Sunday, October 30, 2011

MEDAN SELERA DATO' SAGOR |IPOH|

Kali ni review aku pasal breakfast!!! Kebetulan aku balik hometown aku semalam, aku pegi la kat tempat makan feveret aku sejak kecik sebab bapak aku suka bawak aku pegi makan sini sebab dekat bebenor dengan ofis JKR IPOh dia tu.  Tempat makan ni kat MEDAN SELERA DATO SAGOR, betul betul berhadapan dengan Masjid Negeri Ipoh. 

-Pintu Masuk

Tempat ni dibuka hari hari dari pukul 6pagi sampai 6petang menghidangkan bukan sahaja sajian breakfast telor dan roti, tapi ada jugak nasi wanggey, nasi goreng dan berlauk pon ada, pendek kata sume ada la :) .Jadi aku nak cadangkan korang kalo turun ipoh cari kedai ni dan cari kedai seperti dibawah ni:

-Depan gerai makan (nyonya cina)

Gerai ni menjual produk roti bakar, roti telor goyang, bun bakar dan telor setengah masak, ada gak air air buah dan air lain yang normal la dengan harga yang sangat sangat berpatutan. Jadi bila kami mai tu, kami order telor goyang ler, ni memang feveret aku dari kecik, dua roti bakar sapu planta, telor setengah masak dua bijik, memang sarapan yang lengkap.

-Roti Telur Goyang

Selain dari tu, ada gak order roti lain, roti bakar dan bun bakar yang disapu dengan kaya dan planta, memang match gila la kan dua bende ni dok sekali kan, ada gak nama lain orang kat sini panggil roti kawen. :)

-Bun Bakar

-Roti Bakar (roti kawen)

Selain dari gerai ni, aku pon ada gak order nasi goreng udang dari gerai berdekatan (banyak gerai dalam nie) yang juga best seller kat medan selera ni. Dengan harga RM3.50 dah leh dapat set nasi goreng udang (3ketul udang besar okeyh!) dan lala pon dierang bagi. Memang worth it la makan nasi ni dengan rasa yang sedap dan nasi pon seketul seketul, perfect nasi goreng! :D

-Nasi Goreng Udang

TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM2.00-5.00
OVERALL: RECOMMENDED
ADDRESS:
Jalan Dato' Sagor, 
30000, Ipoh Perak.


Saturday, October 22, 2011

REVISIT: UMAMI STEAMBOAT |SUNWAY|


[RESTAURANT CLOSED]
Update Information: 18 APRIL 2013


Ok, first of all aku nak mengucapkan terima kasih banyak banyak kepada Umami Steamboat (Facebook Official Page) kerana sudi menjemput kami (blogger) untuk datang dan menikmati hidangan steamboat disini. 


Ok, sini ada gak link video hasil nukilan geng geng dari Rouge Communications ( thanx Karen Tan!!!), seperti yang dalam video ni, lengkap sekali macamana nak pergi ke UMAMI STEAMBOAT ni, so enjoy jugak video ini yea!!



Walaupon aku dah datang sini banyak kali tapi kalini rasa lain sebab berkumpul dengan geng geng food blogger yang lain yang pada aku ianya satu pengalaman yang menarik. Ok, seperti review Umami Steamboat aku yang lepas, ada beberapa signature food dah ditambah dan ditambah baik dalam restoran ni, 


Chili Crab ni menjadi salah satu signature dish terbaru yang akan diperkenalkan dalam list buffet dierang (ikut hari) selain daripada ikan kembung assam pedas yang juga diperkenalkan masa sesi makan makan dengan blogger yang lain ni. Selain dari itu, ada jugak kepak ayam goreng rangup diperkenalkan selain dari signature utama dierang yakni chicken wing bbq dierang yang memang beratur punya lah!.


Selain dari main dish, pencuci mulut jugak dah ditambah dengan agar agar, ABC, dan buah pon semakin banyak berbanding sebelum ini. Sekarang ni Umami buat promotion kepada pelanggan dierang pada setiap hari isnin dan rabu buy 2 free 1, memang berbaloi la datang sini memang tak tipu punya. Bukan sebab aku selalu datang tetapi kerana kualiti yang dierang hidang tu buatkan kita nak datang lagi. :)


Tu antara gambar yang aku berjaya capture (sebab busy dok makan aje) dengan blogger yang lain. Ia satu pengalaman yang best dan aku memang ingin rasanya lagi join korang kalo ada event makan makan cenggini.


