Friday, November 22, 2013

MANCONGKAM CHICKEN RICE @ JALAN GOMBAK BATU 4

Salam geng! Ok, kalini aku nak share ngan korang sebuah restoran ni, Mancongkam nama dia yang mana speciality dierang adalah nasi ayam! Apa yang bezanya nasi ayam dierang ngan nasi ayam lain diluar sana? Meh sini kita rungkaikan! ha gitu!. Aku mula kenal restoran ni bukan kat Jalan Gombak tapi kat Shah Alam Seksyen 7 belakang Unisel sekarang ni. Time tu balik dari kelas terus g sini makan nasi ayam ni tak pon singgah mamak hakim yang tak jauh sangat dari restoran tu sebab selalu penuh aje. So aritu aku ngidam nasi ayam ni terus ke shah alam dan ronda ronda situ rupanya dah tutup la pulak restoran dia yang branch tu dan terpaksalah kol nombor henpon restoran ni yang leh dapat kat internet tu. So secara rasminya dah tutup dan ada satu je restoran dia kat Jalan Gombak Batu 4 dan aku redahkan jugak demi sesuap nasi :p


Nin dia restoran dia, macam aku cakap tadi, apa yang specialnya nasi ayam dia adalah pada ayam dia sendiri dimana dia ada dua jenis iaitu ayam goreng biasa, dan lagi satu ayam yang digoreng garing yang mana memang mendapat perhatian dan order paling laris adalah yang garing tu la. Susah nak dapat tempat jual nasi ayam yang sediakan ayam goreng garing ni, dan setahu aku Mancongkam ni je yang ada rasanyalah, tak tau le kot korang ada tempat lain, leh share2 gak kan :).


Menu dia tak banyak sangat dan sangat straight forward mana food base dia semua yang simple2 dan berasaskan ayam kecuali air minuman lah.


Ok, yang ni set nasi ayam dia yang memang fast selling kat restoran ni , set dia sekali ngan sup, sos cili (cili dia macam sos keropok lekor) bersama nasi ayam dan set ayam garing la. Macam biasa kalau g gerai nasi ayam camni mintak je parts ayam yang kita nak dan aku akan mintak bahagian thigh sebab dada agak kering bila digoreng garing.


Apa yang best jugak dengan set kat Mancongkam ni adalah sup dia, sup dia ni pelbagai guna gak sebab leh guna untuk menu sup ayam dia dan yang lebih menariknya sup dia ni adalah kurang berminyak dan dierang letak cili padi untuk merasa sedikit kepedasan pada sup tu dan itu pada aku signature kepada mancongkam ni sebab kombinasi tu sangat serasi.


Korang tengok ler ayam dia nie, memang nampak kegaringan dia dan menurut berader kaunter kat sini cakap bila orang order ayam garing tu baru dia masukkan dalam kuali ayam yang dah disiap goreng biasa tu, so secara tak langsung ayam tu panas dan garing sebelom dihidangkan kepada pelanggan.Jadi rugi tak try ni dan korang akan berpuas hati kat sini.

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM5-RM20
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: 299, Jalan Gombak, Batu 4 3/4, 53000 Gombak, Kuala Lumpur
TEL: 016 3958657

Thursday, November 21, 2013

THE CUP | PUBLIKA SOLARIS DUTAMAS |

Korang dah biasa makan makanan korea? Yea la sejak K-POP melanda Malaysia ni takkan taknak rasa makanan yang Super Junior, Big Bang, 2ne1, ataupun geng2 Running Man selalu makan yea dak? Ok, sebelum ni selalu gak aku dok post tempat makan fud2 dari sana, ada yang best, ada yang tak best, kalini aku nak tambah koleksi tak best aku (*ini mengikut citarasa saya, mungkin berbeza dari citarasa mereka yang lain ). Nama tempat ni THE CUP kat Publika Solaris Dutamas yang mana dierang cuba untuk stylo-kan makanan snek orang korea kat malaysia ni dengan letak food tu dalam bekas macam chinese fud tu dan yang pasti ia adalah HALAL. Ha meh nengok fud dia sedap ke idok! :p 

 

Ok, kat sini dierang mempertaruhkan makanan snek yang simple simple kat sana macam ram yun (ramen), ada nasi ngan ayam bbq or daging, dan yang menjadi tumpuan adalah Tteokbokki iaitu tepung beras bentuk macam kepok lekor tu dimasak dengan sos pekat cili paste yang pedas. Kat korea n mana mana restoran atau gerai2 akan ada menu ni dan menjadi menu yang sangat digemari oleh mereka disana. 

