Saturday, January 22, 2011

Widgets

UMAMI HOUSE OF STEAMBOAT |SUNWAY|


[RESTAURANT CLOSED]
Update Information: 18 APRIL 2013


Inginkan makanan tanpa minyak dalam diet korang? Ni aku ada satu kedai memang terbaik lah, restoran steamboat biasanye yang femes kat sunway tu orang akan ingat FLAMING or YUEN tapi tak la kedai UMAMI ni, bila aku survey kedai kedai steamboat ni aku nampak UMAMI ni yang buat aku tertarik nak pegi. Dengan konsep yang sama iaitu "ALL YOU CAN EAT BUFFET" maknanye buffet makan sampai korang bengkak la. Buffet dierang start dari jam 5 petang sampai 12 malam and food dierang tak penah abih sentiasa diisi. Apa yang buatkan UMAMI ni different is dia takdelah setakat hidang kita dengan sup/tomyam and bahan2 untuk direbus semata mata, dierang juga ada BBQ kaunter yang dierang tolong bakar untuk kita ketam, udang, ikan, kepak ayam dan lain lain. And pada aku kepak ayam BBQ dia tu memang terbaik tahap dewa lah sebab dia masak slow fire and bukan direct api sangat, so, kulit ayam tu sangat crispy and dah macam makan pecking duck, geleng pale beb makan tu. Mula mula aku ingat standard takat makan steamboat, kesudahannye dah macam makan dekat hotel, dari makan berat, ada snack, siap ada desert 8 jenis flavor ice cream dan fruit cuts pon ada.  Air pon free flow, ada air chinese tea, green tea n chinese herb tea, kalau korang tak lalu minum air2 ni, boleh order air as side order, yang tu kene bayar la tapi paling mahal pon coke RM2.50. Bila kita makan buffet ni kita mesti nak ambik benda benda yang kita tak biasa makan kan? dan dekat sini ada hampir 6 jenis siput and kerang dierang dok hidang dan ketam pon dua jenis, ketam bunge n ketam yang itam tu pe ntah :) obor2 pon dierang hidang. Sayur2 segar dan lebih dari 50 jenis fishball dan fishcake diarang dok letak. Overall aku leh kata kedai ni dengan harga yang sangat berpatutan ni sebagai DAMN GOOD :) selamat mencuba .











TASTE  : 5 of 5
PRICE  : rm26.80 / head
PLACE  : bright, cozy, comfort, good service

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...