Tuesday, January 24, 2017

BULGOGI BROTHERS @ PARADIGM MALL

Korang selalu tengok drama korea tak? pernah teringin makan grill daging macam kat tv tu? Kebanyakan restoran korea di Malaysia ni non halal sebab daging grill ada babi. Tapi yg ni akan buat korang nak datang dan makan macam orang korea. Selalunya nak makan korean grill yang segak2 tu susah nak ada buffet. Tapi Bulgogi Brothers sekarang buat perubahan dengan adanya ALL YOU CAN EAT KOREAN BUFFET dengan harga yang berpatutan dan UNLIMITED daging lembu/kambing/ayam untuk korang makan sampai kembung perut. 



MaekJeok (Chicken skewer) sangat sangat sedap dan jugak mandu yang memang baik!

TTeokpokki sangat lembut dan cukup2 pedas saja

BibimGuksu (Spicy Cold Noodles) ini korang akan selalu nampak depa makan dalam drama, mee dihidang sejuk dan telur diatas. Rasa sos yang pedas dan sangat sedap!

Kimchi Jigae adalah sup pedas rasa kimchi yang best (rasa ala ala asam pedas)

Sekali dihidangkan banyak ni tapi boleh mintak berulang kali. Sekali hantar tu bergantung kepada berapa orang makan la, kalau 2 orang makan sekali dia hantar sikit2 camni aje.

Masak sendiri dan korang akan feeling feeling macam orang korea la :)

Salad yang banyak camni kena extra charge dalam RM3 tapi lepas habes leh topup selagi kita nak. Korang boleh balut grill daging/ayam/kambing dalam salad ni and suap terus, terus jadi orang korea! 

Secara keseluruhan food sangat sedap dan inisiatif untuk buat buffet ni mampu menarik orang untuk singgah ke Bulgogi Brothers untuk rasa food mereka yang lain dari restoran korea yang biasa biasa tu. Selamat mencuba! :)

RASA: 4 / 5
HARGA: RM45.00++/person
ALAMAT:
Kelana Jaya GB-13 & 13A, 
Level G, Paradigm Mall. 
No.1, Jalan SS7/26A, 47301 
PJ








Monday, January 23, 2017

NY STEAK SHACK @ SUNWAY PYRAMID

NY Steak Shack mungkin menjadi restoran pilihan korang yang mahukan western food dengan bajet yang minimal dan sedap. Ada beberapa cawangan NY Steak Shack ni tapi tumpuan kalini kat Sunway Pyramid. Tahun 2017 diarang keluarkan menu menu baru dengan lebih set dan harga yang berpuas hati untuk semua. Memang puas hati makan kat sini dengan daging yang sangat lembut dan sauce blackpepper pon terbaik serta layanan dari staff yang buat korang rasa sangat selesa. 



 Mushroom Soup

 Lamb Olio Pasta

 Sizzlin' BC (Beef+Chicken)

Smokin' CL (Chicken+Lamb)

RASA: 4 / 5
HARGA: RM15.00-RM40.00/person
ALAMAT:
NY Steak Shack @ Sunway Pyramid
LG 2.45&2.46, LG2
Sunway Pyramid Shopping Mall
No.3, Jalan PJS 11/15,
Bandar Sunway 46150,
PJ Selangor

Thursday, January 05, 2017

LUNCH MAKAN MANA? : THE SHROOMS FOOD ATTACK


Korang nak makan lunch time keje tapi malas nak tinggalkan ofis? Korang malas nak makan luar takut tak bersih tapi malas nak masak bekal? Jangan risau sebab sekarang ni banyak yang dok buat food delivery terus ke ofis korang dan kali ni kami try makan dari new comers dalam industri food delivery ni iaitu The Shrooms Food Attack. Base dierang adalah di lembah klang dan membuat penghantaran di KL dan Selangor buat masa sekarang. Range price pengenalan adalah dalam RM 8 ke RM 15 bagi korang korang merasa sendiri air tangan bekas pensyarah kulinari yg hebat di pulau mutiara ini. 

Baru start business 4/1/17, mereka menawarkan 4 menu kepada pelanggan dengan fokus utama untuk orang ramai mengenali food mereka. Jadi kami try 2 jenis makanan dari menu tersebut.



Untuk pengenalan The Shrooms post menu mereka satu hari sebelom delivery untuk test market dulu. Tapi bermula minggu hadapan mereka akan post menu seminggu terus bagi memudahkan pesanan awal dari customer mereka. 

Beef Bulgogi + Calrose Rice + Mushroom Fritters

Nasi Putih + Kembung Berlado + Masak Lemak Kobis + Timun Sambal Belacan

Nasi Putih + Ayam Masak Lemak + Sayur Campur + Timun Sambal Belacan

Packing yang digunakan



Akaun Instagram dan FB The Shrooms Food Attack korang boleh follow untuk dapat update terkini

Secara keseluruhan makanan yang dihidangkan adalah sangat dekat dengan citarasa orang kita dan jugak mereka yg mempunya banyak mix dalam darah mereka. Berbaloi dan puas hati dengan harga yg di offer. Jangan kita mengharap rasa restoran 5 bintang yea tapi memang berbaloi untuk makan tengahari ok. 

Ini projek yang masih baru dan dengan apa yg dihidangkan insyaallah boleh pergi jauh. Semoga maju jaya.

RASA: 4 / 5
HARGA: RM8.00-RM15.00
FB: The Shrooms - Food Attack
IG: Theshroomsfoodattack
Iqbal: 012-2318715 Whatsapp/Call

Wednesday, January 04, 2017

LUNCH MAKAN MANA? : LONGHORN STEAKHOUSE CURVE

Korang kadang kadang buntu tak nak lunch mana time keje? Korang boleh try datang makan kat sini sebab dierang pon ada menyediakan lunch set untuk korang dengan harga yang berbaloi. 

Kami makan set paling murah dengan harga RM19.90 (exc GST) dan pilihan adalah burger. Walaupon burger tapi burger dia sangat puas hati dengan size yang besar, daging yang juicy dan sangat berbaloi untuk mengenyangkan kita waktu tengahari. 


Selain dari burger, kami jugak ada try Country Fried Mushroom Chicken dengan harga RM23.90 (exc GST), ayam cukup2 masak dan sos mushroom dia memang terbaik dan sangat ngam dengan ayam tu. 

Ada special jugak kat Longhorn ni ialah free flow soft drinks dan free flow roti dan butter yg dihidangkan panas2! Dierang akan bake to order roti ni jadi ambil masa sikit tapi sekali hantar roti cukup untuk setiap sorang yg datang. Jadi free flow tu sangat membantu korang kenyang baring punya.







RASA: 4 / 5
HARGA: RM19.90- RM45.00
ALAMAT:
G88B, Ground Floor, The Curve. 
Jalan PJU 7/3. Mutiara Damansara, 
47810 Petaling Jaya Selangor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...