Wednesday, March 23, 2011

D'STALL CORNER |KELANA JAYA|

Bersua kembali!!! kalini aku nak bawak korang ke Kelana Jaya pulak, Restoran D'stall satu row dengan Fend Ikan bakar yang pernah aku review sebelum ni. Mula mula dulu bukan main takut nak masuk kedai ni, bukan apa, sebab kedai ni selalu ramai orang and susah sangat nak dapat parking, ehehhe, so jadi malas nak pegi, tapi sampai satu tahap tu dah tak tahu nak makan mana, so redahkan jugak cari parking nak masuk kedai makan ni punye pasal. Kedai berkonsepkan makanan thai dan juga berkonsep gerai dimana bukan takat dia ada masak masak thai (goreng goreng, tomyam dan sbg.) ada jugak side stall seperti sate, otak otak, keropok lekor dan menjadi tarikan pada aku adalah nasi dagang pada waktu petang yang membawak sampai kemalam.  Memang sesuai sangat lah untuk jadi destinasi untuk melepak ngan kawan kawan sebab aku diberitahu tuan kedai ni dia bukak dari pagi pukul 9pg sampai pukul 3 pagi dihari esoknya. 
Jadi pada hari kejadian tu kami order macam macam, bihun tomyam, kueyteow kungfu, nasi goreng paprik, nasi putih lauk paprik dan kailan ikan masin, nasi goreng tomyam, dan side dish kiterang order jugak nasi dagang, keropok lekor dan juga otak otak.  Pada aku food kat sini puas hati, rasa memang secukupnya, pada aku chef dia ni ada taste jugak la lidah dia ni takde la buta tuli je main masak. Yang menjadi tarikan pada aku adalah nasi dagang dia, mana nak cari nasi dagang weh malam malam cam gini untuk dapat makan nasi dagang yang sedap dan berpatutan lak harga dia. Dengan servis yang laju dan tak terlalu mahal memang sesuai sangat kalau bawak seisi keluarga datang ke tempat makan camni. Selain dari ala carte menu gini, ada jugak set menu untuk family dan kawan kawan, ada set ikan siakap sweet sour la, ikan kembung pon ada. 














TASTE: 4 of 5

PRICE RANGE: RM 5.00 - 15.00

OVERALL: RECOMMENDED 

ADDRESS:
E-G-08, Dataran Glomac, Jalan SS6/20A,
Pusat Bandar Kelana Jaya
47301, Petaling Jaya
012-4812084
012-6658164
tamdstall@yahoo.com

