Monday, April 30, 2012
Sunday, April 29, 2012
APAM BALIK SEDAAAP |KAMPUNG BARU|
Apam balik ni memang common food kalo kat pasar malam mahupon time bulan puasa kat bazar ramadhan. Tapi kengkadang tu rasa macam kita craving untuk food food macamni. Jadi kebetulan aku datang sini untuk makan Nasi Ayam Gerai Ah Kow, lepas makan nasi ayam tu craving nak dessert lak, kebetulan hujan tu nampak ler gerai betol betol depan food court ni ada jual apam balik dengan seri gandus sekali.
Ini lah hasil sri gandus yang hampir siap dimasak, pada aku dough dia sangat sedap sebab tak bertepung sangat macam kat gerai lain yang kengkadang tu rasa tepung dia sangat kuat dan terlampau keras isi nya. Tapi yang ni memang terbaik, lembut pada tepung dia dan isi nenas yang sangat asli dan x berapa manis, ia sangat sedap kalau dimakan time suam suam (kalau panas sangat nanti melecur mulut).
Selain dari itu, aku pon ada order apam balik, sebab tgk dia buat sri gandus tu macam memberahikan aje, so order gak, tapi yang ni mintak apam balik jagung aje, tengok pada cara dia sediakan apam balik ni memang tak kedekut langsung, brader tu main bubuh aje semua inti dia dan sangat banyak.
Tengok aje pada gambar tu, memang sangat sedap apam balik dia ni, manis cukup, lembut tepung dia cukup, memang perfect untuk korang cari buat makan petang korang. :)
Dalam hujan hujan cenggini aku redahkan jugak sebab nengok ramei jugak yang dok repeat datang gerai brader ni. Menurut sumber dari pakcik yang dok lepak kat kedai tu berteduh dari hujan, dia cakap susah nak cari sri gandus yang sedap nowadays. Dengor cakap camtu tu yang terus dok cuba tu, dia ada dua flavor kat sini, nenas dan kacang merah. Untuk pengetahuan umum jugak, nenas dan kacang merah ni brader ni buat homemade, tak beli paket punya.
Ini lah hasil sri gandus yang hampir siap dimasak, pada aku dough dia sangat sedap sebab tak bertepung sangat macam kat gerai lain yang kengkadang tu rasa tepung dia sangat kuat dan terlampau keras isi nya. Tapi yang ni memang terbaik, lembut pada tepung dia dan isi nenas yang sangat asli dan x berapa manis, ia sangat sedap kalau dimakan time suam suam (kalau panas sangat nanti melecur mulut).
Selain dari itu, aku pon ada order apam balik, sebab tgk dia buat sri gandus tu macam memberahikan aje, so order gak, tapi yang ni mintak apam balik jagung aje, tengok pada cara dia sediakan apam balik ni memang tak kedekut langsung, brader tu main bubuh aje semua inti dia dan sangat banyak.
Tengok aje pada gambar tu, memang sangat sedap apam balik dia ni, manis cukup, lembut tepung dia cukup, memang perfect untuk korang cari buat makan petang korang. :)
TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM2-RM3
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Bertentangan dengan Medan Selera, Lorong Raja Muda, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Thursday, April 19, 2012
MOF JAPANESE CAFE |SUNWAY PYRAMID|
Korang ada selalu pegi Sunway Pyramid? kadang kadang tu aku pun jadi blur nak makan ape kat sana dah walaupon banyak restoran kat situ (alasan sebab takde duit). Jadi sekali tu jalan jalan dalam tu jumpe restoran ni, MOF JAPANESE CAFE berkonsepkan Japanese cuisine dengan harga yang sangat berpatutan.
Restoran dia simple aje, tapi list menu dia sangat berpuas hati dan ada gak set sekali dengan air semua pada harga RM16 dah leh dapat set nasi, miso sup, buah dan satu choices air. Berbaloi la kan?
Interior restoran ni memang simple sebab konsep cafe aje pon tapi food dia pelbagai jenis sampai homemade icecream pon dierang ada.
Yang aku suka kedai ni sebab seat dia yang camni, aku memang suka kalo makan camni, kaki leh melunjor ke depan, lek aje, macam kat rumah.
