Saturday, July 21, 2012

SWENSEN'S |SUBANG PARADE|

Salam ramadhan yea kawan kawan, ok, sorry dah lama tak update, bz manjang. Kalini nak bawak korang g makan kat Swensen's. Pada aku restoran ni lebih menumpukan kepada ice cream dia sebab food yang dia offer tak banyak pon. Kebanyakan food yang ada kat restaurant ni western.


Mula cam tak nak masuk restoran ni, sebab kalo nampak dari luar tu pada aku takde la tertarik sangat (bagi pendapat aku la) sebab pada aku kat subang parade tu banyak lagi tarikan dari restaurant lain yang leh compete dengan restaurant ni.


Sebagai starter, kami order rodeo wings yang konsep dia sama je dengan buffalo wings, dimana ayam tu digoreng dulu dan kemudian disalut dengan hot sauce. Yang ni rasa dia ok aje tapi nak compare dengan New York Deli dia kalah la. :)


Yang ni blackpepper seafood pasta, yang ni aku tak gemar sangat sebab terasa sangat dia guna blackpepper botol tu dok tuang atas pasta and bubuh seafood tu sume. Pada aku terasa manis sangat sauce dia and tak sedap la yang ni.


Tapi yang ni paling berpuas hati bagi aku, double cheese burger dia memang mantap dengan daging dia sangat juicy dan pickles yang banyak tu sangat sedap. Roti yang digunakan pon homemade dan sangat lembut, yang ni sangat berpuas hati.


TASTE: 3 of 5
PRICE RANGE: RM10-RM40
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: G30, Ground Floor, Subang Parade, No 5, Jalan SS16/1 47500 Subang Jaya Selangor

Sunday, June 03, 2012

UMAMI STEAMBOAT SET LUNCH (MON-THU) |SUNWAY|

[RESTAURANT CLOSED]
Update Information: 18 APRIL 2013

Esok orang dah kerja balik, monday blues katanya. Tapi bila lunch time orang semangat sikit sebab nak pegi makan. Jadi korang dah plan nak makan mana? kalau korang berada berdekatan dengan Sunway Mentari, korang patut pegi makan kat Umami Steamboat House, bukan untuk makan steamboat tapi makan set lunch dierang dari pukul 11am-2.30pm. Apa yang menarik? dengan harga serendah set nasi RM6.90 korang leh makan nasi goreng, telor mata dan ayam (size sederhana) dan korang leh makan ais krim, buah2, dan air berperisa sebanyak mana korang mampu sampai kembung. 


Ni set menu yang korang boleh pilih, bukan main banyak range food yang dierang sediakan. Bukan setakat ada nasi, kalau korang diet tak nak makan nasi, ada gak set mee untuk dipilih.


Ni ais krim yang korang boleh makan tanpa henti, ada dalam 8 perisa untuk dinikmati.


Buah buahan dan air free flow disediakan dengan bayaran serendah RM6.90, bukan main puas hati lagi.


Ni Umami Chicken Chop Rice with Thai Sauce. Portion besar dan rasa ayam yang cukup masak dan sos thai yang sedap. 


Tom Yam fried rice ni pon puas hati sebab portion dia besar dan rasa pedas nasi ni memang menaikkan selera si pemakan dengan seafood dan ayam pon ada dalam ni.


Yang ni aku makan, BBQ sauce Chicken Wing Rice, ayam dia bagi 6 ketul dengan nasi dan telor mata sekali dengan harga RM6.90, ape lagi yang korang nak? 


Yang ni pulak Cantonese Style Fried Horfun with fish fillet. Ini sangat sedap, memang terasa chinese stlye pada food ni dengan rasa bijan dan ikan yang banyak memang menambat hati lah.

Pada aku Umami Steamboat adalah tempat makan yang tak patut korang missed sebab dierang ni tak kedekut. Kenapa aku cakap camni? sebab selalunya sesetengah restoran tu kalau buat lunch set tu dengan harga murah, food pon reduce dan portion pon kecik aje, tapi kat sini, dierang betol betol nak bagi korang kenyang dan lengkap dengan rasa dan portion yang banyak. Pada aku sesuatu yang rugi kalau korang tak mencuba tempat ni.

TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM6.90 - RM10
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: 12 A (ground floor0, Jalan PJs8/17, Dataran Mentari, PJ, Selangor

Saturday, June 02, 2012

POMMES FRITES BISTRO |SUNWAY PYRAMID|

Korang selalu tak pegi sunway pyramid? ok camnie, kengkadang tu kita lapa tu bukannya nak makan benda benda berat macam nasi ke fastfood ke pe, tapi nak makan macam snek gitu, Terletak kat Asian Avenue level atas Sunway, korang akan perasan restoran ni yang jual fries camni makan dengan aneka sauce :)


Ini sebahagian menu yang disediakan dan kita boleh pilih dip apa yang kita nak untuk fries kita tu. Menarik bukan?tapi tak bestnya kita tak tau rasa setiap dip tu sebab takde untuk testing, jadi kita akan sedikit lama kat menu dip dia aje, walaupon ada panduan mana satu yang sedap, tapi lidah yang menentukan, tu sedikit kekurangan pada list dip dia yang ada.