Monday, March 14, 2011

RESTORAN PUTERA AYU |PADANG JAWA|

Review seterusnyea aku nak bawak korang semua ke sebuah restoran yang terletak di padang jawa s.alam, for sure kalau korang on the way nak ke padang jawa ni akan nampak restoran ni kat sebelah kanan anda. Apa yang membuatkan aku nak ke restoran ni? aku pon sebelom nak ke sini aku dah buntu nak cari tempat makan, kebetulan aku ni tak pernah missed la rancangan JALAN JALAN CARI MAKAN kat TV3 tu. SO, sebab restoran ni di recommended oleh JJCM so maknanya mesti la sedap, kalau tak jatuh la reputasi rancangan ni yang selalunya akan mencari sebuah restoran yang unik dan lazat.  
Dipendekkan cerita kami datang dari KJ nak ke restoran dan sesampai je ke restoran tu alhamdulillah perkhidmatan parking yang disediakan memang tidak mengecewakan dan sangat memudahkan kami. Jadi kami dapat satu meja ni dan sangat mengejutkan dimana ada la pinggan dan cawan pelanggan sebelumnya kat meja kami, dah panggil 2-3 orang untuk clear table tapi dierang kata "ya" tapi ada kat 10 minit kami buat diam je la selepas dah 2-3 kali panggil dah ilang le semangat nak panggil lagi baru dierang clear table kami. As kami tengok menu yang terhidang and menu dia simple and typical restoran melayu, ok fine so,selain ada food biasa goreng2 ada jugak ikan bakar dierang bakar kat situ dan ada gak lauk hidang ikan siakap kukus ke..sweet sour ke.. ada semua tu, atas rujukan dari rancangan JJCM ni aku tak daye la nak makan ikan siakap sekor ke kan, so, mintak basic food je, kita nak test kedai tu bagus ke idak dari food yang simple pon dah cukup. So, kami order food berlainan semua, semua ada bihun kungfu, bihun ladna, nasi goreng ikan masin, mee hailam, and yang penting aku order TOMYAM and member aku order SUP TULANG, antara food tarikan katanya.  DUKACITA aku maklumkan food sini sangat tak sedap, takde perasaan dalam terms aku la. Bukan ape, tomyam as we know it kene ada basic masam, pedas dan manis, tapi dalam tomyam dia macam makan masak lemak tak pedas pon, and kuah dia sangat cair sama macam sup tulang yang daging daging nya dah direbus siap dan cuma ditambah dengan sup yang baru dimasak? jadi apa rasa daging tu? kosong je la. Then rasa Bihun kungfu and ladna, takde cukup garam ke apa, sayur OVERCOOKED, apa la food camni? Then Mee hailam pulok , mee dia tak rebus dulu and tak terkejutlah kami tak abehkan food kami tadi. :) Owh, kami pon order sotong goreng tepong, dan yang ini yang paling best sekali, bukan main tebal tepong dari sotong, mana  tak sakit ati, kami order plat paling besar tapi kesudahannya yang sampai tepong tu yang tebal :)
Selain dari food, aku tak berapa suke cara servis kedai melayu ni, dah banyak kali sangat kena la, takde sistematik macam satu server ni dia jaga satu area je, ini tak, terabur, sampai order orang pon terabur, yang sakit hati tu air kami dah siap kat station air, dierang dah panggil suruh pickup tapi dekat 8 minit takde sape pon nak amik, bila kami semua dah buat muka baru la nak alert tengok ada ke idak air untuk kami. 
Kesimpulan yang dapat aku buat kat sini, tak semua yang ditayangkan oleh rancangan mencari makanan best tu sedap dan memenuhi selera anak tekak kita. Dalam hal ni perlu jujur jugak dalam mengulas makanan daripada semua benda sedap walaupon tak sedap kena bagi komen yang rasional :) Kalau food base yang simple pun tak terdaya nak handle mohon maap je la. (mata pandang ke atas tangan di atas bahu)

menu card

fresh seafood

embiance

bihun kungfu

bihun ladna

tomyam

mee hailam

mee hailam

sup tulang

nasi goreng ikan masin

sotong goreng tepong (FAILED!)

not worth a plaque

TASTE: 2 of 5

PRICE RANGE: RM 4.50- RM 70.00

OVERALL: KO

ADDRESS:
RESTORAN PUTERA AYU
Lot 34486-2
Jalan Besar Padang Jawa
41300 Shah Alam
Web      : www.puteraayu.com
Phone   : (03) 5513 3759

Friday, March 11, 2011

THE STEAMBOAT KETAM VILLAGE |IKANO|

Korang gemar makan steamboat? kalau korang pernah tengok review aku sebelum ni pasal makan ALL YOU CAN EAT BUFFET kat UMAMI, kalini aku nak bawak korang tengok tengok set ala carte steamboat yang sangat berbaloi untuk korang try. Aku rasa kalau korang familiar dengan ikea and ikano korang mesti akan selalu ternampak restorang ni kat B floor kat ikano tu. Selalunya kalau kita jalan tepi restaurant ni memang akan penuh memanjang, so, sekali tu aku berasa ingin tahu kenapa ramai sangat orang, so, aku try le g makan kat sini ngan ikien, dia ada banyak set steamboat dari range harga RM14.90 sampai ada set RM50++, so, aku try set paling murah sebab cukup la bukan makan ramai ramai pon, tu pon dah sangat berpuas hati, SET NOODLE with CHICKEN SET dia memang banyak and pada aku kalau portion untuk sorang makan sangat berpuas hati la. Standardlah kalau kedai steamboat maknanya kitalah chefnyea jadi kita la yang menokok tambah rasa untuk bagi sedap, sebagai side utk sup dia, dia ada minyak bawang, kicap cair untuk kita bagi flavor kat sup kita selain dari sup ada gak tomyam dan kari. Aku kalau pegi kat area area sini mesti singgah sini untuk menikmati hidangan sihat tanpa minyak :D