 

So xnak cuba benda pelik2 kami order yang simple je dan yang recommended je.So amek signature dish dia Spicy Tteobokki dan yang menarik perhatiannya adalah packaging dia, sangat menarik dan mampu membuat orang benti untuk mencobanya.


Ok, so bila dah beli kena la test power ke idak. Secara jujurnya fud n sangat FAIL dan rasa pon tak sedap mana pon,mulakan dengan sos dia, cair dan tak pedas langsung walhal dah nama dia SPICY, dan tak dilupai Tteobokki tu sendiri yang sepatutnya makan kenyal, jadi sangat lembik seperti dah direbus lama dan disimpan tunggu orang order aje. Selalunya ada macam fishcake dan sosej dalam ni tapi kuantitinya sangat sikit dan yang banyaknya hanya bawang. Mungkin harga bawang tengah murah kot sampai dierang letak bawang lebih dari tteobokki tu. Sangat mengecewakan dan aku takleh bayangkan untuk mencoba food lain kalau basic ni pon dierang tak lepas. So tempat ni sangat tak di recommend kepada geng2 yea :) Tapi kalau nak rasa dan buktikan yang aku salah or what silakan dan sekali lagi aku nak cakap ini ikut citarasa aku untuk panduan masing2... jangan sampai suruh aku dok g keje sana sudah lah! :)

TASTE: 2 of 5
PRICE RANGE: RM15- RM20
OVERALL: NOT RECOMMENDED
ADRESS: Publika, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Wednesday, November 20, 2013

PAK JOHN STEAMBOAT | E@CURVE MUTIARA DAMANSARA |

Steamboat!!! Ok aku antara penggemar steamboat yang tegar dan kalini dierang bukak satu dekat dengan opis aku which is E@Curve. Pak John Steamboat all you can eat dinner buffet!! Untuk pengetahuan semua, Pak John Steamboat ni Halal yea. Meh nengok sikit ape benda yang dierang ada kat sini.


Sempat amek gambor kedai dierang sebelom operasi, Kawasan yang luas dan selesa, dierang bukak kat Lower Ground Floor dan memang puas hati la dierang dapat lot kedai besor kat situ. 

 

Kebetulan masa aku pegi tu ada promotion 2 for 1 promotion dan kalau takde promotion pon price dia sangat berbaloi dengan apa yang dierang hidangkan untuk all you can eat kat situ. Dinner buffet start kul 6 sampai 10malam, leh duk kat situ sampai bengkak. 


Memang banyak pilihan kat sini, dari sayur2 dia, fishball dia, seafood pon ok,cuma mungkin hari pertama dia bukak so pilihan seafood agak limited tapi kalau tengok pada menu patut ada macam2 lagi, so masa kami datang tu ada sotong, siput buluh, udang, dan siput je sebagai pilihan makanan laut dia, aku mengharapkan nanti dierang akan letak salmon, ketam dan seafood lain sebb tu semua ada dalam menu dia. Dan kalau korang nak makan daging, daging lembu dan kambing juga disediakan korang cuma perlu mintak kat kaunter daging je. Yang bestnya periuk dia ada grill jugak dan non stick, so sangat best untuk grill daging kat situ. 


Lupa nak bagitau, ada dua pilihan sup, sup ayam dan sup tomyam, so kepada yang suka pedas leh pilih tomyam sebab memang cukup pedas dan kalau tak cukup pedas lagi pencicah untuk stimbot ni dah cukup pedas utk memuaskan nafsu pedas anda.


Selain dari pilihan makanan untuk stimboat, ada gak makanan goreng2 seperti nugget, fish cake, nasi goreng, bihun goreng pon ada, dan tak dilupai ada pencuci mulut turut disediakan iaitu sofr icecream ada pilihan coklat dan grean tea atau kedua duanya sekali, ada gak ice cream potong pelbagai pilihan.

Secara kesuluruhannya sangat berpuas hati makan kat sini dan sangat sesuai untuk melepak bersama kawan kawan dan bersama keluarga kerana korang ada banyak masa untuk bersembang sembang sementara menunggu food tu siap masak. Jadi apa lagi, meh datang kesini dan makan2 :)

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM28+ /Person
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Lot LG-13A & LG-15, Lower Ground Floor, Ecurve.No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...