Monday, February 13, 2017

POPPO KANTEEN @ CHERAS

Korang teringin makan nasi lemak tapi nak nasi lemak yang ada pelbagai jenis lauk yg korang boleh pilih? Ha ni ada option untuk korang try nasi lemak yang lain macam sedap dia dan ada banyak gila pilihan nasi lemak dan makanan makanan yang lain!. Bila ditanya if food kat sini halal ke tidak, owner cakap food sini halal. Jadi memang terus masuk and rasa la restoran ni sebab tengok dari luar memang penuh aje. 


Diinspirasikan dari sebuah sekolah di Batu Pahat Johor, mereka cuba bawak kelainan dengan membawak konsep makanan di kantin dan dihidangkan dengan harga yang berpatutan dan makanan yang lazat. 

Meja didalam restoran pon ada ala ala kantin sekolah

Sebahagian menu nasi lemak yang ada

Nasi lemak favorite iaitu nasi lemak ayam goreng berempah. Sangat sedap!

Yang ni lagi sedap! Nasi lemak rendang perut lembu, memang terbaek dengan kelembutan perut tu dan rasa rendang yang sedap konpom macam nak tambah lauk lagi!


Selain nasi lemak, korang boleh order menu lain yang  sangat banyak kat sini, jadi kita try Kuey Teow Cantonese dia. Ini pon sedap, ada rasa bijan dan bawah putih yg cukup untuk membuka selera korang.  

Kalau korang nak lepak2 lama kat kedai ni, ada jugak snek yang korang boleh enjoy seperti ni, macam ayam goreng BoB / Shihlin yg dihidangkan dengan fries. Jadi lah buat lepak2 buang masa kan :)


Sebagai penutup kami order roti boom susu, sangat la sedap dan lain dari roti boom kat mamak sebab roti yang ni sangat ringan dan flaky, cukup manis berlemak buat korang senang hati :)


Poppo Kanteen ni jugak ada tarikan pada air dierang, ada pelbagai jenis air! yg ni Coco dinosor (mix milo dan koko) dan air asam boi. Selain dari tu, dierang ada Teh Tarik Telur setengah masak, tak berani nak ambik takut muak sebab telur setengah masak tu masuk dalam teh tarik tu, tapi pasti kedatangan kedua akan ambil air tu nak rasa. Selain tu ada jugak kopi dengan butter, teh tarik dengan butter, maksudnya dierang letak seketui butter dalam air tu, so rasanya mesti berlemak la kot. Pon akan cuba rasa next visit nanti. 

Secara keseluruhannya food kat sini sangat sedap dan ikhlas. Cukup rasa dan nasi lemak dia sangatlah sedap dan berbaloi. Korang mesti datang! :)

RASA: 4 / 5
HARGA: RM4.00-RM20.00/person
ALAMAT:
No. 26, Jalan Manis 4, Taman Segar, 56100 Cheras, Kuala Lumpur.

Wednesday, February 01, 2017

SUSHI JIRO @ SUNWAY PYRAMID

Korang penggemar makanan Jepun terutamanya Sushi? Dah bosan dengan restoran restoran Jepun yang dah lama ada kat Malaysia ni? Ha ni kita ada restoran Jepun berasaskan Sushi yang terletak di Sunway Pyramid yang buatkan korang mesti nak try punya. 


Restoran terletak di level bawah area Marakesh dan sangat senang nak jumpa sebab Marakesh area tu takde la besar sangat pon.  


Di Sushi Jiro ni dia tak ada color plate dengan harga yang berbeza beza, disini harga satu plate sushi adalah RM3.38 satu plate. Tapi jika korang makan lebih dari 5 plate, satu plate akan jadi harga RM2.99! Sangat murah!!!!. Mungkin korang ingat RM2.99 tu mesti takat bagi sushi murah2 sahaja, tapi salah!!! satu plate termasuk Unagi (belut), Salmon Belly yang selalunya mahal tu pon dalam menu. Kuantiti mungkin sedikit kecil tapi sangat berbaloi la sebab kita cuma perlu bayar RM2.99 untuk satu plate. 


