Sunday, June 03, 2012

UMAMI STEAMBOAT SET LUNCH (MON-THU) |SUNWAY|

[RESTAURANT CLOSED]
Update Information: 18 APRIL 2013

Esok orang dah kerja balik, monday blues katanya. Tapi bila lunch time orang semangat sikit sebab nak pegi makan. Jadi korang dah plan nak makan mana? kalau korang berada berdekatan dengan Sunway Mentari, korang patut pegi makan kat Umami Steamboat House, bukan untuk makan steamboat tapi makan set lunch dierang dari pukul 11am-2.30pm. Apa yang menarik? dengan harga serendah set nasi RM6.90 korang leh makan nasi goreng, telor mata dan ayam (size sederhana) dan korang leh makan ais krim, buah2, dan air berperisa sebanyak mana korang mampu sampai kembung. 


Ni set menu yang korang boleh pilih, bukan main banyak range food yang dierang sediakan. Bukan setakat ada nasi, kalau korang diet tak nak makan nasi, ada gak set mee untuk dipilih.


Ni ais krim yang korang boleh makan tanpa henti, ada dalam 8 perisa untuk dinikmati.


Buah buahan dan air free flow disediakan dengan bayaran serendah RM6.90, bukan main puas hati lagi.


Ni Umami Chicken Chop Rice with Thai Sauce. Portion besar dan rasa ayam yang cukup masak dan sos thai yang sedap. 


Tom Yam fried rice ni pon puas hati sebab portion dia besar dan rasa pedas nasi ni memang menaikkan selera si pemakan dengan seafood dan ayam pon ada dalam ni.


Yang ni aku makan, BBQ sauce Chicken Wing Rice, ayam dia bagi 6 ketul dengan nasi dan telor mata sekali dengan harga RM6.90, ape lagi yang korang nak? 


Yang ni pulak Cantonese Style Fried Horfun with fish fillet. Ini sangat sedap, memang terasa chinese stlye pada food ni dengan rasa bijan dan ikan yang banyak memang menambat hati lah.

Pada aku Umami Steamboat adalah tempat makan yang tak patut korang missed sebab dierang ni tak kedekut. Kenapa aku cakap camni? sebab selalunya sesetengah restoran tu kalau buat lunch set tu dengan harga murah, food pon reduce dan portion pon kecik aje, tapi kat sini, dierang betol betol nak bagi korang kenyang dan lengkap dengan rasa dan portion yang banyak. Pada aku sesuatu yang rugi kalau korang tak mencuba tempat ni.

TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM6.90 - RM10
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: 12 A (ground floor0, Jalan PJs8/17, Dataran Mentari, PJ, Selangor

Saturday, June 02, 2012

POMMES FRITES BISTRO |SUNWAY PYRAMID|

Korang selalu tak pegi sunway pyramid? ok camnie, kengkadang tu kita lapa tu bukannya nak makan benda benda berat macam nasi ke fastfood ke pe, tapi nak makan macam snek gitu, Terletak kat Asian Avenue level atas Sunway, korang akan perasan restoran ni yang jual fries camni makan dengan aneka sauce :)


Ini sebahagian menu yang disediakan dan kita boleh pilih dip apa yang kita nak untuk fries kita tu. Menarik bukan?tapi tak bestnya kita tak tau rasa setiap dip tu sebab takde untuk testing, jadi kita akan sedikit lama kat menu dip dia aje, walaupon ada panduan mana satu yang sedap, tapi lidah yang menentukan, tu sedikit kekurangan pada list dip dia yang ada.


Fries dia buat memang make to order, jadi once korang order baru ler dierang goreng dan korang akan dihidangkan dengan fries yang panas la :)


Ruang yang luas sebab kedai dia ambik pot baik punye leh nampak sunway lagoon lagi tu.



Kami order dengan dip cheese, tapi malangnya sangat mengecewakan sebab cheese dia rasa tepung yang sangat kuat dan rasa cheese tu sikit sangat dan dah macam makan roux aje. Seriusly tak seperti yang aku harapkan bagi sebuah kedai yang specialist dalam menjual benda camni aje.


Secara keseluruhan, pada aku boleh datang makan sekali aje lah (pendapat aku aje), kecuali semua kedai kat Sunway Pyramid tu tutup dan kedai ni aje yang bukak aku memang takde choice selain dari makan sini. Kepada yang gemarkan kentang goreng, ini bukan tempat yang sesuai. Sekian.

TASTE: 2 of 5
PRICE RANGE: RM5-RM8
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: F1. AV196, Asian Avenue, Sunway Pyramid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...