TASTE: 4 of 5

PRICE RANGE: RM 15.00 - RM70.00

OVERALL: RECOMMENDED 

ADDRESS:
LEVEL B1, IKANO POWER CENTRE DAMANSARA



RESTREES KOPITIAM |SUNWAY|

Next aku nak bawak korang ke kedai konsep santai dan menu yang menarik. Berkonsepkan kopitiam dalam masa yang sama mengekalkan tradisi budaya satu malaysia dalam restaurantnya. Restrees Kopitiam dekat ngan mentari sunway ni memang jangan korang lepaskan untuk singgah. Bila masuk kedai ni suasana dalam kedai kayu pon ada, bukan takat ada buat makan kat dalam kedai, lepak kat luar kedai pon boleh kalo mereka yang suke isap rokok sambil borak borak tu memang sesuai sangatlah. Pada aku food sini takdelah mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan kopitiam yang lain, jadi aritu aku order bubur nasi and ikien order mee goreng mamak dan sebagai pencuci mulut kami order ubi kayu, tu yang buat tarikan tu, mane tahan ubi kayu rebus tu!!.  Dengan set bubur nasi dia ada ikan rebus goreng 2 ekor, ikan bilis, and kacang, sangat berbaloi lah dengan harga set tu, tak silap aku set tu RM6.90 je tapi banyak and menyelerakan. Then try test tengok mee goreng mamak pulak, yang ni pun cukup cukup masak and takdelah pedas sangat as kengkadang tu pedas tak tentu hala mamak goreng. And lastly kami makan ubi kayu rebus dia, memang empuk dan dihidangkan dengan gula kabung dan sambal bilis, memang aku cicah dengan gula je la, memang geleng kepala dok makan ubi kayu tu. Secara keseluruhan makan kat kedai ni berbaloi lah dengan apa yang kita bayar,tak segan sangat nak recommend kengkawan. 









TASTE: 4 of 5

PRICE RANGE: RM 6.00 - RM15.00

OVERALL: OK 

ADDRESS:
No 12, Jalan PJS 8/10
46150 Bandar Sunway
Petaling Jaya

Tel : 03-5622 2636

RESTREES KOPITIAM |SUNWAY|

Next aku nak bawak korang ke kedai konsep santai dan menu yang menarik. Berkonsepkan kopitiam dalam masa yang sama mengekalkan tradisi budaya satu malaysia dalam restaurantnya. Restrees Kopitiam dekat ngan mentari sunway ni memang jangan korang lepaskan untuk singgah. Bila masuk kedai ni suasana dalam kedai kayu pon ada, bukan takat ada buat makan kat dalam kedai, lepak kat luar kedai pon boleh kalo mereka yang suke isap rokok sambil borak borak tu memang sesuai sangatlah. Pada aku food sini takdelah mahal sag

RESTORAN IMPERIAL MEDINA |KG. BARU|

Ini review terburuk aku setakat ni yang pernah aku pegi makan. Nak dijadikan cerita aku n ikien pegi cari kedai makan la tapi tak tau kemana, so, sekali pegi kampung baru tu ternampak le kedai ni dari jauh dah nampak terang semacam and kedai pon besar and dierang berani letak ayat chinese muslim, aku bila mention chinese muslim biasanya kita assume sedap la. So aku pon masuk le kedai tu, mula masuk je memang la luas tempat dia, and aku perasan ramai yang ada air je kat atas meja, and aku budget dierang sume baru sampai and baru order je la, takpe, so, menu aku aritu ikan bakar , ikan bakar ni leh pilih sendiri ikan dia kat station barang basah dia, ada ikan keli, pari, ikan merah, talapia pon ada. So aku pilih ikan pari untuk dibakar la, kira tempat ni menu lain boleh order ala carte, so, kami order gak kangkung goreng belacan (RM6) and sotong goreng tepung (RM10).
Nak dijadikan cerita lagi, kami tunggu almost 40minit untuk food, selepas 10minit tunggu air, baru sampai ikan pari bakar, kami expect ikan pari tu DIBAKAR la, tapi dierang ingat kami ni bodoh main makan je ke? DIGORENG sudah ikan tu, takkan ikan pari bakar jadi garing kot, yang best tu orang tu leh hanta ikan aje, takde pon nasi ke ape ke, so, ikan tu sampai kami tunggu lagi 10 minit untuk menunggu  kangkung goreng belacan (RM6) and sotong goreng tepung (RM10) tu. Sementara menunggu tu aku tanye la satu abang keje situ, "abang, ikan pari ni goreng ke bakar bang?" brader tu cakap "ikan bakar la tu" , diam je la aku bila aku dengar jawapan dari melayu sorang tu. Time ni mood memang dah out dah, makan kan aje lah food tu, dah rezeki time tu, tapi penat menunggu tu TAK BERBALOI langsung as food sampai bukannyea food hasil tangan cina muslim tapi hasil tangan orang siam yang tak pandai masak pon, sayur goreng belacan macam masak sayur goreng OYSTER and sotong tu paling touching sekali, dengan harga RM10, dia pakai sekor sotong size sederhana and potong ring, pehtu goreng tepung, HARGA RM10 memang tak berbaloi lagi ada hangus lak tepung goreng dia tu, memang malam tu spoil mood trus la.  Ini la dia bila melayu nak niaga, orang nak niaga kita pon nak niaga, tapi bila niaga taknak letak hati dan keikhlasan dalam masakan.





