Monday, September 19, 2011

Widgets

JUST THAI |ONE UTAMA|

Assalamualaikum, udoh lama bebenor teman idok update kat sini, banyak jugak le gambor dah simpan and ada banyak gak restorang dan gerai gerai yang dah visit, tapi idok ada masa lak nak update kat sini, jadi sempena bulan baik ni, kita nak update sikit le kat dalam nie, takut takut kang bersarang la pulak kan. :)

Jadi untuk bulan nie, kita mulakan rasa kita dengan makanan authentic thai, kenapa authentic? sebab sekarang ni dah banyak sangat kedai yang konon konon depe tu betul betul tulen makanan thai nyea, jadi ada aritu masa bulan puasa aritu ada la teman pegi kedei makan dekat One Utama ni, JUST THAI, nama pon dah JUST maknanye hanya makanan thai yea dak?

Ok, makanan kat sini ada konsep ala carte lauk lauk yang untuk makan berhidang dan makan sengsorang pon ada. Dah nama pon THAI jadi tumpuan utama dia dah tentu TOMYAM dia, tapi kalini aku dah malas makan tomyam so aku teringin nak rasa makan GREENCURRY pulak, jadi kami pon order green curry chicken, catfish salad, siakap thai spicy,ayam pandan, tauhu oyster and kailan ikan masin. Masa yang diambil untuk masak and serve ada dalam 20minit it means very fast untuk konsep kedai fire on order ni kan. Greencurry ni rasa dia ada ala ala masak lomak cili padi kita tapi lebih pekat dan berlemak dengan slice chicken ngan kacang panjang  pon ada dalam tu, memang sesuai makan dengan nasi. then ada lak mango salad makan ngan catfish ni, ikan tu dia dah ambik isi aje and goreng garing dan bila makan sekali ngan salad manga yang masam tu memang hit topic la. Ayam pandan ni pon sedap n pada aku lagi sedap dari Ayuthaya punya Ayam pandan (sorry). Secara keseluruhannya food kat sini memang puas hati dan harga pon takde lah mahal mana nak dibandingkan dengan apa yang dierang served kan. RECOMMENDED!


TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM8.80 - RM120.00
OVERALL: RECOMMENDED
ADDRESS:
One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor
LG 351, Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre, 47800 Petaling Jaya


KLIK SINI UNTUK LEBIH GAMBAR







2 comments:

  1. lepas ni try la stim siakap with lime. lagi best. nk try kat mid valley pon ada jugak.. cuma nama kedai lain.. Flying Chillies

    ReplyDelete
  2. TU la, dierang ada banyak cawangan kan!!!~ kena try ni :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...