Fries dia buat memang make to order, jadi once korang order baru ler dierang goreng dan korang akan dihidangkan dengan fries yang panas la :)


Ruang yang luas sebab kedai dia ambik pot baik punye leh nampak sunway lagoon lagi tu.



Kami order dengan dip cheese, tapi malangnya sangat mengecewakan sebab cheese dia rasa tepung yang sangat kuat dan rasa cheese tu sikit sangat dan dah macam makan roux aje. Seriusly tak seperti yang aku harapkan bagi sebuah kedai yang specialist dalam menjual benda camni aje.


Secara keseluruhan, pada aku boleh datang makan sekali aje lah (pendapat aku aje), kecuali semua kedai kat Sunway Pyramid tu tutup dan kedai ni aje yang bukak aku memang takde choice selain dari makan sini. Kepada yang gemarkan kentang goreng, ini bukan tempat yang sesuai. Sekian.

TASTE: 2 of 5
PRICE RANGE: RM5-RM8
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: F1. AV196, Asian Avenue, Sunway Pyramid.

Thursday, May 17, 2012

JC'S PANCAKES |CITTA MALL ARA DAMANSARA|

Seperti post aku yang lepas, pasal apam balik kan, tapi kali ni lain macam pulak style dia, apam balik berlauk, mana nak cari? ni aku dah jumpa kat Citta Mall nie, memula cam tak ramai tu tak sedap kiosk dia ni, tapi sebaliknya. 



Pada aku walaupon size dia size apam balik yang kecik tu, tapi sangat berbaloi dan packed dengan rasa. Signature dia kat sini Ultimate Chicken Ham Special, mixture tepung yang rangup tu dia letak telur, and sos seasoning, chicken ham dan cheese, dan sikit white pepper, memang lengkap set ni, makan panas panas pulak, sangat sedap. Kalau korang datang this week, dierang ada buat promotion sekali dengan air sekali.







Pada aku, benda ni macam makan breakfast all in one dah, sebab semua dah ada, telor tu punya rasa lagi, ada white pepper tu lagi, memang memuaskan hati, dengan tepung yang rangup tu panas tu memang dah lengkap sangat, pada aku kalau tak rasa ni sangat merugikan kalo korang ingin mencari snack untuk lapik perut. 

 

Selain dari set savory, ada gak yang sweet, chocolate banana pon lari gak kata akak kedai ni, jadi yang tak suka makan sebagai main course, buat jadi desert pon ok gak :)

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM5-RM12
OVERALL:  RECOMMENDED
ADRESS: G-K05, Citta Mall, Jalan PJU 1a/48, Ara Damansaram 47301, PJ SELANGOR

Sunday, April 29, 2012

APAM BALIK SEDAAAP |KAMPUNG BARU|

Apam balik ni memang common food kalo kat pasar malam mahupon time bulan puasa kat bazar ramadhan. Tapi kengkadang tu rasa macam kita craving untuk food food macamni. Jadi kebetulan aku datang sini untuk makan Nasi Ayam Gerai Ah Kow, lepas makan nasi ayam tu craving nak dessert lak, kebetulan hujan tu nampak ler gerai betol betol depan food court ni ada jual apam balik dengan seri gandus sekali. 


Dalam hujan hujan cenggini aku redahkan jugak sebab nengok ramei jugak yang dok repeat datang gerai brader ni. Menurut sumber dari pakcik yang dok lepak kat kedai tu berteduh dari hujan, dia cakap susah nak cari sri gandus yang sedap nowadays. Dengor cakap camtu tu yang terus dok cuba tu, dia ada dua flavor kat sini, nenas dan kacang merah. Untuk pengetahuan umum jugak, nenas dan kacang merah ni brader ni buat homemade, tak beli paket punya.

 






Ini lah hasil sri gandus yang hampir siap dimasak, pada aku dough dia sangat sedap sebab tak bertepung sangat macam kat gerai lain yang kengkadang tu rasa tepung dia sangat kuat dan terlampau keras isi nya. Tapi yang ni memang terbaik, lembut pada tepung dia dan isi nenas yang sangat asli dan x berapa manis, ia sangat sedap kalau dimakan time suam suam (kalau panas sangat nanti melecur mulut).



Selain dari itu, aku pon ada order apam balik, sebab tgk dia buat sri gandus tu macam memberahikan aje, so order gak, tapi yang ni mintak apam balik jagung aje, tengok pada cara dia sediakan apam balik ni memang tak kedekut langsung, brader tu main bubuh aje semua inti dia dan sangat banyak.