Antara yang dicuba disana, tengok size memang ok sangat dengan apa yang dihidang tu sangat puas hati dan rasa dia pon lagi sedap dari Raja Sushi. 


Apa yang menarik perhatian tu adalah mesin penghantar makanan yang datang betul betul dihadapan meja korang, ini order sushi yang tak ada atas conveyor belt tu. 


Memang kaw kaw la makan sushi dia sudahnya sebab memang banyak pilihan yang best2 buat korang mesti akan ambil banyak punya.


Korang kalau taknak makan sushi, ada jugak pilihan Ramen yang korang boleh try dengan harga yang sangat berbaloi. 

 Chicken Bone Broth Ramen

Yang ni sangat sedap sebab sup dia rasa miso, dan jugak seaweed yang banyak. Rasa sup dia sangat segar dimakan dengan mee yang kenyal. 

Spicy Miso Ramen

Yang ni untuk mereka yang suka makan pedas, sebab campuran miso dengan chili paste dia buat korang nak hirup je sup dia yang pedas pedas sedap ni. 


Secara keseluruhan Sushi Jiro adalah destinasi restoran jepun korang kalau yang teringin makan sushi dengan harga plate semua standard sahaja dan korang akan rasa sangat berbaloi makan sini. Looking forward untuk datang balik ke sini. 

RASA: 4 / 5
HARGA: RM3.00-RM50.00/person
ALAMAT:
Sushi Jiro @ Sunway Pyramid
LG 2.122
Sunway Pyramid Shopping Mall
No.3, Jalan PJS 11/15,
Bandar Sunway 46150,
PJ Selangor

LUNCH MAKAN MANA?: CHEAP LUNCH EVERYDAY


Satu lagi pilihan untuk mereka yang ingin makan time lunch di office tapi sangat malas untuk keluar atau masak dari rumah. Satu cara lagi untuk anda berjimat dan tak perlu pikir nak makan mana time lunch. :) 

Food delivery kalini nama dia CHEAP LUNCH EVERYDAY dimana dengan hanya RM5 satu hari, korang akan dapat set nasi berlauk dengan sayur dan air masak. Tak perlu pening2 kepala dah, penghantaran adalah percuma tetapi mempunya minimum order 3 set jadi boleh lah kawtim dengan kawan kawan office untuk join sekali berjimat :)


Menu akan diletakkan di FB dan IG page dierang setiap hari khamis untuk menu seminggu yang akan datang dan ini sangat membantu kita untuk merancang dan mengetahui apa yang kita akan makan untuk minggu seterusnya. Menu diatas adalah contoh yang kami cuba eksperimen untuk seminggu. 

Ikan masam manis dengan sayur kacang panjang

Ayam masak merah dan sayur kobis

Nasi Goreng Tomyam dengan telor mata

Nasi Ayam Claypot

Nasi Lemk Ayam Rendang

Ayam Penyet

Secara keseluruhan food yang dihantar kepada kami sangat berpuas hati dengan cukup rasanya dan kuantiti makanan yang cukup2 untuk makan tengahari. Makanan yang dihidangkan itu membuatkan kita berfikir jika RM5 tu balik modal ke sebab memang mengenyangkan dan sedap. Tapi pada saya jika ada kekurangan sana sini pon tetap tak rasa ralat sebab dengan RM5 kita sudah mendapat makan tengahari yang lengkap diwaktu kerja. Menjimatkan dan mengenyangkan. 

Diharap CHEAP LUNCH EVERYDAY sukses dimasa hadapan dengan menu menu yang lebih menari dan terus memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan mereka. 

RASA: 4 / 5
HARGA: RM5.00-RM15.00
FB: cheapluncheveryday
IG: cheapluncheveryday
Aida: 016-3442364 Whatsapp/Call
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...