Tuesday, January 25, 2011

RESTORAN SUBANG RIA |KELANA JAYA|

Korang pernah teringin tak makan kat kedai makan cina? style macam dalam satu restoran ada macam macam gerai? Sepanjang aku dok kat KL ni aku dok la mencari kedai makan yang macam ni sebab aku dah biasa sangat makan and memang jadi kewajipan aku kalo turun ipoh utk pegi makan kedai macamni, sebab apa? sebab food kat situ kebanyakannyea chinese food and aku sangat suke makan chinese cuisine :) 
Jadi ada sekali tu aku n the geng dok cari kedai makan mana nak pegi untuk lunch, so jalan jalan le sampai dah betul betul depan pintu FAM Kelana Jaya, so nampak satu kedai tu memang depan FAM tu je, ramai gak orang melayu kita masuk, so, kami pon masuk la, kami order kueyteow goreng n wantan mee ngan ayam, First impression memang terus membuai aku kepada hometown aku, ahahha, memang best la kan tempat camni ada dekat ngan kita :) 
So, bila food sampai ada dalam 10 minit gitu, trus try kueyteow goreng dia, cukup sedap dan mampu untuk melepas rindu kueyteow goreng cam kat ipoh, pada aku memang sedap dan mampu buat aku geleng kepala gak la, then try ikien punye wantan mee, ni lagi tak tahan, dengan mee banyak n jugak ayam dah sampai cam nak tutup mee tu, memang terangkat sebab ramuan dierang untuk mee ni memang totally chinese style n ayam dia pon tak kering even part dada. Tempat dan environment pon takdelah grand sangat and memang rasa cam dalam kedai cina n mood untuk makan masakan dierang pon konpem datang punyea. Tak perlukan lampu malap2 or gambar2 di dinding....just a simple food can make your day :)








TASTE  : 4 of 5
PRICE  : rm4.00 - rm6.00
PLACE  : simple

UPDATE: SHIMINO |ONE UTAMA|

Ni aku just nak berkongsi ngan korang semua yang kat SHIMINO (REFER PREVIOUS POST AKU) dah kuar satu lagi flavor PEACHES & CARAMEL TOPPING yang paling latest n tengah promotion sekarang ni! Kalau korang pernah makan icecream kat BURGER KING ada satu flavor caramel tu memang sebijik la dengan topping yang ni, dengan base yang lembut, buah peach yang masam, ada pulak icecream manis dengan topping caramel pulak... gugur jantung tau!





TASTE  : 5 of 5
PRICE  : rm8.90 - rm12.00
PLACE  : fast and good service

Saturday, January 22, 2011

UMAMI HOUSE OF STEAMBOAT |SUNWAY|


[RESTAURANT CLOSED]
Update Information: 18 APRIL 2013


Inginkan makanan tanpa minyak dalam diet korang? Ni aku ada satu kedai memang terbaik lah, restoran steamboat biasanye yang femes kat sunway tu orang akan ingat FLAMING or YUEN tapi tak la kedai UMAMI ni, bila aku survey kedai kedai steamboat ni aku nampak UMAMI ni yang buat aku tertarik nak pegi. Dengan konsep yang sama iaitu "ALL YOU CAN EAT BUFFET" maknanye buffet makan sampai korang bengkak la. Buffet dierang start dari jam 5 petang sampai 12 malam and food dierang tak penah abih sentiasa diisi. Apa yang buatkan UMAMI ni different is dia takdelah setakat hidang kita dengan sup/tomyam and bahan2 untuk direbus semata mata, dierang juga ada BBQ kaunter yang dierang tolong bakar untuk kita ketam, udang, ikan, kepak ayam dan lain lain. And pada aku kepak ayam BBQ dia tu memang terbaik tahap dewa lah sebab dia masak slow fire and bukan direct api sangat, so, kulit ayam tu sangat crispy and dah macam makan pecking duck, geleng pale beb makan tu. Mula mula aku ingat standard takat makan steamboat, kesudahannye dah macam makan dekat hotel, dari makan berat, ada snack, siap ada desert 8 jenis flavor ice cream dan fruit cuts pon ada.  Air pon free flow, ada air chinese tea, green tea n chinese herb tea, kalau korang tak lalu minum air2 ni, boleh order air as side order, yang tu kene bayar la tapi paling mahal pon coke RM2.50. Bila kita makan buffet ni kita mesti nak ambik benda benda yang kita tak biasa makan kan? dan dekat sini ada hampir 6 jenis siput and kerang dierang dok hidang dan ketam pon dua jenis, ketam bunge n ketam yang itam tu pe ntah :) obor2 pon dierang hidang. Sayur2 segar dan lebih dari 50 jenis fishball dan fishcake diarang dok letak. Overall aku leh kata kedai ni dengan harga yang sangat berpatutan ni sebagai DAMN GOOD :) selamat mencuba .











