Saturday, January 11, 2014

MUHIBBAH SEAFOOD @ KG. SUNGAI PENCHALA

Seafood! Kalini kita mengadap sebuah restoran seafood  Chinese halal yang famous kat area Kg. Sungai Penchala ni, memang hari hari parking penuh aje, kereta parking tepi jalan bukan main panjang lagi, sanggup berjalan jauh jauh punye nak makan kat sini, so jom kita tengok ape yang special kat sini!!


Pelbagai menu yang ada kat sini, dari menu dari Thailand yang femes dengan Tomyam nye, Chinese food yang femes ngan masakan sayur2 yang fresh, masakan ikan dan juga hasil tangkapan laut lain macam udang ketam dan sebagainya antra yang dihidangkan kat sini, dan seperti biasa ikan akan dikira mengikut berat. Jadi apa hidangan yang menjadi signature kat sini, hidangan tu adalah IKAN MIANG tapi korang jangan salah anggap yang ikan ni rasa rasa gatal ke ape, just nama dia la kot, sebab masa order tu kita leh puilih ikan kerapu ke, ikan siakap ke untuk jamuan ini sebab yang menjadi tarikannya adalah ulam ulaman diatas ikan tu, macamana rupa ikan tu? turun le sikit page ni yea...


Nindia Ikan Miang dan kami pilih ikan siakap untuk menu ni, rasanya menu ni memang jadi feveret orang kat sini kot sebab tengok most of the table kat sini memang ada menu ni, dan pihak restoran siap charge extra utk ulam ulam atas ikan tu kalau korang nak lebih, sebab memang sedap pon, campuran timun, bawang, kacang, limau nipis, cili padi, air gula campur dengan lemon, perghh memang sedap pon yang ni, tapi ikan tu kurang perisa sikit, tu maybe nak balance dengan ulam ulam atas ni kot, so tak kisah sangat.


Dan yang ni biasala kalau datang restoran macamni memang akan ada typical siakap sweet sour, rasa dia ok tapi Ikan Miang dah outshine menu ikan untuk malam tu.


Antara menu wajib yang perlu ada bila ke restoran ni iaitu butter prawn. Udang memang besar dan sangat berpuas hati tapi sedikit kecewa dengan cara dierang masak maybe sebab dah lewat or ramai orang, tak tau la kan sebab jaringan telur kuning tu dah overcooked dan rasa macam hampas kelapa instead of kemanisan butter yang sepatutnya dah sebati dengan telur tu, mungkin  nasib kami malang masa tu dan maybe nasib korang baik sebelum ni atau kemudian hari, wallahualam.



Sotong goreng tepung ni dierang ambik dari sotong besor besor tu dierang potong kecik camni dan salut ngan tepung tapi pada aku tepung dia tak best sangat sebab kurang perisa dia dan sekali lagi aku suspek sebab ramai orang, yea la time tu weekend, tapi pada aku itu bukan sepatutnya dijadikan alasan untuk tidak mantain quality pada food tu. Walaupon batter dia tak best sangat, tapi cover gak ler ngan sos cili yang dihidangkan sebab benda tu dah memang ada cukup rasa, so bila makan tu kurang ler rasa "kurang rasa" pada sotong tu. 


Tauhu ni sedap, tauhu masak SAN KONG, ntah ler tapi aku dapat rasa ada touchu dalam bahan bahan dia, dan rasa dia sangat sedap, walaupon tauhu tu dia potong kecik kecik camtu, tapi rasa dia sangat balance dan tak pedas sangat, so sesuai le yang tak makan pedas dan ini akan melengkapkan menu korang bila datang sini. Tapi dalam banyak banyak ni kami tak order TomYam pon sebab dah tau ikan Miang tu dah masam so taknak banyak benda masam, kang muka masing masing masam je :)


Restoran ni pada aku ok lah, cuma korang kena banyak sabar untuk menunggu food korang dihidangkan kat table korang, sebab kalau time tengah peak hour tu memang korang leh tunggu dapat food korang sampai sejam pon ada dan aku dah experience benda nie, kalau takat aku sorang je makan sini, memang dah chow dah aku sebab tak sanggup nunggu lama lama dalam keadaan perut lapar, so korang kalau sanggup menunggu pastikan food tu berbaloi dengan ape yang kita dok hadap kalau tunggu lama lama yea :) selamat mencoba.