Thanx to Rebecca Saw for organizing such a great gathering!! :D
Thanx to DilaAriff for the nice pix yea :D

Secara kesimpulannya antara yang diupgrade di Umami adalah:

1. Ada air ICE LEMON TEA dan OREN selain dari CHINESE HERB TEA dan PU ER TEA
2. Item goreng dah bertambah
3. Seafood ditambah seperti ABALON, KUPANG, KEPAH
4. Item grill stored dalam bekas mudah ambil oleh customer
5. Harga mantain :D

Monday, October 10, 2011

BBQ LAND & STEAMBOAT BUFFET |SUNGAI BULOH|

Susah nak mencari restoran steamboat n bbq grill yang diuruskan oleh orang kita (melayu) selain dari restoran internasional seperti Seoul Garden dan yang sewaktu dengan nya. Jadi kebetulan semalam dalam JALAN JALAN CARI MAKAN 2011 (JJCM) depe ada pegi makan kat steamboat grill kat sungai buloh ni. 

Pada aku ini sangat teruja sebab ada gak kedai yang offer grill yang memang dah lama aku cari tak jumpe jumpe!, Jadi ber5 kami pergi le testing makan kat sini tengok apa jadi kan. Tempat ni senang cari kalo korang dah memang tau jalan sungai buloh nie, aku pon tak biasa jalan sini and aku pon dapatkan guide kawan aku baru leh sampai, bagi yang tak tau tu silalah guna google map yea :)

Seperti yang pengacara JJCM tu cakap makan kat sini sedap and memang berbaloi, pada aku semua tu indah khabar dari rupa (pendapat masing masing) sebab bila aku sampai kat situ aku rasa sangat terkejut dan tak seperti yang aku bayangkan tempat yang ibaratnya macam "makan kenduri @ makan bbq belakang rumah" dan melayu melayu yang makan kat situ semua macam tak pernah makan buffet (mohon maaf) sebab bila kau tengok memang sedih, food refill lambat, and bila sekali refill semua kerumun terus and ambik banyak tak bagi chance orang lain sampai tahap ape dah kat situ. Tambahan pula sos yang dihidangkan hanya sos cili, sos cili thai and sos black pepper, apa yang owner ni guarantee kan adalah BUFFET, bukan eat what we served only, dan aku sangat kecewa dengan apa yang ada kat situ. Not a proper way of operating a buffet restaurant. Pada aku ini konsep "orang bukak buffet steamboat, aku pon nak bukak" tapi tak mengkaji habis habisan. Apa la salahnya kita study dulu dari kedai kedai yang memang dah power dalam buffet steamboat, tu kat Sunway tu bukan main banyak lagi kedai, masuk makan and kaji then baru kita leh maju. Pada aku kedai ni menipu sesama melayu dan aku sangat kecewa kerana itu. Ok, ada 3 jenis minuman disediakan untuk dinikmati semua dan pada aku dierang kene ada sistem, apa yang aku nampak banyak gila wastage and dierang tak kira apa pon, ramai yang ambik tapi tak makan n tinggal camtu je. Jelas dierang kene ikut style restorang steamboat lain yang dah memang established seperti Umami Steamboat or Ketam Village untuk memajukan diri dan perniagaan. 

Aku tulis panjang and kondem bukan ape, tapi aku sakit hati tengok anak bangsa berniaga sekadar melepaskan batuk di tepi tangga. Aku nak tengok anak bangsa tau apa erti makanan yang sedap dan erti steamboat yang sebenarnya :/

Secara keseluruhan yang aku leh cakap is TOTALED DISAPPOINTMENT.

TASTE: 2 of 5
PRICE RANGE: RM10.00 -RM20.00
OVERALL: NOT RECOMMENDED
ADDRESS:
Lot 2568, Lorong Atap Batu 16 3/4, Jalan Kuang, Sg. Buloh
TEL: 0178800627

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...