Takde kaler bakar pon, memang leh kenal tu goreng ke bakar


Tengok sotong dia, siap ada hangus lagi

kangkung goreng oyster instead of belacan

TASTE: 1 of 5

PRICE RANGE: RM 6.00 - RM40.00

OVERALL: KO 

ADDRESS:
No. 43, Jalan Raja Abdullah,
Kampung Baru
53100
Kuala Lumpur
03-26943433


Wednesday, March 02, 2011

T.G.I FRIDAY |THE GARDENS|

Bila awal awal bulan macam ni pada aku memang sesuai sangat untuk aku enjoy makan tempat yang mahal sekali sekala yea dak. Pada aku dalam sebulan tu boleh la sekali tu makan sebab penat lelah bekerja tu kengkadang nak jugak rasa kepuasan dalam berbelanja tu. Jadi destinasi pilihan aku pada bulan ni is TGI FRIDAY and aku pilih dekat The Gardens la sebab alang alang aku dekat sana jadi ape lagi, henjutkan aje la ngan kengkawan aku kat situ. Konsep restoran ni casual dining ngan food concept dia macam steak house pon ada, italian pon ada, leh kata western cuisine la. So, bila sampai kedai camni nak la rasa steak dia macamana pegi dia, so aku order New York Strip with blackpepper sauce dan set dia ada option untuk side dish, buleh pilih nak mash potato, chips, brocoli, jagung. Selain dari tu, kiterang pon ada order 

Ribeye Steak with wild mushroom sauceTennessee New York Strip & Shrimp , Sizzling Chicken and Shrimp ,Chicken and Shrimp Diablo. So bila order daging steak ni kami order MEDIUM je masak daging tu, baru la rasa daging tu, kalau mintak well done kang macam makan selipar la pulakkan. Steak menu memang takde masalah langsung dan aku SANGAT BERPUAS HATI dengan cara diarang masak daging tu, memang ikut kehendak la kan, kami mintak medium, bila potong daging tu lembut aje and dalam dia masih lagi PINK, so it is PERFECT. Then rasa plak Chicken item dia, walaupun dierang guna chicken breast, tapi tak kering and lembut je masak dia. And seperti yang member aku cakap, udang kat sini fresh, rasa sikit tengok memang terbaik, rasa kesegaran udang tu ditahap maksima, memang berbeza gila dari dekat VICTORIA STATION yang pada aku sangat MENDUKACITAKAN. Overall SANGAT BERPUAS HATI dan ia sudah setanding TONY ROMAS:) . And the best part is soft drinks is bottomless, maknanyea leh refill sampai perut kembong, so worth to pay la :)




Chicken and Shrimp Diablo



Chicken and Shrimp Diablo



Ribeye Steak with wild mushroom sauce



Ribeye Steak with wild mushroom sauce



New York Strip with blackpepper sauce

New York Strip with blackpepper sauce

Tennessee New York Strip & Shrimp



Sizzling Chicken and Shrimp



New York Strip with blackpepper sauce

New York Strip with blackpepper sauce


TASTE: 5 of 5

PRICE RANGE: RM 35.00 - RM 60.00

OVERALL: HIGHLY RECOMMENDED

ADDRESS:
Lot F226B, 1st Floor, The Gardens Mall
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
Malaysia.
tel: 03 - 228 77611




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...