Friday, March 11, 2011

Widgets

RESTORAN IMPERIAL MEDINA |KG. BARU|

Ini review terburuk aku setakat ni yang pernah aku pegi makan. Nak dijadikan cerita aku n ikien pegi cari kedai makan la tapi tak tau kemana, so, sekali pegi kampung baru tu ternampak le kedai ni dari jauh dah nampak terang semacam and kedai pon besar and dierang berani letak ayat chinese muslim, aku bila mention chinese muslim biasanya kita assume sedap la. So aku pon masuk le kedai tu, mula masuk je memang la luas tempat dia, and aku perasan ramai yang ada air je kat atas meja, and aku budget dierang sume baru sampai and baru order je la, takpe, so, menu aku aritu ikan bakar , ikan bakar ni leh pilih sendiri ikan dia kat station barang basah dia, ada ikan keli, pari, ikan merah, talapia pon ada. So aku pilih ikan pari untuk dibakar la, kira tempat ni menu lain boleh order ala carte, so, kami order gak kangkung goreng belacan (RM6) and sotong goreng tepung (RM10).
Nak dijadikan cerita lagi, kami tunggu almost 40minit untuk food, selepas 10minit tunggu air, baru sampai ikan pari bakar, kami expect ikan pari tu DIBAKAR la, tapi dierang ingat kami ni bodoh main makan je ke? DIGORENG sudah ikan tu, takkan ikan pari bakar jadi garing kot, yang best tu orang tu leh hanta ikan aje, takde pon nasi ke ape ke, so, ikan tu sampai kami tunggu lagi 10 minit untuk menunggu  kangkung goreng belacan (RM6) and sotong goreng tepung (RM10) tu. Sementara menunggu tu aku tanye la satu abang keje situ, "abang, ikan pari ni goreng ke bakar bang?" brader tu cakap "ikan bakar la tu" , diam je la aku bila aku dengar jawapan dari melayu sorang tu. Time ni mood memang dah out dah, makan kan aje lah food tu, dah rezeki time tu, tapi penat menunggu tu TAK BERBALOI langsung as food sampai bukannyea food hasil tangan cina muslim tapi hasil tangan orang siam yang tak pandai masak pon, sayur goreng belacan macam masak sayur goreng OYSTER and sotong tu paling touching sekali, dengan harga RM10, dia pakai sekor sotong size sederhana and potong ring, pehtu goreng tepung, HARGA RM10 memang tak berbaloi lagi ada hangus lak tepung goreng dia tu, memang malam tu spoil mood trus la.  Ini la dia bila melayu nak niaga, orang nak niaga kita pon nak niaga, tapi bila niaga taknak letak hati dan keikhlasan dalam masakan.





Takde kaler bakar pon, memang leh kenal tu goreng ke bakar


Tengok sotong dia, siap ada hangus lagi

kangkung goreng oyster instead of belacan

TASTE: 1 of 5

PRICE RANGE: RM 6.00 - RM40.00

OVERALL: KO 

ADDRESS:
No. 43, Jalan Raja Abdullah,
Kampung Baru
53100
Kuala Lumpur
03-26943433


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...