Kalau korang berkesempatan ke utara di hari minggu, jangan lupa exit tol changkat jering, dan ke Pasar Minggu Changkat Jering. Sebab kat situ ada satay yang sedap dijual dan ada banyak kedai kat situ. Tumpuan saya adalah gerai satay yang dari dulu akan pergi dan masih mantain rasa dia. Tak ingat la pulak nombor kedai dia, tapi kalau korang masuk dalam ni satay dia paling banyak jenis, dari standard ayam dan daging, ada jugak perut, paru dan satay limpa yang dihidangkan. Harga satay sini masih lagi relevan dan sangat berbaloi. Kuah kacang dia cukup rasa dan kepekatan yang buat korang makan sampai habis kuah kacang dia. Macamana nak kesana? pakai Waze search Pasar Minggu Changkat Jering, pasti jumpa :)
Tapi gerai satay ini hanya dibuka setiap hari SABTU sahaja ya.
Tapi gerai satay ini hanya dibuka setiap hari SABTU sahaja ya.
RASA: 4 / 5
HARGA: RM0.80-1.00/cucuk
No comments:
Post a Comment