Ni set yang aku makan tu, set nasi dengan japanese chicken curry, sangat best sebab selalukari kita tau dari india tak pon ada gak dari thai kan, ni dari jepon, memang ni first time gak aku rasa, memang sangat sedap kot, takde lah kari dia sepedas cam makan kari mamak, tapi dia ada heat kat kari ni, tak terlalu pedas dan tak terlalu berlemak, tak tau sangat nak terangkan tapi sangat sedap dengan nasi ketul ketul cantik gitu sebab dierang guna beras sama untuk sushi jugak, sangat sedap.
Untuk sampingan kami order gak california roll dan sushi unagi dia. Memang standard sushi mane mane pon sama jer, just nice kalo korang craving food jepon dengan harga yang berpatutan.
Dan tak dilupai desert la, ni kami try green tea dan jugak durian ice cream dia, memang best la sebab aku memang suke makan ice cream dan ini tak mampu untuk ditahan lagi :)
TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM5- RM30
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Sunway Pyramid, Level 3
Friday, April 13, 2012
NEW YORK DELI |ONE UTAMA DAMANSARA|
[RESTAURANT CLOSED]
Update Information: 30 APRIL 2013
Western lagi, kalini kat OU damansara, kedai dia betol betol depan Daiso dan Cold Storage kat OU new wing. Nama restoran dia New York Deli dan dierang menerapkan menu asli dari New York seperti burger dia dan buffalo wing dia, dan side dia ada gak spaghetti and such la.
Update Information: 30 APRIL 2013
Western lagi, kalini kat OU damansara, kedai dia betol betol depan Daiso dan Cold Storage kat OU new wing. Nama restoran dia New York Deli dan dierang menerapkan menu asli dari New York seperti burger dia dan buffalo wing dia, dan side dia ada gak spaghetti and such la.
Apa yang bestnya pada aku kedai ni pon ada serve rutbir dengan ice cream float yang sangat best macam makan kat A&W la kan. Jadi ritu aku order spaghetti with 1/2 spring chicken and cream sauce, mushroom swiss burger, and buffalo wing dia.
Ni rutbir dia, dengan harga dalam RM5 aje memang puas hati la dapat rutbir ni, dierang kata kira signature new yorkers ni minum air gini la.
Spaghetti dia memang puas hati, portion dia cukup cukup and cream dia tak memualkan sangat, sebab kengkadang tu dierang buat pekat sangat and terlampau mual bila makan. And just tengok spring chicken dia, besar jugak lah untuk spring chicken
Dan ini berger dia, besar jugak daging dia memang 100% meat dan sangat juicy daging berger dia dan chips yang dihidangkan jugak besar gedabak.
Yang ini pada aku wajib cuba, buffalo wing ni pada mulanya aku dah perlekeh dah rupa dia dah macam ayam goreng kunyit aje, tapi bila dah makan dia punya pedas memang sampai pijar la bibir semua! Must try this sebab sangat sedap dan pedas.
Dan sebagai penutup, kami order Chocolate MARS deep fried, sangat unik, dierang coat dengan batter then dierang goreng chocolate MARS tu, sangat bercoklat benda ni, amat sesuai bagi penggemar coklat yang tegar. Tapi sedikit manis bila makan banyak.
Selain dari set gini, apa yang menariknya kat sini, dierang pon ada burger besar macam yazid burger, the GIANT YANKEE BURGER ni berharga RM45.00 siap denga fries sekali, barang siapa leh habiskan dalam tempoh yang ditetapkan sorang sorang, burger tu jadi free, dan muka masuk hall of fame cam kat bawah ni.
