Bila bukak cerita ni kat online ternampak kes shopping complex ni meletup awal pagi tadi akibat paip gas bocor disini awal pagi jam 3.00am++ gitu. 4 orang awam tercedera tapi takde la yang mati. Nasib baik benda jadi pagi pagi camtu mane bukak lagi shooping complex tu. Bayangkan kalo dah bukak and orang ramai dalam tu, memang jadi sejarah la kan!. Apa apa pon sedih gak le dengor cite camtu, banyak tempat makan best kat situ sebab tu aku letak dalam post aku supaya dapat mengingatkan semua yang tempat tu skg masih lagi ditutup, jangan pulak ada yang tingin nak main slide pipe indoor lak! :)
Wednesday, September 28, 2011
Tuesday, September 20, 2011
AIMAR CORNER |TTDI JAYA|
Bagi mereka yang dah bosan dok makan nasi, saiya ada satu restoran untuk dikongsi bersama! AIMAR CORNER yang specialize in Char kuey teow ni layak dapat tumbs up!Menarik kedai ni adalah kepelbagaian dalam satu kedai, selain dari char kuey teow, dia pon ada jual sate, kerang rebus, keropok lekor dan masakan ala thai pon dia ada jual.
Ok, masa makan kat sini kami order char kuey teow (boleh order nak yang jenis kering, basah, taknak pedas) , kami pon ada order sate kajang dan bihun kungfu. Secara keseluruhannya char kuey teow dia memang tak mengecewakan dan diarang masak pon laju jugak, ambik masa dalam 5-10 minit dah settle order atas meja. Rasa istimewa kuah char kuey teow dan cara masak ala ala rasa hangus tu memang berjaya la kuey teow dia, no wonder la ramai orang makan kat sini. Then pekene sate pulak, sate dia memang terbaik sebab sate dia besor dan harga 0.60 je secucuk dan rasa dia cukup rempah serba serbi. Secara keseluruhannya restoran aimar ni tak mengecewakan kami semua dan rasanya JALAN JALAN CARI MAKAN dah leh mai sini dan promote food kat kedai ni :)
TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM4.00 - RM8.00
OVERALL: RECOMMENDED
ADDRESS:
Lot 40,42 dan 44G, Jalan Opera G, u2/G, Taman TTDI Jaya.
Monday, September 19, 2011
RESTORAN KUDU BIN ABDUL |JALAN TAR|
NASI KANDAQ! Ini menu sesuai untuk makan tengah hari korang semua, dikatakan restoran Kudu Bin Abdul kat jalan TAR ni menjadi tempat kegemaran allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee. Apa yang menariknya dekat restoran ni adalah mereka menjual nasi kandar ori dari penang. Seperti yang kita leh lihat kat KAYU NASI KANDAR, PELITA NASI KANDAR, NASI KANDAR BERATUR, most of the food dia sama lah, ayam goreng, sotong, ketam, kepala ikan semua base kari kat sini. Kat sini pon benda sama tapi tarikan utama kat sini adalah ayam goreng bawang dia, dikatakan kalau waktu tengah hari waktu pejabat restoran ni memang ramai sampai tahap orang beratur panjang. Lauk yang dicedok dan dimasak sendiri oleh waris En. Kudu ini menarik kerana bos yang serve customer.
Pada aku mungkin sebab nama besar suka makan sini membuatkan ramai orang datang sini, tapi pada pendapat aku memang kari dia sedap tapi mungkin jugak sebab dia the only mamak kat area tu memang dia layak untuk menjadi famous dan ketuk harga pon kasar. Apa yang menarik pada aku kat kedai ni adalah roti canai dia, dough dia pakai pon sangat lembut dan padan dengan kari rempah daging dia. Selamat mencuba bagi mereka yang berada dikawasan sekitar (berdekatan dengan TUNE HOTEL) .
TASTE: 3 of 5
PRICE RANGE: RM5.00 - RM12.00
OVERALL: OK
ADDRESS:
No. 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100, Kuala Lumpur
JUST THAI |ONE UTAMA|
Assalamualaikum, udoh lama bebenor teman idok update kat sini, banyak jugak le gambor dah simpan and ada banyak gak restorang dan gerai gerai yang dah visit, tapi idok ada masa lak nak update kat sini, jadi sempena bulan baik ni, kita nak update sikit le kat dalam nie, takut takut kang bersarang la pulak kan. :)
Jadi untuk bulan nie, kita mulakan rasa kita dengan makanan authentic thai, kenapa authentic? sebab sekarang ni dah banyak sangat kedai yang konon konon depe tu betul betul tulen makanan thai nyea, jadi ada aritu masa bulan puasa aritu ada la teman pegi kedei makan dekat One Utama ni, JUST THAI, nama pon dah JUST maknanye hanya makanan thai yea dak?
Ok, makanan kat sini ada konsep ala carte lauk lauk yang untuk makan berhidang dan makan sengsorang pon ada. Dah nama pon THAI jadi tumpuan utama dia dah tentu TOMYAM dia, tapi kalini aku dah malas makan tomyam so aku teringin nak rasa makan GREENCURRY pulak, jadi kami pon order green curry chicken, catfish salad, siakap thai spicy,ayam pandan, tauhu oyster and kailan ikan masin. Masa yang diambil untuk masak and serve ada dalam 20minit it means very fast untuk konsep kedai fire on order ni kan. Greencurry ni rasa dia ada ala ala masak lomak cili padi kita tapi lebih pekat dan berlemak dengan slice chicken ngan kacang panjang pon ada dalam tu, memang sesuai makan dengan nasi. then ada lak mango salad makan ngan catfish ni, ikan tu dia dah ambik isi aje and goreng garing dan bila makan sekali ngan salad manga yang masam tu memang hit topic la. Ayam pandan ni pon sedap n pada aku lagi sedap dari Ayuthaya punya Ayam pandan (sorry). Secara keseluruhannya food kat sini memang puas hati dan harga pon takde lah mahal mana nak dibandingkan dengan apa yang dierang served kan. RECOMMENDED!
TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM8.80 - RM120.00
OVERALL: RECOMMENDED
ADDRESS:
One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
LG 351, Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre, 47800 Petaling JayaKLIK SINI UNTUK LEBIH GAMBAR
Subscribe to:
Posts (Atom)