Sunday, July 31, 2011

SAYA PEMEGANG MOHOR MOHOR BESAR DIRAJA.....MENGUMUMKAN

Kepada family dan juga kengkawan yang ada dalam foodt8ge ingin saya mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak yang mulia ini dan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di serata dunia dan malaysia khususnya.


TIPS UNTUK BERPUASA DIBULAN RAMADHAN

1)untuk mengurangkan rasa haus,kurangkanlah pengambilan garam dan makanan pedas ketika sahur

2)untuk mengurangkan rasa lapar,elakkan makanan berlemak ketika sahur

3)perbanyakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga sayur-sayuran untuk menahan diri dari berasa lapar sepanjang hari

4)amalkan memakan kurma kerana ia mengandungi nutrien yang penting. jika tidak ambillah sumber makanan tambahan seperti vitamin

5)banyakkan minum air sewktu sahur dan berbuka untuk mengembalikan kehilangan air semasa berpuasa. kekurangan air yang banyak akan menjejaskan kesihatan
.

Thursday, July 21, 2011

DAPOER BANDOENG |KELANA JAYA|

Punya lama tak add restoran terkini, modal tak cukup kot rasanya nak jenjalan jauh jauh cari tempat best, maklumlah tengah tengah bulan mana cukup modal, so banyak tumpu tengok kes ambiga dan kawan kawan dalam kempen bersih dierang, jadi dah reda sikit baru lah aku leh letak dalam ni. Cari alasan sebab dah lama tak posting!. Ok, jadi kalini aku nak share restoran berkonsepkan negara jiran kita yakni Indonesia. Terkenal dengan waroeng penyet kat malaysia ni, muncul lak satu lagi restoran konsep sama gak cam penyet penyet yang lain. Bertempat di KELANA PARK VIEW,KJ ni memang special la food dia selain menyediakan set untuk lunch.

Jadi untuk menjadikan tarikan tu kami order set lunch dia RM9.50 dah leh dapat nasi putih, ayam samurai, kobis goreng, ada pegedel and air sejuk satu, memang berbaloi la. Apa yang menariknya kat sini kita dapat rasa macam dekat indonesia la pulak dengan muzik gamelan dimainkan dan staff kebanyakannya orang dari seberang.  Food sampai agak pantas, ambik masa 10 minit lepas order untuk food sampai. Presentation wise memang puas hati and padan dengan rasa ayam samurai diarang yang pada aku sangat sedap. Selain tu, dierang hidangkan sekali dengan sambal. Yang menjadi tarikan kat sini is ayam penyet diarang la, tu memang chef recomendation kat sini and bila aku tengok pon memang sedap and menjadi menu seterusnya untuk aku bila datang lagi sekali nanti la. Overall review memang berpuas hati. :)








TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM9.50 - RM20.00
OVERALL: RECOMMENDED
ADDRESS:
A114, Ground Floor, Kelana Park View,
Kelana Jaya, 47301,Petalling Jaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...