Post pertama untuk tahun 2015! Lama betul tak post kat sini sebab kesibukan keroje! Ok, so post pertama selalunya mesti yang manis manis, so meh kita hadap bubur bubur yang sedap! Gerai bubur ni terletak kat medan selera Mydin USJ, korang takkan terlepas kedai ni sebab dia dekat ngan entrance ke medan selera tu.
Hanya bermodalkan minimum RM4, korang leh dapat pelbagai jenis bubur seperti bubur jagung, gandum, kacang hijau, nangka dan macam macam lagi lah. Tapi yang betul betul killer kat gerai ni adalah bubur durian dia pada harga RM5 sahaja.
Bubur durian ni akan dihidangkan dengan pilihan pulut atau roti. Dan pilihan masa ni memang nak try dengan pulut la dan memang terbaik pulut dia lembut dan bubur dia sangat sedap. Rasa durian yang pahit dan cukup lemak manis dia buat korang akan geleng kepala bila dok makan bubur ni.
Yang ni bubur pulut hitam pon tak kurang hebat dia, kepekatan dan lemak cukup manis memang menambat hati korang yang datang. Seperti bubur masak kat kampung dan korang takkan menyesal datang ke sini!
RASA: 5 / 5
HARGA: RM4 - RM5
ALAMAT: G47, Ground Floor, Mydin Mall USJ, Lot No 675-676, Persiaran SUbang Permai USJ 1, 47500 Subang Jaya. Selangor