Tengok aje pada gambar tu, memang sangat sedap apam balik dia ni, manis cukup, lembut tepung dia cukup, memang perfect untuk korang cari buat makan petang korang. :)

TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM2-RM3
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Bertentangan dengan Medan Selera, Lorong Raja Muda, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Thursday, April 19, 2012

MOF JAPANESE CAFE |SUNWAY PYRAMID|

Korang ada selalu pegi Sunway Pyramid? kadang kadang tu aku pun jadi blur nak makan ape kat sana dah walaupon banyak restoran kat situ (alasan sebab takde duit). Jadi sekali tu jalan jalan dalam tu jumpe restoran ni, MOF JAPANESE CAFE berkonsepkan Japanese cuisine dengan harga yang sangat berpatutan. 


Restoran dia simple aje, tapi list menu dia sangat berpuas hati dan ada gak set sekali dengan air semua pada harga RM16 dah leh dapat set nasi, miso sup, buah dan satu choices air. Berbaloi la kan? 


Interior restoran ni memang simple sebab konsep cafe aje pon tapi food dia pelbagai jenis sampai homemade icecream pon dierang ada. 


Yang aku suka kedai ni sebab seat dia yang camni, aku memang suka kalo makan camni, kaki leh melunjor ke depan, lek aje, macam kat rumah.



Ni set yang aku makan tu, set nasi dengan japanese chicken curry, sangat best sebab selalukari kita tau dari india tak pon ada gak dari thai kan, ni dari jepon, memang ni first time gak aku rasa, memang sangat sedap kot, takde lah kari dia sepedas cam makan kari mamak, tapi dia ada heat kat kari ni, tak terlalu pedas dan tak terlalu berlemak, tak tau sangat nak terangkan tapi sangat sedap dengan nasi ketul ketul cantik gitu sebab dierang guna beras sama untuk sushi jugak, sangat sedap.



Untuk sampingan kami order gak california roll dan sushi unagi dia. Memang standard sushi mane mane pon sama jer, just nice kalo korang craving food jepon dengan harga yang berpatutan.


Dan tak dilupai desert la, ni kami try green tea dan jugak durian ice cream dia, memang best la sebab aku memang suke makan ice cream dan ini tak mampu untuk ditahan lagi :)


TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM5- RM30
OVERALL:  RECOMMENDED
ADRESS: Sunway Pyramid, Level 3

Friday, April 13, 2012

NEW YORK DELI |ONE UTAMA DAMANSARA|

[RESTAURANT CLOSED]
Update Information: 30 APRIL 2013

Western lagi, kalini kat OU damansara, kedai dia betol betol depan Daiso dan Cold Storage kat OU new wing. Nama restoran dia New York Deli dan dierang menerapkan menu asli dari New York seperti burger dia dan buffalo wing dia, dan side dia ada gak spaghetti and such la. 


Apa yang bestnya pada aku kedai ni pon ada serve rutbir dengan ice cream float yang sangat best macam makan kat A&W la kan.  Jadi ritu aku order spaghetti with 1/2 spring chicken and cream sauce, mushroom swiss burger, and buffalo wing dia. 


Ni rutbir dia, dengan harga dalam RM5 aje memang puas hati la dapat rutbir ni, dierang kata kira signature new yorkers ni minum air gini la.


Spaghetti dia memang puas hati, portion dia cukup cukup and cream dia tak memualkan sangat, sebab kengkadang tu dierang buat pekat sangat and terlampau mual bila makan. And just tengok spring chicken dia, besar jugak lah untuk spring chicken


Dan ini berger dia, besar jugak daging dia memang 100% meat dan sangat juicy daging berger dia dan chips yang dihidangkan jugak besar gedabak.


Yang ini pada aku wajib cuba, buffalo wing ni pada mulanya aku dah perlekeh dah rupa dia dah macam ayam goreng kunyit aje, tapi bila dah makan dia punya pedas memang sampai pijar la bibir semua! Must try this sebab sangat sedap dan pedas.


Dan sebagai penutup, kami order Chocolate MARS deep fried, sangat unik, dierang coat dengan batter then dierang goreng chocolate MARS tu, sangat bercoklat benda ni, amat sesuai bagi penggemar coklat yang tegar. Tapi sedikit manis bila makan banyak. 

Selain dari set gini, apa yang menariknya kat sini, dierang pon ada burger besar macam yazid burger, the GIANT YANKEE BURGER ni berharga RM45.00 siap denga fries sekali, barang siapa leh habiskan dalam tempoh yang ditetapkan sorang sorang, burger tu jadi free, dan muka masuk hall of fame cam kat bawah ni. 


Maaf, masa aku datang tu aku nak order berger ni tapi dah abeh katanya sok tengok dari gambar tu aje la, kalau ikutkan memang agak berat sebab dia hidang sekali dengan fries lagi, memang power la dierang makan camnie :)

TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM12 - RM80
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: One Utama, Depan Daiso New Wing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...