Saturday, December 31, 2016

HOKKAIDO ICE CREAM PUFF @ IPOH

Bila ice cream kapit ngan roti bun biasa dah terlalu biasa, apa kata korang cari ice cream kapit puff yang lembut didalam rangup diluar macam ni. Kat ipoh sekarang banyak shoplot yang jual food2 baru yg buat kita teringin nak rasa. Hokkaido Ice Cream Puff ni dekat dengan gerbang malam ipoh dan sangat senang nak cari. Ice cream dia sangat sedap dan ada beberapa flavor untuk citarasa korang. Tapi fast selling dia durian dan green tea, puff dia sangat sedap dan sangat ngam dengan ice cream dia. Selain dari ice cream puff, ada jugak puff durian dengan harga yang sangat berpatutan kena dengan size comel dia. Mesti cuba!

.






RASA: 4 / 5
HARGA: RM3.80-RM6.00
ALAMAT:
34, Jalan Yau Tet Shin, 
Taman jubilee, 
30300, Ipoh Perak

NASI LEMAK UJANG CORNER @ TAMAN GREENWOOD GOMBAK

Mencari nasi lemak yang sedap dan puas? Korang boleh try nasi lemak ujang corner kat Taman Greenwood. Orang sanggup que panjang untuk nasi lemak ujang ni pada waktu malam. Banyak gila jenis lauk ada, ayam rendang, ayam sambal, sotong, kerang, ikan keli, paru eh macam macam lah. Rugi kalau tak try. Sambal dia takde lah pedas sangat tapi cukup2 je rasa dia, nasi dia berlemak dan lauk dia tak kedekut so sangat berbaloi kalau korang try nasi lemak ujang ni. Waze Nasi Lemak Ujang pasti jumpa punya :)






RASA: 4 / 5
HARGA: RM3.00-RM10.00
ALAMAT:
Gerai MPS, No.1 Gerai Taman Greenwood, 
Jalan Batu Caves, Taman Greenwood, 
68100 Batu Caves. Selangor.

ANEKA SATAY @ PASAR MINGGU CHANGKAT JERING

Kalau korang berkesempatan ke utara di hari minggu, jangan lupa exit tol changkat jering, dan ke Pasar Minggu Changkat Jering. Sebab kat situ ada satay yang sedap dijual dan ada banyak kedai kat situ. Tumpuan saya adalah gerai satay yang dari dulu akan pergi dan masih mantain rasa dia. Tak ingat la pulak nombor kedai dia, tapi kalau korang masuk dalam ni satay dia paling banyak jenis, dari standard ayam dan daging, ada jugak perut, paru dan satay limpa yang dihidangkan. Harga satay sini masih lagi relevan dan sangat berbaloi. Kuah kacang dia cukup rasa dan kepekatan yang buat korang makan sampai habis kuah kacang dia. Macamana nak kesana? pakai Waze search Pasar Minggu Changkat Jering, pasti jumpa :)

Tapi gerai satay ini hanya dibuka setiap hari SABTU sahaja ya.







RASA: 4 / 5
HARGA: RM0.80-1.00/cucuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...