan paling penting rice cake tu la, kepedasan dia takdelah tahap berpeluh, just nice dengan citerasa orang kita. Jadi ini menu wajib sebagai side dish mahupun main dish sebab size food ni agak banyak.
Restoran ni pon pada aku dierang dah alter resepi dierang bagi memenuhi citarasa orang kita, side dish dierang selalu akan hidang Kimchi, meol chi bok um (ikan bilis) yang dah di alter dengan citerasa tempatan dengan letak cilipadi dan dihidangkan jugak fruit salad sebagai sidedish, sesuatu yang lain dari restoran korea yang lain.
Ramyun dari korea!! yes ini hidangan noodle yang sangat best, pedas dia cukup2 aje dan ingredient yang dierang letak dalam ni sangat banyak dan korang konpem akan kenyang punye, tapi ni aku expect pedas, tapi kurang pedas sikit.
Yang ni set Chicken BBQ, set ni datang sekali dengan nasi, ni set yang sangat puas hati, dan aku rasa ni lebih baik dari DUBU DUBU sebab yang set ni ayam dia lebih banyak dari sayur sayur rempah dia, maknanya sangat berbaloi makan sini dari makan yang dekat Dubu Dubu, seriously pada aku Dubu Dubu tu takdelah sedap mana pon, tu pendapat aku la, jadi kedai ni better dari Dubu Dubu :)
Habiskan hari anda dengan minum teh panas dia yang sangat relax bila minum dan korang akan rasa sangat puas hati makan kat sini. Restoran ni kat Ikano, sebelah ngan PapaJohns Pizza, so selamat mencoba! :)
TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM15-RM40
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Ikano Power Center
this is the worst korean restaurant, pan cakes were all out at 7pm and they didnt put in my orders and left me unattended.
ReplyDeletea very bad encounter, and please dont to visit this place again!!!!!!!!!!!!
wow.... by 7pm all were out? so it means that it is really fast selling!!! :) and they did not put your orders.... this is cause by the waiter.... truly agreed that with bad service will cause bad experience to the restaurant :) Tq for the respond :)
ReplyDeletehey tadi baru makan sini! sedap gilos especially bul go gi
ReplyDelete