Maaf, masa aku datang tu aku nak order berger ni tapi dah abeh katanya sok tengok dari gambar tu aje la, kalau ikutkan memang agak berat sebab dia hidang sekali dengan fries lagi, memang power la dierang makan camnie :)
TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM12 - RM80
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: One Utama, Depan Daiso New Wing
Thursday, April 12, 2012
YAZID "GIANT" BURGER |SHAH ALAM|
Korang sume suka makan berger? setakat suka ataupon fanatik untuk mencuba sesuatu yang baru pada selera burger anda? Ok, sekarang ni dok heboh pasal berger bakar la, berger kaw kaw la, berkonsepkan bakar dan semata mata berger bertingkat dan itu sahaja kan? apa yang special? sebab tinggi dan sebab bakar aje la. Tapi pernah tak korang nak rasa berger betul betul homemade from scratch (bukan setakat daging kisar biasa sahaja)? Ni dia berger yang pada aku korang patut cuba sebab berger dia memang homemade bukan sekadar patty-nye sahaja tapi juga roti pon dibuat sendiri (tak beli pon dari RAMLY ataupon geng geng roti berger yang lain), dan juga gravy black pepper pon dibuat sendiri dari demiglaze (stock lembu) bukan beli botol pehtu tambah air sikit ok :)
Berger yang aku maksudkan ni adalah Yazid Burger (Burger YB) yang terletak di shah alam betul betul belakang Unisel Shah Alam ada foodcourt tu kan (RESEPI YB, LOT 4,MEDAN SELERA ANJUNG SEKSYEN 7), korang mesti tau punya sebab salah satu restoran kat foodcourt ni ada masuk Jalan Jalan Cari Makan ritu.
Ok, mari kita sembang pasal produk homemade yang dia ada, mula mula roti, Burger YB ni ada 4 jenis roti yang dibakar setiap hari iaitu Oregano, Garlic, Honey Oat dan Wholemeals dimana sumber inspirasi datang dari Subway yang roti boleh pilih pilih tu tapi diterapkan pada roti berger macam gambar kat bawah ni.
Selain dari roti yang dah 100% menjadi ni, dia pon ada buat patty sendiri dengan citarasa yang sangat menarik iaitu Satay, Blackpepper, BBQ, Mushroom dan perisa Tomyam pada patty tu yang pada aku kat tempat lain takde semua ni. Selain homemade flavor patty camni, ada jugak burger Rusa, Kambing, Arnab yang dibuat sendiri jugak. Jadi kepada yang mengidam tu sesuai sangat la kalau dah dapat makan kat sini, kot kot mengidam nak makan rusa ke kan :)
Tapi sejak dua menjak ni, owner kedai ni came out dengan idea baru dalam perniagaan burger beliau dengan adanya burger 1KG untuk kepuasan mereka yang sangat lapar ataupon untuk dikongsikan bersama rakan rakan.
Dengan size camni memang sangat memberangsangkan jualan burger YB ni yang pada aku dah memang femes kat area S.Alam ni terutamanya student UiTM dengan UniSEL kat situ.
Pada aku Yazid Burger tak kedekut dari segi sos dierang, memang dah cukup banyak deme letak kat atas burger and takyah nak mintak tambah sos dah, memang berlecak lah kalau makan berger ni. Mayonaise dia kalau korang rasa akan ada rasa lemon sikit yang sangat segar pada aku daripada warung berger lain ataupon berger bertingkat yang lain.
Korang rasa boleh makan tak nie? dengan harga RM40 korang leh dapat burger 1KG yang pada aku sangat berbaloi. Dan sekarang Burger YB ada buat pertandingan habiskan burger 1kg ni dalam masa kurang dari 20minit, dan jika mampu korang akan dapat masuk wall of fame dan tshirt edisi khas dari Burger YB nie. Syarat syarat baik korang masuk blog yazidburger sendiri.
Dan sini disertakan jugak menu card dia kalo korang nak tengok tengok dulu sebelum korang datang kat sini dan cuba sendiri kan
**Fakta Menarik
-Ditubuhkan pada 1998 dengan stall kecik je
-Blackpepper sauce dan Mayonaise dibancuh sendiri dengan citarasa baru
-Ruang yang selesa untuk makan
-Berbaloi dengan harga
-Ada page FB Yb Yazid Burger add la yea :)
-Kini sudah ada Website tersendiri. layari http://www.resepiyazidburger.com.my :)
-Ada page FB Yb Yazid Burger add la yea :)
-Kini sudah ada Website tersendiri. layari http://www.resepiyazidburger.com.my :)
TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM2 - RM40
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Resepi Yb, Lot 4, Medan Selera Anjung Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Subscribe to:
Posts (Atom)