RASA: 4 / 5
HARGA: RM10 - RM300
ALAMAT: Lot 2851, Jalan Seri Pencala, Kg Sungai Penchala, 60000, Kuala Lumpur

Thursday, January 02, 2014

DIMA ARABIC CUISINE @ OASIS ARA DAMANSARA

Salam 2014 kepada korang korang semua, tahun ni kita start dengan food arab la pulop yea, kalau korang follow page aku yang tak seberapa ni, last year kita start ngan manisan, kalini dengan food yang mengandungi pelbagai rempah dan pastinya ada kambeng!!! :) Dima berkonsepkan makanan arab terletak di Oasis Ara Damansara, jom kita kasi terjah.


Restoran arab sekarang ni dah ada banyak, Al Rawsha, Hidramawt, Tarbush, dan banyak lagi lah, dan ini adalah option kepada korang kalau korang mencari makanan arab yang lain dan rasa yang berbeza dari yang dah ada kat pasaran luar sana. Restoran ni ada banyak gila menu, dan kalau korang bukan orang arab dan tak biasa dengan food dierang, jangan malu bertanya mana satu nak order, apa yang best, apa yang kena, dan jangan risau sebab dierang pon ada menyediakan set  minimum 2 orang dimana food yang disediakan sudah lengkap dari appetizer, main course sampai ke pencuci mulut, beserta dengan air. So time ni kami order set supaya tak pening kepala dengan food yang berbagai bagai malah lebih berjimat dengan cara camnie. Ni set RM59 yang mana food yang dihidangkan adalah seperti dibawah:
  • Medium Lamb with any choice of Rice (D'Zurbiyan, Madghot, Mandi atau Kabsa)
  • Any choice of Saucy and Spicy Dish
  • Any choice of Salad (fatoush)
  • Regular Molawah (Roti macam Naan)
  • Any choice of dessert (banana split)
  • Any choice of Tea pot for 2/ soft drinks/ iced drinks


Kita start dengan main course dia lah, sebab memang teruja dengan kambing ni, yang ni set medium dengan kami order nasi yang memang recomendation kat sini iaitu D'Zurbiyan yang mana nasi dia berempah tapi tak kuat sangat rempah dia macam Mandy dan rasa dia sangat lain dari Mandy yang biasa kita makan, so dapat la rasa kelainan kat sini dan kambing tu yang sangat lembut dan masih juicy didalam memang mampu membuatkan kita makan sambil geleng2 kepala kesedapan.


Yang ni appetizer dia, Fatoush ni mengandungi salad, tomato, bawang, roti yang garing, cheese dan jugak balsamic viniger, yang ni sedap gak dengan sayur yang fresh dan sauce cukup2 je dia letak memang menaikkan selera makan.


Dalam set nie, ada jugak dihidangkan Molawah, yang ni macam roti naan tapi dia buat macam roti canai, lembut dan garing, memang sedap kalau kita letak salad sikit, letak kambing sikit, terus makan sekali benda nie, memang sedap dan sangat padan rasa dia, so aku cadangkan korang try gak gabung2 food dia, memang kena!.

 

Yang ni set air, air yang pertama tu tea pot mint, rasa seperti teh o yang biasa kita minum tapi ada rasa angin dari daun pudina, sangat fresh dan mampu memotong muak kambing bagi yang tak tahan makan kambing sangat, dan air kaler hijau tu Mint Lemon yang mana rasa macam asam boi sikit, campuran masam limau dan jugak rasa angin dari daun pudina tu, sangat sedap dan refreshing. 


Dan sebagai penutup, kami ambik Banana Split, sebab ni je dessert dia yang besor cukup untuk dua orang makan, sebab yang lain tu dessert arab yang sangat manis dan aku sendiri pon tak tahan nak hadap makan dessert dia, mohon maap tak dapat nak share ngan korang, so korang leh datang and rasa sendiri, if sedap please komen kat sini boleh? 


Restoran ni pon dah diterjah oleh Jalan Jalan Cari Makan, dan yang ni kira berbaloi dan sedap untuk korang try makan kat sini, kira dengan harga RM60 korang boleh makan untuk dua orang sampai kenyang sangat. Jadi meh ler kesini untuk makan masakan Arab.

RASA: 4 / 5
HARGA: RM10 - RM100
ALAMAT: R-13, Central Plazza, Oasis Ara Damansara, Jalan PJU 1a/7, 47301, Petaling Jaya, Selangor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...