TASTE  : 5 of 5
PRICE  : rm26.80 / head
PLACE  : bright, cozy, comfort, good service

Friday, January 21, 2011

RAJA SUP |TTDI|

Masa aku search kedai kedai jual sup tu aku nampak yang ni paling top, jadi tanpa membuang masa aku mencari lokasi kedai ni yang agak misterius sebab kedai dia kecik je sebab kongsi dengan kedai lain kat blok kedai area TTDI.  Jadi aku, ikien n jihan pegi la kedai ni sebab masing masing pon tengah lapar so bila masuk je kedalam kedai ni memang ada bau lembu yang kuat la  (agak memualkan bagi aku) and trus order sup dierang yang memang specialty kedai ni. Kat kaunter dia memang ada pelbagai jenis organ organ lembu yang leh dicampur dalam sup dierang, dari lidah lembu, perut lembu, limpa lembu, daging lembu part rangup2 sampailah ke TORPEDO ( kemaluan lembu) pon ada disediakan bagi memuaskan nafsu mereka yang dahagakan sup lembu :). Pada aku sup kat kedai ni BOLEHLAH, takde la sedap sangat seperti yang dierang dok katakan dalam blog yang lain. Lagipon sup dia terlalu berempah dan juga terlalu rasa DAGING yang memualkan orang yang makan sebab sup tu terlalu rasa berlemak. Pada aku if nak makan sup dia sekali ngan nasi pon memang takleh nak hilangkan bau tu. Lepas makan je semua rasa loya and cari sumthing masam utk makan sebab memang akan meloyakan punyea la. Tapi bagi dierang yang TEGAR dalam makan lembu sila datang ke kedai makan ni :) 






TASTE  : 2 of 5
PRICE  : rm5.00 - rm12.00
PLACE  : Small and discomfort



Wednesday, January 12, 2011

IPOH HAINAN CHICKEN RICE |IPOH|

Kali ni aku post nasi ayam lagi, tapi ni kedai lain pulok kat ipoh nie, boleh aku katakan kat ipoh ni banyak kedai nasi ayam sebab kebanyakan orang cina kat ipoh ni gemor benor makan nasi ayam :) . Jadi kebetulan semasa abang aku kawin pertengahan desember aritu, kiterang pegi la cari nasi ayam fuziah kat ipoh (check old post ku) tapi time tu rasa macam nak rasa makan kat kedai lain pulak sebab time tu pon dah petang sikit, takut dah abeh, so, kiterang jalan kat pekan ipoh tu terjumpe satu kedai ni memang style kedai dia ni ada ala ala kopitiam sikit maybe sebab building kedai tu sendiri dah memang klasik. As normal memang kiterang semua order nasi ayam la, kiterang mintak plating ayam stim sekor terus and nasi utk 6 orang makan n tauhu goreng. Overall kedai makan ni just sederhana, takde la uuumppphh sangat sampai boleh melelehkan airmata tapi cukup sekadar dipinggiran...cheewahhh. Nasi dierang cukup masak and ayam dierang pon tak kering, macamana nak tau kering ke tidak, aku makan le dada ayam tu, cukup juice dia :) . Pada aku main attraction aku masa ni adalah tauhu goreng dia, memang sedap weh!! dierang goreng rangup tauhu tu and then letak sauce atas tauhu tu, yang ni aku leh guarantee korang memang terbaek. Kalo korang singgah ipoh korang try cari kat betul betul tengah pekan ipoh tu and nama kedai tu adalah nama tajuk ni la :) daaaaaaa








TASTE  : 3 of 5
PRICE  : rm5.00 - rm25.00
PLACE  : cozy and classic

Tuesday, January 04, 2011

VICTORIA STATION |DAMANSARA|

Lamanyea aku tak update, sekali kebetulan tadi aku and the geng pegi makan kat VICTORIA STATION...bukan ape, sebab dah terpedaya ngan iklan dierang yang memang gah n food presentation pon memang boleh buat orang tak tahan la. So, Kami berenam masuk la ke dalam tempat nie, memang cozy la tempat dia, dengan tema train station kat dalam tu memang buat kita dibuai kenangan macam ada kat railway station kat kl pulok.. :) hehehe. But anyway, ni blog FOOD kay. :) heheh so ape aku leh cakap adalah MENGECEWAKAN. Bukan ape, aku and the geng memang budget sumething yang gah yang atleast setaraf dengan TONY ROMAS yang kiterang masuk sebelom ni, tapi memang mengecewakan lah, food totally disaster ape taknyea, portion wise memang out, ada yang cukup sayur and ada yang sayur telebih besar, ada yang kecik. Yang paling mengecewakan adalah sauce dierang, most of the food use the same sauce and memang totally out of combination, tak ngam langsung, aku leh cakap makan kat the ship kampung baru lagi sedap and berbaloi, bukan ape, kita nak kuar duit banyak banyak and kita akan espect sumething yang memang terbaek, tapi memang out lah. Bukan aku nak buruk burukkan kedai makan ni tapi memang lain dari ape yang dierang dok gebang kat billboard yang ada kat highway2 tu.. :) Tapi dipenghujung hari, ada satu benda yang menarik perhatian kiterang, chocolate moist dierang, tu memang terbaik, bila aku tanyea kat waiter dierang, dierang cakap chocolate cake tu memang signature dierang... :) tu je yang sedap....ahahhahha











FOOD: **PRICE: *****
PRICE RANGE: RM 15.00 - RM 49.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...