Wednesday, January 12, 2011

Widgets

IPOH HAINAN CHICKEN RICE |IPOH|

Kali ni aku post nasi ayam lagi, tapi ni kedai lain pulok kat ipoh nie, boleh aku katakan kat ipoh ni banyak kedai nasi ayam sebab kebanyakan orang cina kat ipoh ni gemor benor makan nasi ayam :) . Jadi kebetulan semasa abang aku kawin pertengahan desember aritu, kiterang pegi la cari nasi ayam fuziah kat ipoh (check old post ku) tapi time tu rasa macam nak rasa makan kat kedai lain pulak sebab time tu pon dah petang sikit, takut dah abeh, so, kiterang jalan kat pekan ipoh tu terjumpe satu kedai ni memang style kedai dia ni ada ala ala kopitiam sikit maybe sebab building kedai tu sendiri dah memang klasik. As normal memang kiterang semua order nasi ayam la, kiterang mintak plating ayam stim sekor terus and nasi utk 6 orang makan n tauhu goreng. Overall kedai makan ni just sederhana, takde la uuumppphh sangat sampai boleh melelehkan airmata tapi cukup sekadar dipinggiran...cheewahhh. Nasi dierang cukup masak and ayam dierang pon tak kering, macamana nak tau kering ke tidak, aku makan le dada ayam tu, cukup juice dia :) . Pada aku main attraction aku masa ni adalah tauhu goreng dia, memang sedap weh!! dierang goreng rangup tauhu tu and then letak sauce atas tauhu tu, yang ni aku leh guarantee korang memang terbaek. Kalo korang singgah ipoh korang try cari kat betul betul tengah pekan ipoh tu and nama kedai tu adalah nama tajuk ni la :) daaaaaaa








TASTE  : 3 of 5
PRICE  : rm5.00 - rm25.00
PLACE  : cozy and classic

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...